Seperti yang kita pernah lihat sebelum ini, pejabat-pejabat Google yang berada di luar negara mewujudkan persekitaran dan ruang kerja yang unik dan kreatif. Bila sebut pejabat Google saja, akan terlintas pejabat yang berwarna-warni, ruang permainan seperti meja snooker dan video game, dan perhiasan-perhiasan yang lain dari yang lain.
Tahukah anda di Malaysia juga telah wujud pejabat Google. Ia terletak di KL Sentral.
Selamat Datang ke Pejabat Google Malaysia!
Video rakaman lawatan sekitar pejabat Google Malaysia.
Untuk pengetahuan korang, di Asia Tenggara cuma ada 2 pejabat Google iaitu di Singapura & terkini di Malaysia.
Pada Januari 2011, Google Malaysia membuka pejabat rasminya di
Woot..woot berbangga kejap sebab sebelum tahun 2011, Malaysia hanya menumpang link Google Singapura.
Pejabat Google Malaysia yang pertama adalah di Tingkat 36 Menara Citibank sebelum berpindah ke lokasi terkini di Quill 7 di KL Sentral kerana mahu lebih santai mengikut inspirasi pejabat induk Google di Mountain View, USA.
Berkeluasan 10, 000 kaki persegi di tingkat 20 membolehkan penambahan beberapa sudut baru termasuk teater, ruang game & gerai dinamakan Gerai Gugel dengan makanan percuma sepanjang hari semasa bekerja. Paling cun beberapa bilik di pejabat Google dinamakan dengan nama tempatan seperti Nasi Lemak, Ikan Bilis & Rilek Ah.
Jom check out ruang pejabat Google
Ni dia bos besar Google Malaysia, Saijith Sivanandan
No comments:
Post a Comment