Rimbunan pokok ru yang ditanam Jabatan Perhutanan Kelantan bagi mengelak tsunami dan hakisan di Kampung Pantai Mek Mas, dekat Pantai Cahaya Bulan, Kelantan kini disalah guna remaja sebagai kawasan mereka melakukan maksiat.
Kawasan tanaman ru itu yang mempunyai daun rendang dengan ketinggian antara 15 hingga 20 kaki dikatakan sebagai kawasan selesa dan tersembunyi daripada pandangan orang awam untuk remaja melakukan maksiat.
Tinjauan mendapati pokok ru di kawasan seluas lebih lima hektar itu rendang dengan daunnya yang lebat mencecah tanah, menjadikan kawasan itu tersembunyi walaupun ia berhampiran pantai. Keadaan itu bagaikan tempat menyeronokkan kepada remaja melempias nafsu atau mengambil dadah. Botol minuman, mancis, kondom dan tikar buruk yang ditemui dipercayai digunakan remaja untuk melakukan kegiatan tidak sihat itu.
No comments:
Post a Comment