Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday 29 January 2014

NASA Memberi Penghormatan Kepada Nelson Mandela

imej Afrika Selatan oleh NASA

Kehilangan Nelson Mandela ternyata sangat memberi kesan kepada dunia apabila pihak NASA juga telah turut sama menyertai gelombang pemberian penghormatan ke atas negarawan Afrika Selatan, Nelson Mandela dengan memfokuskan imej tanah kelahiran Mandela yang dilihat dari Stesen Angkasa Antarabangsa.
nelson mandela 300x225 NASA Memberi Penghormatan Kepada Nelson Mandela
“Sebagai menghormati ikon anti-aparteid Nelson Mandela yang telah meninggal dunia hari ini pada usia 95 tahun, di sini adalah sebuah imej Cape Town, Afrika Selatan dari angkasa,” kata agensi angkasa pada hari Khamis di laman Google+nya. “Imej ini diambil pada 9 Mei 2013 oleh angkasawan Kanada Chris Hadfield semasa tinggal dan bekerja di atas kapal Stesen Angkasa Antarabangsa. Hadfield tweet imej ini dan menulis ‘Cape Town, Afrika Selatan dan Atlantis Selatan memanggil selamanya’
nasa memberi penghormatan kepada nelson mandela 300x199 NASA Memberi Penghormatan Kepada Nelson Mandela
Gambar tersebut telah sampai ke 5.4 juta pengikut NASA di Twitter dan 1.7 juta pengikut Google+ agensi itu. Penghormatan untuk Mandela datang dari bahagian angkasa yang lain juga. “Berehat dengan aman, Nelson Mandela,” Elon Musk, pengasas jutawan SpaceX dan penduduk asal Afrika Selatan, menulis di Twitternya, “Seorang lelaki yang baik dan hebat”.
Buzz Aldrin, manusia yang berjalan atas bulan dari Apollo 11 juga mengucapkan ucapan yang hampir sama, menggelar Mandela sebagai “inspirasi sebenar dan model contoh untuk keamanan dan kerjasama antarabangsa. Kami akan terus belajardaripadanya.” Aldrin menulisnya di Twitter.
Stesen angkasa melihat pemandangan Afrika Selatan bukan sahaja sebagai menghormati Mandela, tetapi juga sebagai pemberian terakhir daripada Cosmic Log Space Advent Calenda, yang akan memaparkan pemandangan bumi dari angkasa setiap hari sepanjang Krismas.
Begitu sekali penghormatan yang diberikan kepada seorang tokoh keamanan. Teacher Muja terfikir, bagaimanakan reaksi penduduk dunia semasa kewafatan Rasulullah SAW yang diakui di peringkat antarabangsa sebagai manusia paling berpengaruh di dunia. Baginda adalah ikon bagi segala penjuru kebaikan. Semestinya kesedihan yang dirasai dunia melebihi kesedihan dengan kematian Nelson Mandela.
Sama-samalah kita berdoa agar keamanan dunia akan sentiasa bertambah baik dari hari ke hari. Amiin.
Wassalaam.

Angola Haramkan Islam, Masjid Dimusnah, Al-Quran Dibakar

Angola Haramkan Islam, Masjid Dimusnah, Al-Quran Dibakar. Sebuah yayasan berpusat di Johannesburg berjaya membongkar perbuatan biadab kerajaan Angola

Sebuah yayasan berpusat di Johannesburg berjaya membongkar perbuatan biadab kerajaan Angola yang menjadi negara pertama di dunia mengharamkan Islam.

Menurut Pengarah Open Society Initiative of Southern Africa, (Osisa), Elias Isaac berkata, mereka menerima laporan kebanyakan masjid di negara itu kini diarah tutup atau dimusnahkan pihak tidak bertanggungjawab.
“Terdapat 78 masjid di Angola dan hanya beberapa dibuka di ibu negara selepas kerajaan khuatir dengan respons masyarakat antarabangsa terhadap dasar Islamofobia yang dilaksanakan di negara tersebut,” jelasnya lagi.
Menurut beforeitsnews, kerajaan Angola turut mengeluarkan notis dan memberi tempoh 73 jam kepada masyarakat Islam di negara itu untuk memusnahkan masjid dan mereka yang gagal berbuat demikian akan dikenakan tindakan.
Sementara itu, Presiden Persatuan Orang Islam Angola (ICA), David Ja memberitahu, tindakan menutup masjid di negara tersebut dilakukan sejak 2010.
“Selain menyasarkan masjid, kerajaan turut bertindak sewenang-wenangnya membakar 120 al-Quran dalam beberapa serbuan ke atas masjid yang dilakukan sejak akhir-akhir ini,” menurutnya.

