Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday 19 June 2013

Kejam! Budak 5 Tahun Dipukul Hingga Mati Hanya Kerana Ejekan Gila

Seorang kanak-kanak berusia 5 tahun menerima nasib malang apabila dipercayai dibunuh oleh dua orang lelaki. Menurut sumber, budak itu dibunuh kerana suspek berang apabila diejek dengan perkataan gila.
Namapun budak 5 tahun, tetapi sudah diperlakukan dengan kejam. Bukankah kanak-kanak itu harus disayangi, dan jika salah harus diteguri. Mereka masih lagi insan kecil yang sedang belajar tentang erti kehidupan. Satu kes yang menyayat hatimelibatkan seorang kanak-kanak lelaki warga Kemboja berusia lima tahun yang mana ditemui mati dalam bungkusan kain yang ditutup dengan daun-daun di bawah sebatang pokok sukun yang dikelilingi semak di Jalan Bawal, Off Jalan Sungai Udang, di sini, kelmarin.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Mohamad Mat Yusop berkata, mayat Sy Rasikin Sy Ismail dengan kesan lebam di muka dan kuku pada leher kanannya, ditemui bapanya, Set El It, 35, kira-kira 30 meter dari rumah mereka di kawasan itu pada 11.57 malam.
“Selepas dijumpai, mangsa dibawa ke sebuah klinik di Pekan Teluk Pulai di sini tetapi telah disahkan meninggal dunia.
“Ibu mangsa berkata kali terakhir beliau bertemu anaknya ialah pada kira-kira 6 petang semalam sebelum anaknya keluar seorang diri dan bermain di kawasan rumahnya,” katanya.
Mohamad berkata, susulan kejadian itu, polis menahan dua lelaki warga Kemboja berusia 19 dan 21 tahun, yang kedua-duanya bekerja sebagai tukang jahit.
Beliau berkata, seorang daripada suspek mengaku menampar mangsa kerana mendakwa mangsa mengejeknya ‘gila’.
Kedua-dua suspek kemudian membungkus mangsa ke dalam kain sebelum membuang mangsa di bawah pokok sukun itu, katanya.
“Suspek dibawa ke hospital untuk menjalani ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) DNA & toksikologi,” katanya.
Mohamad berkata, bedah siasat ke atas kanak-kanak itu menunjukkan beliau meninggal dunia akibat lemas.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 kerana membunuh.

No comments:

Post a Comment