Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Tuesday, 1 October 2013

Keluarga Tunang Terima Semula Shahrizal Jaszle


Pelakon Shahrizal Jaszle bersyukur apabila keluarga tunangnya, Redzwani Puteri yang sebelum ini memutuskan tali pertunangan gara-gara kontroversi tangkap khalwat sudah menerimanya kemabli.
Shahrizal berkata, dia tidak sangka akan diterima semula oleh keluarga Redzwani dalam jangka masa yang singkat iaitu pada pertemuan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu.
“Saya faham situasi keluarga Redzwani yang mesti risau adakah saya layak untuk menjadi suami Redzwani selepas kontroversi tercetus. Dan ia semestinya mengambil masa yang lama untuk mereka percaya kepada saya.
“Tetapi, Alhamdulillah mereka sudah terima saya semula pada Hari Raya lalu dan hubungan saya dan Redzwani sendiri semakin kukuh. Syukur,” katanya.
Pada 16 Mei lalu, Shahrizal ditahan bersama Farah Nurizzati Salleh, 21, atas kesalahan khalwat di Apartmen Taman Sri Subang, pada pukul 3.30 pagi oleh unit penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hasil aduan orang ramai.
Walaupun aktor tersebut menyifatkan penangkapan itu sebagai satu perangkap namun Farah berkata mereka sebenarnya mempunyai hubungan istimewa.
Kontroversi itu membuatkan keluarga Redzwani memutuskan pertunangan pada 10 Jun 2013 dengan memulangkan semula dua bentuk cincin iaitu cincin belah rotan dan cincin berlian.
Sementara itu, Shahrizal berkata, dia sudah bersedia dengan segala kemungkinan untuk berhadapan dengan kes tersebut yang akan disebut di mahkamah syariah pada 12 November depan.
“Saya bersedia untuk berhadapan dengan kes itu dan sedang mengumpul bukti yang saya tidak bersalah. Kita lihat saja nanti. Insya-Allah semua akan berjalan lancar,” ujarnya.
Dalam pada itu, Shahrizal kini bekerja keras untuk mengumpul wang sebelum mengahwini Redzw dan berhasrat mengadakan majlis selepas kes mahkamah berkenaan selesai.
Malah pelakon drama Iman Nabila itu juga bersyukur kerana kontroversi tersebut langsung tidak menjejaskan perjalanan kariernya selain turut mendapat tawaran daripada pihak produksi Zeel Production.
“Memang sekarang ini saya tengah mengumpul duit untuk mengahwini Redzwani. Dan buat masa ini saya sedang sibuk menjalani penggambaran drama Dendam Lima Beradik arahan Along Kamaludin dan beberapa drama daripada pihak produksi Zeel. Selain itu adik saya, Shahid Jaszle kini menjadi pengurus saya,” ujarnya. –

No comments:

Post a Comment