Jambatan Gantung Yang Paling Mengerikan Di Dunia

Jambatan Gantung Yang Paling Mengerikan Di Dunia

Bayangkanlah jambatan gantung sepanjang 98 meter, di ketinggian 3,000 mdpl, dan kelajuan angin sehingga 200 km / jam. Titlis Cliff Walk di Alps, Switzerland, menjadi jambatan gantung paling menyeramkan di Eropah.
Untuk anda yang menyukai cabaran, jambatan teringgi di Eropah, Titlis Cliff Walk dibuka untuk pengunjung. Jambatan ini berada di ketinggian 3,000 meter di atas permukaan laut Alps di Switzerland.
Perhatian! Jambatan ini bukan untuk traveler yang lemah jantung atau takut pada ketinggian.
Banyak yang boleh pelancong lihat dari atas jambatan ini. Pembekal kereta gantung Titlis Rotair mengatakan, pelancong boleh melihat panorama pergunungan yang ada di sekitar jambatan ini. Selain itu, pengunjung juga boleh melihat sebahagian kawasan Itali dari atas jambatan.
Namun, panorma ini tidak boleh anda lihat setiap masa. Kadang kala adanya ribut salji yang mengurangkan jarak pandangan. Pengunjung yag hadir ketika itu,tidak akan boleh melihat apa-apa yang ada di bawahnya.
Sebaiknya anda pegang erat-erat,kerana jambatan ini akan diselimuti ais dan salji, dan jambatan akan bergoyang ketika pengunjung berjalan di atasnya. Tidak hanya itu, angin yang bertiup melewati jambatan ini boleh mencapai 200 km per jam.

Misteri Disebalik Jasad Firaun Masih Terpelihara

Misteri Disebalik Jasad Firaun Masih Terpelihara2

Mesti ramai yang tidak tahu yang jasad Firaun sehingga kini masih terpelihara, jadi satu kajian telah dibuat oleh seorang saintis yang sangat terkenal dan akhirnya hasil atau keputusan yang didapati sangat memeranjatkan sehinggakan saintis tersebut memeluk islam setelah mengkaji penemuan mayat firaun pada pertengahan tahun 1975..

Apa Sebabnya Jasad Firaun Terpelihara Sehingga Kini?
Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.
Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.
Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.
Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumiamia supaya jasad itu kekal awet.
Misteri Disebalik Jasad Firaun Masih Terpelihara Misteri Disebalik Jasad Firaun Masih Terpelihara
Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.
Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis. KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.
Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!” Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.
Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.
Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.
Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu. “Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.
Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri.
Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.
Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:
“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.” (Yunus: 92)
Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.
Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.” Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.
Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. “Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.
Wallahualam.

7 Tips Elak Gastrik

7 Tips Elak Gastrik

Punca penyakit gastrik adalah amalan tabiat makan (minum pagi, makan tengahari dan makan malam) yang tidak mengikut waktu yang tetap. Fyna pun kadang-kadang kena juga gastrik. Kita kena ambil berat terutama kesihatan. Fyna ingin kongsikan tips untuk elakkan penyakit gastrik ini.
7 Tips Elak Gastrik
1. Bersederhana semasa makan dan tidak mengambil makanan berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu hulu hati
2. Mengelakkan makan sepanjang malam dan tidur dalam keadaan perut yang penuh.
Keadaan ini hanya membebankan usus yang sepatutnya berehat semasa tidur. Oleh itu, makanlah antara tiga hingga empat jam sebelum tidur.
3. Elakkan tabiat terus tidur sebaik makan sahur kerana ia menimbulkan masalah pada sistem penghadaman.
4. Ada sesetengah individu yang alah pada makanan tertentu seperti cuka dan rempah. Jadi, elakkannya.
5. Begitu juga, elakkan makanan yang berlemak
6. Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya. Hindari makanan ini.
7. Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang.

Bolehkah Roh Suami Datang Setiap Malam Untuk Bersama Isteri?


