Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday, 2 October 2013

Fizz Fairuz Sudah Bincang Hasrat Nikah Almy Nadia

Pelakon Fizz Fairuz sudah berbincang dengan aktres Almy Nadia mengenai hasratnya untuk memperisterikan wanita itu pada tahun hadapan.
Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 34, bagaimanapun enggan mengulas mengenai perkara itu sehingga dia bertemu dengan keluarga Almy secara rasmi.
“Almy memang tidak mengetahui hasrat itu dan jangan salahkan dia. Namun selepas tersiar satu laporan yang menyatakan saya mahu menikahinya, kami telah duduk berbincang.

“Insya-Allah saya akan bertemu dengan keluarganya pula untuk menyatakan hasrat saya itu dalam masa terdekat ini,” jelasnya.
Fizz diminta mengulas mengenai kedudukan sebenar hasratnya untuk memperisterikan Almy, 27, selepas wanita itu mengakui tidak tahu-menahu keinginan bekas kekasihnya itu.
Fizz sebelum itu dilaporkan kembali menjalinkan hubungan cinta dan akan bernikah dengan wanita itu pada tahun hadapan.
Dalam pada itu, Fizz turut mengakui tidak membenarkan Almy memberikan sebarang kenyataan kepada pihak media berhubung hubungan mereka kerana enggan wanita tersebut terbeban dengan hal terbabit.
“Saya ada menyuruh dia untuk berdiam diri kerana tidak mahu kenyataan yang dikeluarkan bercanggah.
“Baik atau buruk biarlah saya yang tanggung dan saya tidak mahu Almy terpaksa menanggung beban atas kekecohan yang berlaku,” jelasnya.
Sementara itu, Fizz berkata, walaupun pernah meninggalkan Almy sehingga berhasrat menikahi wanita lain namun dia menyedari Almy adalah pilihan tepat buatnya.
“Semua manusia ada membuat kesalahan dan saya juga tidak terlepas daripada perkara itu. Hasrat untuk berkahwin dengannya wujud kerana saya sedar Almy sentiasa berada bersama saya ketika susah dan senang sepanjang tujuh tahun kami bercinta,” tuturnya.
Tambah Fizz, ibunya adalah insan paling gembira selepas dia memaklumkan hasrat tersebut
Terdahulu Fizz telah menimbulkan kontroversi apabila bertunang dalam diam dengan seorang wanita berusia 26 tahun di Kuantan, Pahang, pada 10 Februari lalu.
Peristiwa itu menjadi kecoh apabila wanita itu dikatakan isteri orang.

No comments:

Post a Comment