Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday, 2 October 2013

Emma Maembong Mengaku Belajar Hingga Tingkatan Dua, Tak Pernah Ambil SPM

Emma Maembong Mengaku Belajar Hingga Tingkatan Dua, Tak Pernah Ambil SPM | Menerusi laman portal hiburan terkenal, Emma Maembong telah mengaku yang dia hanya belajar di sekolah sehingga Tingkatan Dua dan tidak pernah menduduki peperiksaan SPM.


“Saya tidak ke sekolah sebaliknya hanya menghadiri home school, belajar di rumah” itulah yang diberitahu oleh Emma Maembong, 21, apabila diminta menjelaskan isu berkaitan dia hanya belajar sehingga tingkatan dua.

Tambah Emma lagi, dia tidak pergi ke sekolah kerana mahu menjaga adik lelaki yang tidak boleh berjalan dan hanya meminati bidang lukisan untuk meneruskan legasi ayahnya yang juga seorang pelukis.

“Saya tidak menduduki peperiksaan SPM kerana mahu belajar melukis dengan ayah, mahu ikut jejak ayah”

Dalam pada itu, Emma turut mengakui bahawa dia hanya belajar sehingga tingkatan dua dan sekarang sibuk dengan bidang lakonan yang baru diceburinya.

Ujar Emma lagi, jika diberikan peluang untuk sambung belajar kembali dia mahu fokus dengan bidang lukisan sahaja.

Tanpa berselindung, Emma Maembong turut mengakui bahawa dua lagi adiknya iaitu Cha Cha Maembong yang turut sama berlakon dan adik lelakinya yang tidak boleh berjalan semuanya hanya belajar di rumah.

No comments:

Post a Comment