Bolehkah Roh Suami Datang Setiap Malam Untuk Bersama Isteri? Bolehkah suami yang telah kembali ke rahmatullah, mendatangi semula dan bergaul, sepertimana..


Soalan:
Ustaz, suami saya telah kembali ke rahmatullah kira-kira tiga bulan yang lalu. Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini ada sesuatu yang pelik berlaku pada diri saya, iaitu pada setiap malam arwah mendatangi dan bergaul dengan saya. Kemusykilan saya ;
i) Bolehkah suami yang telah kembali ke rahmatullah, mendatangi semula dan bergaul, sepertimana mereka hidup pada malam-malam hari sebelum kematiannya?
ii) Bolehkah ruh suami saya menziarahi anggota keluarganya, menziarahi rumah atau kampung halamannya?
iii) Apakah benar ruh orang yang sudah meninggal, boleh balik memasuki tubuh anggota keluarganya, seolah-olahnya boleh berinteraksi dengan orang hidup.
Hamimah Abdullah
Banting, Selangor.

Jawapan:

Puan,
Menjawab soalan pertama, di sini ada dua episod daripada soalan ini, pertamanya, mendatangi isteri setelah suaminya meninggal iaitu ‘tidur bersama’, mungkin berlaku sebagai suatu mimpi indah atau keduanya, benar-benar berlaku dalam keadaan sedar dan yakin bahawa itu adalah suaminya yang terdahulu.
Kalau berlaku itu atas nama mimpi, memanglah ia sesuatu yang mungkin, lebih-lebih lagi berlaku kepada isteri yang amat menyayangi suaminya yang telah pergi menemui Allah lebih dahulu daripadanya.
Adapun mendatangi isteri dalam maksud ia benar-benar sedar dan yakin bahawa itu adalah suaminya maka ini adalah tidak mungkin dan tidak boleh berlaku kerana orang yang telah meninggal telah berpindah ke alam baqa’ – alamul khulud – yang bermula daripada kubur.
Hadis Nabi s.a.w menyebut (yang bermaksud),”Alam kubur itu adalah suatu tempat tinggal sementara, tempat berhenti daripada tempat-tempat yang akan dilalui, menuju ke alam Akhirat, alam kubur adalah sebahagian daripada alam barzakh, maka yang telah dimasukkan ke alam kubur akan berada di dalamnya sehingga hari Kiamat yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia.”
Adapun yang berlaku setelah yang didakwa oleh banyak orang, khasnya kepada saya, puan mesti yakin bahawa itu bukanlah suami yang sebenar.
Kalaupun berlaku sungguh, ia akan berlaku, tetapi bukan daripada suami. Tetapi ia dilakukan oleh makhluk lain yang bernama Qareen. Qareen ini memang wujud, dalam al-Qurannul Karim, terdapat istilah Qareen ini sebanyak 12 kali. Misalnya kita merujuk kepada Surah as-Shaffaat, ayat 51 yang bermaksud, salah seorang daripada yang telah meninggal yang menghadapi balasan Allah S.W.T, mengakui dengan mengatakan bahawasanya, adalah pada diri saya dahulunya ada Qareen.
Qareen dalam tafsir seperti al-Qurtubi dan al-Maraghi, disebut sebagai kawan atau teman yang begitu rapat. Ertinya, insan yang menjadikan Qareen sebagai teman rapatnya maka dia telah mendapat sejahat-jahat teman. Qareen adalah satu jenis daripada jenis-jenis Jin ataupun Syaitan.
Pada umumnya, apabila manusia bersahabat dengan syaitan serta meminta tolong daripadanya dan berbagai-bagai lagi, maka jadilah dia Qareen. Oleh itu, selepas daripada kematian manusia, Qareen ini akan melakukan berbagai-bagai perkara yang tidak baik termasuklah dia boleh menganggu keluarga si mati dan mendatangi isterinya sebagaimana rupa suami terdahulu.
Oleh sebab itu puan tidak seharusnya mempercayai bahawa ‘dia’ adalah suami puan, kerana suami puan yang sebenarnya telah kembali ke rahmatullah.
