Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday, 2 October 2013

ChaCha Maembong Kini Sedang Bercinta Dengan Iqwal Hafiz?

Hubungan antara Cha Cha Maembong dengan seorang penyanyi tempatan yang agak kurang popular Iqwal Hafiz dikatakan rapat dan mungkin juga sebagai teman istimewa selepas Iqwal ditemui ketika melawat Cha Cha di hospital.

Perkara ini disahkan lagi sewaktu pihak media betemu dengan Iqwal di Cherating Pahang sempena Cuti Cuti Sahabat Media (CCSM) dimana Iqwal sendiri mengakui dia dan Cha Cha kini sedang berkawan rapat. Cha Cha yang sepatutnya hadir di Majlis ini bagaimanapun tidak dapat turut serta kerana dikhabarkan terikat dengan jadual pengambaran.


Menurut kata Iqwal “kami memang kenal antara satu sama lain tapi tidaklah sampai peringkat bercinta lagi, Kami masih cuba mengenali hati masing masing. Lagipun tak salah kalau saya berkawan rapat dengan Cha Cha sebab saya pun masih single begitu juga dengan Cha Cha”


“Saya sedar saya tidak dikenali di Malaysia walaupun sudah ada 3 buah album. Bagaimanapun saya sudah bersedia dengan pelbagai persoalan dan jawapan andaikata isu saya berkawan dengan Cha Cha ini menjadi perhatian ramai.”

“Saya pun sudah bersedia menerima kritikan jika ada yang menganggap saya rapat dengan Cha Cha sebab mahu menumpang populariti dia. Bagi saya semua ini asam garam bagi dunia artis. Apa yang boleh saya katakan saya memang selesa setiap kali kami berjumpa. Family saya pun sudah kenal dengan Cha Cha ”


No comments:

Post a Comment