Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Monday, 5 August 2013

Taktik Baru Tawar Khidmat B2B Melalui WeChat


Populariti laman sembang terkini, WeChat dalam kalangan remaja sejak kebelakangan ini diambil kesempatan oleh sindiket pelacuran untuk mempromosi aktiviti tidak bermoral, seperti khidmat urutan badan ke badan (B2B) dan pakej asmara.
Rata-rata sindiket dan wanita yang menawarkan pakej berahi secara sambilan itu mencari bakal pelanggan melalui WeChat dengan menggunakan fungsi ‘Look Around’ yang membolehkan mereka mencari dan mengenal pasti pelanggan berpotensi.
Mereka memilih pelanggan secara rawak sebelum menggoda dengan pelbagai cara, termasuk memberi sambungan (link) Internet untuk memasuki laman web yang menawarkan maklumat lengkap mengenai pakej ditawarkan.



Lebih membimbangkan, sindiket terbabit cuba menarik perhatian pelanggan sasaran dengan menawarkan gadis dari pelbagai negara, termasuk Korea Selatan dan Jepun, dengan harga mencecah RM600 untuk satu sesi 45 minit, bergantung kepada kecantikan gadis.
Perkara itu didedahkan sumber yang hanya mahu dikenali sebagai Adli, 36, selepas menerima pelawaan menjadi rakan dalam WeChat sindiket berkenaan.

No comments:

Post a Comment