Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday, 2 October 2013

Fida Bakal Di Saman, Bayaran Di Sekat Jika Enggan Mohon Maaf

Nampaknya konflik antara produser drama "Kampungku dan Aidiladha" iaitu Hazmimi Johar dengan Fida Ibrahim masih belum selesai apabila penerbit itu mahu Fida memohon maaf jika ingin masalah yang berlaku dapat diselesaikan.

Hazmimi yang juga Presiden Persatuan Pertubuhan Kebajikan Artis-Artis Pelapis (PERKAP) berkata, sekiranya pelakon itu tidak berbuat demikian, pihaknya akan mengambil tindakan mahkamah selain akan menyekat baki 50 peratus bayaran lakonannya.

"Pihak kami memberikan tempoh kepada Fida untuk membuat permohonan maaf. Tidak kisahlah dengan cara apa sekali pun, bertulis mahupun dalam bentuk lisan.

"Jika tiada respons atau dia enggan berbuat demikian, kami akan mengambil tindakan undang-undang dan menahan baki wang gajinya," katanya lagi.

Dalam pada itu Hazmimi berkata, pihak Seniman sudah berjumpa dengannya pada Ahad lalu yang turut disertai oleh pengarah Shuhaimi Lua Abdullah untuk mendapatkan gambaran mengenai kes berkenaan.

Menurutnya, persatuan tersebut mahu pihaknya dan Fida menyelesaikan masalah berkenaan dengan baik tanpa melibatkan saman-menyaman.

"Saya telah berjumpa dengan pihak Seniman dan mereka mahu kami menyelesaikan masalah dengan cara baik. Sebab itu kami beri tempoh masa pada Fida untuk memohon maaf kepada kami.

"Lebih-lebih lagi banyak fakta yang tidak benar dia nyatakan kepada pihak media dan ia tidak adil buat kami. Saya telah pun menunjukkan bukti-bukti kepada Seniman sebagai rujukan mengenai sikap Fida," tuturnya.

Telefilem Kampungku dan Aidiladha diterbitkan oleh Langkah Karya Sdn Bhd untuk siaran sempena Hari Raya Aidiladha di TV3.

Selain Fida, drama tersebut turut dilakonkan oleh Zalif Sidek, Razak Ahmad, Syafiq Kyle, Ameera Rusly dan Aidil Aziz.

No comments:

Post a Comment