Terkini, isu mengenai muflis ini dikaitkan pula dengan seorang lagi artis yang cukup popular iaitu Afdlin Shauki kerana dikatakan gagal membuat bayaran terhadap satu pinjaman yang dibuat dengan sebuah bank.
Mengakui dia sendiri pernah mendengar cerita berkenaan, Afdlin dengan tegas menyatakan, ia adalah fitnah semata-mata yang telah disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Kalaulah benar saya muflis sekarang ini, sudah tentu tidak ada stesen televisyen seperti TV3 dan Astro memberikan projek kepada syarikat saya untuk menghasilkan program.
"Untuk memberikan projek kepada sesebuah syarikat, mereka tidak sewenang-wenangnya membuat keputusan kerana perlu melihat kedudukan terkini syarikat tersebut terlebih dahulu. Jadi, kenapa pula ada yang mendakwa saya sudah muflis.
Tambah Afdlin lagi, seboleh-bolehnya beliau tidak mahu memanjangkan isu ini dan beranggapan ia merupakan fitnah yang sangat berat.
"Biarlah apa yang orang hendak fitnah, saya tetap akan maafkan perbuatan mereka. Saya sekadar ingin memberi peringatan supaya selidik terlebih dahulu sesuatu perkara itu sebelum membuat dakwaan. Sekiranya tidak benar sudah tentulah ia satu fitnah dan dosanya sangat besar", katanya yang turut mengesahkan rekod syarikatnya dengan bank masih baik.

No comments:
Post a Comment