Penduduk Kecamatan Tanggul di Jawa Timur, Indonesia kecoh seorang pemuda yang tidak dikenali identitinya ditemui terapung dalam sebuah longkang di tepi jalan.
“Waktu itu saya dan penduduk yang melalui kawasan sana sangat terkejut, kerana ditemui mayat seseorang, ” ujar Sugeng, salah seorang penduduk setempat. Kerana ingin tahu, kata Sugeng, penduduk kemudian membaling batu ke arah orang tersebut , dan dikatakan tidak bergerak. “Saya ketika itu panik dan melaporkan kepada polis , kerana saya sangka itu memang mayat seseorang,” jelas beliau.
Setelah menerima laporan itu , polis kemudian datang ke lokasi kejadian. Ketika itu pemuda yang tidak dikenali identitinya tersebut , tetap tidak bergerak. Polis akhirnya turun ke longkang untuk melakukan pemindahan. ” Ketika itulah, pemuda yang dalam keadaan telanjang bulat tersebut tiba -tiba bangun kemudian duduk dan lantas tertawa.
Ternyata pemuda itu adalah orang gila, ” katanya tertawa. Di sebabkan peristiwa ini membuat penduduk yang sudah mulai berkerumun di lokasi kejadian lantas tertawa melihat kejadian tersebut. ” Gimana gak mau tertawa , la wong dikira mati lalu hidup lagi,” kata Sugeng.
No comments:
Post a Comment