Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday, 2 October 2013

Hairie Othman Akui Karier Pelakon Berakhir Sejak Sertai Politik

Hairie Othman akhirnya mengakui kepada media, kerjaya lakonannya telah berakhir sejak beliau mengambil keputusan untuk menyertai parti politik Pas dua tahun lalu.

"Saya sedar kerjaya saya memang sudah tamat selepas terlibat dengan politik dan menyertai Pas tapi perkara itu saya sudah fikirkan sebelum saya mengambil keputusan tersebut.


Hairie, 42, berkata, biarpun pihak stesen televisyen tidak pernah menyenarai hitamkan namanya namun kebanyakan pengarah dan penerbit masih mengamalkan diskriminasi terhadap parti politik.

"Saya sedar kerjaya saya memang sudah tamat selepas terlibat dengan politik dan menyertai Pas tapi perkara itu saya sudah fikirkan sebelum saya mengambil keputusan tersebut.

"Saya harap kerajaan negeri Kelantan dan pemimpin Pas dapat membantu artis-artis yang menerima nasib yang sama seperti saya, yang mana pendapatan saya semakin terdesak ketika ini," katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Kerajaan Negeri Kelantan Bersama Selebriti, di sini, Ahad.

Turut hadir, Mursyidul Am Pas,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah.

Majlis bersama selebriti ini adalah bagi meraikan para selebriti yang pernah membuat persembahan atau bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Kelantan sejak tahun 2008 hingga 2013.


No comments:

Post a Comment