Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday, 9 October 2013

Anggota Tentera Lemas Ketika Latihan Renang

Seorang askar berpangkat Mejar dari Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas mati lemas ketika menjalani latihan renang di Tasik Danau Tok Uban, di Pasir Mas semalam.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, kejadian jam 12 tengah hari itu berlaku ketika mangsa, Nazri Abdul Rahman, 46, bersama dua askar lain dikatakan sedang berenang merentasi tasik ke sebuah pulau kecil sejauh 100 meter dari jeti.


“Selepas berenang sejauh 50 meter dari jeti utama di kawasan tasik tersebut, Nazri dipercayai mengalami kekejangan kaki dan kemudiannya lemas.
“Mangsa dikatakan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Tok Uban untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.
Menurutnya, dua lagi askar, iaitu Penolong Pegawai Waran II Zainuddin dan Sarjan Rozaimi juga hampir lemas ketika cuba menyelamatkan mangsa namun kedua-duanya terselamat dalam kejadian berkenaan.
Tambah beliau, Rozaimi yang kini mendapat rawatan di wad kecemasan Hospital Pasir Mas dilaporkan berada dalam keadaan stabil, manakala Zainuddin tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Mangsa bersama 62 askar termasuk lima pegawai dari Kem Desa Pahlawan berkampung di Tasik Danau Tok Uban sejak dua hari lalu untuk menjalani latihan.
“Latihan melibatkan lima unit, iaitu perubatan, logistik, pemandu, bengkel dan tukang masak itu dijangka tamat pada petang ini (semalam),” katanya.
Menurutnya, mangsa meninggalkan seorang isteri, Aini Juhaidi Ramli, 41, bersama empat anak yang masing-masing berusia antara 6 hingga 18 tahun.
Jenazah mangsa akan dibawa pulang ke Batu Kurau, Perak untuk disemadikan.

No comments:

Post a Comment