Mengenai soalan kedua, orang yang telah meninggal dunia, ruhnya kembali kepada Allah S.W.T yang diistilahkan berada dalam alam Barzakh, ianya adalah alam Akhirat. Justeru insan yang telah pergi kepada-Nya tidak mungkin dan tidak boleh kembali ke alam dunia kerana Barzakh itu bermaksud pemisah atau penghalang. Ia seumpama sebuah tembok yang kukuh memisahkan di antara dua alam.
Maka orang yang telah kembali kerahmatullah atau kembali ke alam Barzakh ini, dia tidak boleh kembali. Dalam Surah az-Zumar, ayat 42 yang bermaksud, “Allahlah yang memisahkan nyawa dengan mati daripada makhluk-Nya dan memegang yang telah pasti mati ini dengan tidak membenarkannya kembali ke dunia.”
Ayat al-Quran lain ada menyebut,
“Bahawa selepas kematian, mereka akan kembali ke alam Barzakh sehinggalah kepada hari Kiamat.”
Banyak ayat al-Quran dan al-Hadis yang menunjukkan bahawa ruh si mati berada dalam suatu kepungan Barzakh yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia. Sebagaimana kita ke alam dunia tidak boleh masuk ke alam Barzakh (tanpa ada sebab).
Logiknya kita lihat, kalaulah ruh orang yang telah mati itu boleh kembali ke dunia, boleh melakukan berbagai-bagai perkara, sudah tentu orang-orang yang telah meninggal itu seolah-olahnya tiada seksa kubur, tiada balasan dan seolah-olahnya mereka bebas ke sana ke mari.
Oleh itu, kita harus yakin bahawa ruh si mati tidak boleh kembali untuk menziarahi keluarganya, rumahnya atau sebagainya.
Kepada soalan ketiga, pada saya orang yang telah meninggal tidak boleh kembali ke dunia. Peninggalannya adalah peninggalan yang terakhir, sebab itu ia disebut kembali ke rahmatullah. Sama ada dia (si mati) berada dalam keadaan penuh dengan nikmat alam Barzakh yang bermula dari alam kubur, atau bermula dengan seksa kubur seperti yang sabit dalam nas-nas al-Quran dan as-Sunnah yang wajib diimani adanya azab kubur.
Dalam kedua-dua keadaan ini, si mati sudah tidak mungkin akan kembali ke dunia ini kerana dia berada dalam alam Barzakh.
Akan tetapi berlaku dalam dunia ini, orang mengatakan ruh orang mati, kembali ke dunia dan meminjam jasad-jasad yang tertentu yang jadi seperti orang kehilangan akal, bercakap dengan nada, irama dan kelakuan orang yang telah mati.
Daripada pengalaman saya, ada juga yang medakwa dirinya Nabi Khidir, Sheikh Abdul Qadir Jailani, Wali Songo dan sebagainya. Ada juga pihak tertentu yang mengubat orang, yang mengajar ilmu-ilmu yang didakwa kununnya diambil daripada orang yang telah mati.
Semuanya ini adalah tidak benar dan ditolak oleh Islam.
Seolah-olah wujudnya fahaman mengembalikan ruh, dalam istilah Arabnya disebut tanasuthil arwah – reincarnation -. Fahaman ini ada dalam fahaman Buddha, Hindu dan fahaman purba. Islam bersih daripada semua fahaman ini.
Umat Islam mesti beriman bahawa ruh adalah untuk dirinya sahaja dan tidak boleh masuk dalam diri orang lain. Satu jasad satu ruh, apabila dipisahkan, jasad akan tinggal di alam dunia, ruh kembali ke alam Barzakh.
Apabila tibanya nanti di hari Qiamat, jasad akan dijadikan semula dan ruh akan mencarinya untuk dihisabkan oleh Allah S.W.T. Alam Barzakh adalah suatu alam yang ditutup rapat.
Oleh kerana itu pada pandangan saya tidak timbul sama sekali manusia yang telah mati, ruhnya boleh menganggu atau menyakiti manusia.
Wallahu a’lam.
Sumber dari Islam Itu Indah yang Dipetik dari kitab: “Menjawab Persoalan Makhluk Halus: Kaitannya Dengan Penyakit Dan Pengubatan – Bersama Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din”.

Biar Betul!! Doktor Kata Wanita Ini Akan Mati Jika Makan Buah. Kenapakah? Sumber: Biar Betul!! Doktor Kata Wanita Ini Akan Mati Jika Makan Buah.

Biar Betul!! Doktor Kata Wanita Ini Akan Mati Jika Makan Buah. Kenapakah?

