Diana Amir dan tunang, Mohd Habib Bullah A. Rahman akan melangsungkan majlis pernikahan pada 25 Oktober 2013 bersamaan dengan hari Jumaat hadapan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya.
Majlis pernikahan yang akan di’jalankan secara sederhana itu akan menjemput 250 tetamu dari kalangan keluarga dan teman rapat. Diana Amir juga memaklumkan yang majlis pernikahan ini sebahagiannya di’taja oleh Yakult (M) Sdn Bhd.
Namun, pasangan yang bertunang pada 23 Ogos 2012 yang lalu ini belum menetapkan tarikh untuk majlis persandingan namun Diana Amir sendiri berharap ianya dapat dijalankan pada tahun ini juga. Tahniah didahulukan buat pasangan ini dan keluarga.
No comments:
Post a Comment