Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Thursday 12 September 2013

‘Perjalanan Purba’ Hina Islam & Nabi?


Siri lengkap cakera padat digital (DVD) selama 15 jam bertajuk ‘Perjalanan Purba’ mengisahkan hidup nabi dipercayai dihasilkan di Timur Tengah dalam Bahasa Arab, dikhuatiri boleh memesongkan akidah umat Islam negara ini berikutan ia melakonkan semula pengalaman dilalui pesuruh Allah ketika berdakwah.
Siri lengkap dengan sari kata bahasa Inggeris itu dipercayai menjalani penggambaran di Maghribi, Palestin dan Jordan, sekitar 2003 hingga 2006, dikatakan sudah berada di negara ini melalui pengedarnya yang dipercayai beroperasi di Kuala Lumpur.
Lebih mengejutkan, orang ramai boleh menonton sedutan filem itu melalui Internet yang menggambarkan kisah hidup dan dugaan ditempuh nabi dimaksudkan.
Antara tajuk siri itu termasuk Adam and Hawa (Dibalik Pintu Tertutup), Ishaak dan Yacoub (Dua Brothers), Nabi Nuh dan Bencana, Nabi Ibrahim (Janji), Nabi Yusuf (Sang Pemimpi), Nabi Musa (40 Tahun Kemudian), Nabi Daoud (Seorang Raja Warrior), Nabi Elia (Nabi Api) dan Nabi Samu’eel (Resah Satu).
Dalam siri Adam and Hawa, ia melakonkan watak Nabi Adam dan isterinya, Hawa dihalau dari syurga selepas memakan buah ‘Khuldi’ yang dilarang Allah, namun tetap dilakukan hasil hasutan syaitan. Mereka kemudian digambarkan sampai ke dunia melalui sebuah pintu sebelum pintu itu ditutup, menyebabkan kedua-duanya kekal hingga dikurniakan anak.
Manakala siri Nabi Nuh dan Bencana menggambarkan usaha Nabi Nuh membina bahtera bagi menghadapi banjir selepas mendapat alamat daripada Allah. Bagaimanapun, baginda mendapat tentangan daripada anak serta isteri yang menganggap perkara itu tidak masuk akal dan mengarut.
Mengulas kewujudan siri berkenaan, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ), Datuk Noh Gadut berkata, perkara itu dianggap satu penghinaan kepada rasul dan nabi serta umat Islam amnya, berikutan nabi dan rasul manusia istimewa di sisi Allah, insan kamil dan maksum serta tidak dicatatkan dosa dan terlalu bersih. Kerana itu, katanya, jika watak mereka dilakonkan ia seolah-olah berlaku penghinaan kepada batang tubuh, identiti, sahsiah nabi dan rasul itu sendiri kerana pemegang watak itu insan biasa.
Beliau menyatakan kekesalannya kerana tindakan itu dianggap memperdagangkan nabi dan tidak patut berlaku.
“Nabi utusan sempurna yang menyampaikan wahyu kepada umat Islam dan tidak boleh disamakan dengan manusia biasa dengan apa cara sekalipun. Lakonan dibuat mungkin tidak tepat daripada segi penyampaian sejarah dan fakta kerana nabi ciptaan Allah yang terpuji.
“Perkara boleh dipertikaikan pemegang watak itu sendiri, adakah dia seorang Islam sedangkan Muslim ditegah berlakon sebagai seorang nabi, ditambah lagi tahap keimanannya tidak boleh disamakan dengan mana-mana nabi atau rasul.
“Ini boleh jejaskan akidah umat Islam kerana risau ada perkara ditokok tambah atau dikurangkan untuk menyedapkan jalan cerita,” katanya.

No comments:

Post a Comment