Seperti yang dimaklumkan doktor, kita amat disarankan supaya sentiasa mengambil buah-buahan sebagai makanan rutin. Namun saranan itu tidak boleh diberikan kepada seorang wanita ini. Wanita yang dikenali sebagai Charlotte Jefferson ini, telah dimaklumkan doktor bahawa buah yang dimakannya boleh menyebabkan dirinya akan mati atau dalam erti kata lain jatuh sakit. Difahamkan larangan untuk memakan buah adalah disebabkan Charlotte Jefferson mengalami alahan luar biasa yang membuatkan dirinya tidak mengambil buah-buahan.
Charlotte Jefferson diberi amaran oleh doktor, dia boleh mati jika makan buah lagi.
Ibu berusia 25 tahun itu menghidap alahan luar biasa yang menyebabkan dia mengalami kesan sampingan yang boleh membawa maut setiap kali makan buah.
Dia dimasukkan ke hospital sebelum pihak perubatan akhirnya mengenal pasti alahannya tahun lalu.
Pengalaman pertama Charlotte berlaku selepas dia makan buah lai yang menyebabkan badannya gatal dan dia batuk darah.
Dalam kejadian lain, dia mengalami pening dan meracau selepas makan tomato.
Charlotte berasal dari Hull kini berhati-hati memastikan tiada makanan yang dilarang dalam dietnya kerana bimbang jika dia makan apa juga buah, ia mungkin kali terakhir untuknya.
“Saya bimbang untuk makan lai atau rempah kerana ia akan menyebabkan saya mati,” katanya Selepas bertahun-tahun menderita tanpa mengetahui puncanya, doktor akhirnya memutuskan bahawa dia alah kepada salisilat yang terdapat dalam buah dan makanan lain.
Senarai makanan yang perlu dielak oleh wanita itu, termasuk kerang-kerangan, daging dalam tin, semua jenis buah kecuali pisang, brokoli, timun, inti pai, sayur berminyak, dadih, jem, air buah, air gas, sos, kebanyakan herba dan rempah, biskut, gula-gula dan kastard. Ini bermakna, kunjungan ke restoran menjadi satu mimpi ngeri bagi Charlotte yang sentiasa membawa sebuah Epifen yang diisikan dengan adrenalina sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya dia termakan makanan yang dilarang dan mengalami reaksi.
“Sekiranya saya ingin keluar bersama rakan, saya terpaksa telefon restoran itu terlebih dulu dan bertanya banyak soalan mengenai masakan mereka dan bagaimana ia dimasak. Banyak yang saya tak boleh makan. Selalunya, saya hanya makan semangkuk bubur kerana ia paling mudah untuk disediakan,” katanya.

Kebaikan Susu Ibu Yang Mungkin Kita Tidak Tahu

Kebaikan Susu Ibu Yang Mungkin Kita Tidak Tahu artikel berkaitan dengan kebaikan susu ibu. Seperti sedia maklum susu ibu ini memang banyak khasiat

Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi kerana ia mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar.
Susu ibu, khasnya kolostrium, mengandungi bahan-bahan antibodi yang boleh melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan seperti cirit-birit, bronkitis dan radang paru-paru.
Susu ibu juga mencegah penyakit seperti lelah dan sakit perut bayi.
Susu ibu mengandungi zat khusus yang penting untuk perkembangan otak.
Ia mengurangkan risiko pencemaran yang mungkin berlaku dalam kaedah penyusuan lain.
Berbeza daripada susu lain, susu ibu boleh diperolehi dengan mudah pada bila-bila masa.
Memberikan bayi keselesaan dan ketenangan emosi yang diperlukan.
Menjalinkan hubungan kasih sayang yang lebih mesra antara bayi dan ibu.

Hikmah Meninggalkan Cakap Bohong

Bohong

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan pada suatu hari ada seorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam kerana hendak memeluk agama Islam. Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadat, lelaki itu lalu berkata :

