Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menempah empat A400M, jet pejuang ketenteraan terbaharu, dengan penyerahan pesawat pertama pada 2015.
A400M mampu terbang lebih tinggi, cepat dan lebih jauh dan pada masa yang sama mudah dikendalikan, kata Airbus Military dalam satu kenyataan hari ini.
Diperkasakan oleh empat enjin turbo-prop 11,000shp TP400, pesawat A400M mampu membawa 116 anggota payung terjun dengan kelengkapan penuh atau 37 tan muatan, dan boleh digunakan sebagai pesawat untuk mengisi minyak udara ke udara bagi jet, pesawat besar dan helikopter, katanya.
Menerusi kenyataan yang sama, Airbus berkata ia sudah menyerahkan pesawat A400M pertamanya kepada Tentera Udara Perancis.
Pesawat yang diserahkan kepada Perancis itu pada peringkat awal akan digunakan untuk melatih anak kapal sebelum menjadi sebahagian daripada kumpulan pengangkutan operasi tentera udara negara itu, kata Airbus Military.

No comments:
Post a Comment