Mungkin sudah bosan disogok dengan soalan bila mahu menimang cahaya mata membuatkan pelakon jelita, Scha Al-Yahya sempat berseloroh mengatakan dia dan suaminya sibuk dengan kerjaya mereka dan suaminya apabila malam pula sibuk kerja di lorong.
Tak Mengandung Sebab Suami Kerja Dekat Lorong Scha Al Yahya
“Sibuklah sebab suami I bila malam je dia selalu tak ada, dia kerja kat lorong,” jelas Scha menerusi Keek yang dirakam oleh pengarah popular, Micheal Ang.
Walaubagaimanpun rasanya masih belum terlewat untuk mereka mempunyai cahaya mata kerana pasangan ini baru genap setahun mendirikan rumah tangga. Mungkin masa ini jugalah mereka bekerja keras dalam kerjaya mereka sebelum mempunyai anak nanti.
Untuk pengetahuan pembaca, Awal dan Scha telah selamat diijabkabulkan pada 4 Mei tahun lalu di Hotel Pullman, Putrajaya dan majlis resepsi diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Bagi peminat yang tidak sabar menantikan kehadiran Scha dan Awal junior sama-sama kita doakan agar mereka dikurniakan cahaya mata secepat yang mungkin.
Dibawah kami kongsikan video Scha menyatakan suaminya sibuk kerja di lorong. Enjoice!
No comments:
Post a Comment