Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Monday, 5 August 2013

Warga Asing Salahguna Pas Sosial Jadi Tukang Urut


Biarpun beberapa operasi membabitkan penangkapan warga asing menyalah gunakan lawatan sosial di negeri ini giat dilakukan pihak berkuasa, namun kegiatan berkenaan masih belum nampak akan ada tanda penyelesaian.
Terbaru, seramai lapan tukang urut warga asing dicekup pihak berkuasa di dua buah pusat refleksologi di Bandar Baru Nilai, di Seremban, kelmarin.
Serbuan kira-kira 9 malam itu dilakukan sepasukan anggota polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Kontinjen Polis negeri.
Ketua Jabatan Sisatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, dalam serbuan pertama, pihaknya menahan lima wanita warga Thailand berusia dalam lingkungan 20 dan 45 tahun.
“Wanita terbabit didapati bekerja tanpa permit dan kita turut menahan seorang lelaki yang juga penjaga premis berkenaan yang berusia 55 tahun.
“Bagi serbuan kedua, seorang wanita warga Indonesia dan dua wanita warga Thailand berusia 20 hingga 30 tahun turut ditahan,” katanya.
Hamdan berkata, kesemua wanita itu ditahan kerana menyalah gunakan pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai tukang urut di pusat refleksologi berkenaan.
“Seorang wanita berusia 44 tahun yang juga pemilik premis berkenaan dan dipercayai menjaga wanita tersebut turut ditahan.
“Lima pelanggan lelaki juga turut ditahan, bagaimanapun mereka dibebaskan selepas keterangan diambil,” katanya.
Beliau berkata, semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai untuk tindakan lanjut mengikut Akta Imigresen.

No comments:

Post a Comment