Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza menafikan dia mengenakan bayaran sebanyak RM500,000 untuk persembahannnya selama 30 minit seperti yang heboh diperkatakan sejak kebelakangan ini.
Menurut penyanyi kelahiran Kampung Awah, Temerloh, Pahang ini jumlah bayaran yang dinyatakan itu agak keterlaluan di mana setakat ini katanya, bayaran yang dikenakan berpatutan dengan kos penganjuran serta keperluan yang lainnya.
“Jumlah itu tidak masuk akal. Siti tidak pernah mengenakan harga bayaran persembahan semahal itu. Siti mengambil kira bayaran itu berdasarkan durasi persembahan, dan ia termasuk pakej lain seperti set pentas, bayaran penari dan prob,” komennya.
Siti mengulas isu itu sewaktu ditemui para wartawan pada majlis sidang akhbar pengumuman persembahan Minggu Setiausaha – Secretaries Week 2012 Afternoon of Elegance yang diadakan di Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru semalam.
Walau bagaimanapun, dalam pada itu penyanyi yang popular dengan lagu berjudul Cindai ini tidak menafikan dia telah membeli sebuah rumah di Australia yang tidak dinyatakan harganya pada tahun lalu untuk kemudahan ahli-ahli keluarganya sewaktu berada di sana.
“Memang betul Siti memang ada membeli sebuah apartment di kawasan Victoria Market di Melbourne, Australia pada tahun lalu. Ia untuk kemudahan anggota-anggota Siti sewaktu berada di sana. Misalnya, ia boleh digunakan oleh anak tiri Siti yang sedang belajar di sana,” ujarnya.
Pada persembahan yang mengenakan bayaran mengikut harga meja RM2,500 hingga RM10,000 pada 10 April ini pukul 12.30 tengah hari itu yang dia akan mengadakan persembahan selama dua jam tanpa henti. Untuk tempahan sila hubungi 07-2199999.
No comments:
Post a Comment