Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday, 2 October 2013

Misteri Orang Minyak Serang Felcra Changkat Lada

Dari bayang sosok misteri yang didakwa sebagai orang minyak, ditambah bayangan jelmaan tertentu telah menyerang penduduk sejak 10 hari lalu mengganggu sedikit sebanyak ketenteraman dan kegiatan harian penduduk di Felcra Changkat Lada.

"Tiga kali anak saya tegur benda tu dan ia terus lari ke kawasan hutan berhampiran. Sejak peristiwa itu, tiga kali orang minyak datang ke rumah saya sehingga saya terpaksa panggil bomoh untuk halau.

Seorang penduduk, Shamidi Shaari, 44 memaklumkan, dia sudah tiga hari tidak pulang ke rumah sejak ia disinggahi orang minyak yang disedari anaknya bersama seorang rakan sewaktu pulang dari rondaan malam.

Menurut Shamidi, anaknya berhenti di halaman rumah apabila terlihat lembaga hitam tergantung seperti buah nangka di batang pokok rambutan.

"Mulanya saya tak percaya, tapi bila dah alami sendiri termasuk jumpa tapak kaki kecil sebesar katak di tangga rumah dan almari solek, kehidupan kami sekeluarga mula tak tenteram," cerita Shamidi.

Berikutan peristiwa itu, Shamidi telah menghantar anak-anak serta isterinya pulang ke kampung mereka di Felda Besout.


Hamdan menunjukkan bagaimana orang minyak yang dikatakan berhenti di hadapan rumah Su dalam keadaan mencangkung.
Menurut Shamidi, kepercayaan wujud jelmaan orang minyak diperkuatkan dengan kesan tompokan darah di cadar serta tilam selepas berlaku pergelutan antara bomoh dan lembaga yang didakwa orang minyak itu.

"Saya dah basuh cadar tu, tapi kesannya masih ada. Sampai sekarang saya tak boleh masuk rumah sebab fobia. Saya sendiri tak tahu apa motif lembaga jelmaan itu muncul di kawasan ini dan ganggu kehidupan kami.

"Saya alu-alukan bantuan daripada sesiapa yang mahir dalam pengubatan mistik untuk kembalikan ketenteraman kawasan," katanya.

Seorang lagi penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Su, 26, penduduk Felcra Changkat Lada ini mengaku pernah melihat lembaga hitam berbadan besar mencangkung di hadapan rumahnya, Ahad lalu.

Menceritakan kejadian, Su berkata, pada mulanya dia mendengar bunyi kocakan air dalam longkang di hadapan rumahnya dan membuka tingkap untuk melihat keadaan.

"Saya terkejut bila tengok lembaga hitam mencangkung seperti baru naik dari longkang. Kerana terlalu takut, saya lari ke dalam bilik dan telefon suami supaya pulang segera.

"Saya bimbang lembaga hitam itu masuk rumah sebab hanya saya, mak dan anak-anak dalam rumah malam itu. Lembaga itu lari ke tempat lain apabila beberapa remaja bermotosikal melalui kawasan rumah kami," katanya.

Anggota Rela, Hamdan Baharudin, 32 mengakui berita berkaitan jelmaan orang minyak sudah heboh sejak 10 hari lalu dan memaklumkan peristiwa itu bermula di kawasan penempatan Felcra Fasa Empat sebelum merebak ke rumah kakitangan Felcra, seterusnya ke penempatan di fasa tujuh.


No comments:

Post a Comment