“Ya Rasulullah. Sebenarnya hamba ini selalu saja berbuat dosa dan payah hendak meninggalkannya.”Maka Rasulullah menjawab : “Mahukah engkau berjanji bahwa engkau sanggup meninggalkan bercakap bohong?”"Ya, saya berjanji” jawab lelaki itu singkat. Selepas itu, dia pun pulanglah ke rumahnya.Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang yang jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri, berjudi dan meminum minuman keras. Maka setelah dia memelukagama Islam, dia sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta nasihat dari Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam.
Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam, lelaki itu berkata di dalam hatinya :
“Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu.”
Maka setiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek.
“Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh Rasulullah.
Sanggupkah engkau berbohong kepadanya” bisik hati kecil. Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia teringat segala pesan Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam dan setiap kali pulalah hatinya berkata :
“Kalau aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati janjiku padanya. Sebaliknya jika aku bercakap benar bererti aku akan menerima hukuman sebagai orang Islam. Oh Tuhan….sesungguhnya di dalam pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga.”
Setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu berjaya di dalam perjuangannya menentang kehendak nalurinya. Menurut hadis itu lagi, sejak dari hari itu bermula babak baru dalam hidupnya. Dia telah berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan oleh Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam. Hingga ke akhirnya dia telah berubah menjadi mukmin yang soleh dan mulia.

10 Impian Tercapai Menjadi Mimpi Ngeri

office stress

Kamu semua mesti mempunyai mimpi atau impian yang sangat ingin dicapai suatu hari nanti. Tanpa impian, hidup seperti tidak lengkap. Impianlah yang memberi inspirasi untuk kita membuat pembaikan untuka masa hadapan.
Biasanya, kita akan berkehendakkan 5 perkara dalam hidup; kelangsungan hidup, perlindungan, kepunyaan, kehormatan dan kesempurnaan. Namun begitu, tak semestinya setiap keinginan kita itu adalah yang terbaik untuk kita. Buktinya di bawah ini.
10 impian tercapai menjadi mimpi ngeri. Hal ini memang akan terjadi sebab semua perkara yang kita mahukan lebih bersifat materialistik yang sebenarnya akan menjadi penyebab kepada kecelaruan hidup kita.
10. Pasangan Yang Cantik atau Kacak
eyeslipsmakeupprettygirlmakeup fe4e74b159a4c36e5f4d02fc3653ad33 h large 400x298 300x223 10 Impian Tercapai Menjadi Mimpi Ngeri
Kita mengimpikan untuk mempunyai seorang pasangan yang cantik atau kacak tetapi apabila kita mencapainya, kita tahu yang kecantikan itu bukanlah datang dengan sendiri. Macam-macam yang dilakukan untuk kekal cantik. Pelbagai alat kecantikan digunakan dan itu mendatangkan keburukan dari segi kewangan selepas kita berkahwin dengan orang yang cantik atau kacak ini.
9. Kereta Mewah
Beautiful Lamborghini LP550 2 in the setting sun car photo 03 400x236 300x177 10 Impian Tercapai Menjadi Mimpi Ngeri
Kita selalu mengimpikan untuk mempunyai kereta mewah yang diimport khas dari luar negara. Ia bagaikan satu kepuasan yang tidak terhingga sehingga sanggup bergolok gadai untuk mendapatkannya. Sehinggalah pada saat kita menggunakannya, kita mendapati kelajuan yang ada pada sebuat kereta mewah berakhir menjadi kelajuan kereta biasa-biasa sahaja apabila melalui kesesakan trafik yang menggila.
8. Hobi Yang Baru
hobi yang teruk 300x225 10 Impian Tercapai Menjadi Mimpi Ngeri
Sebagai manusia, kita selalu berasa bosan dengan perkara yang selalu berulang dalam hidup. Kemudian, kita berazam untuk memulakan sesuatu yang baru, yang nampak sangat menyenangkan di mata. Contohnya, kita melihat guru subjek lukisan sangat baik sehinggalah kita sendiri menyertai kelasnya. Percayalah, keadaan akan serta merta berubah menjadi sebaliknya.
7. Barang Hebat Dengan Harga Diskaun
Celebrities Love Burberry Prorsums Tonal Raffia Bowling Bag 400x308 300x231 10 Impian Tercapai Menjadi Mimpi Ngeri
Pereka beg yang kita dah idamkan akhirnya memberikan diskaun sehingga 60% dan kita mula bergegas ke pasaraya untuk mendapatkannya sambil membayangkan beg itu digunakan semasa parti reunion. Apabila tiba masa untuk bergaya dengan beg tangan yang begitu terkenal, kita mula menyedari ada 10 lagi kawan yang membawa beg yang betul-betul sama dengan yang ada di tangan kita!
6. Masa Berkualiti Dengan Pasangan
Strange But True 5  417261t 10 Impian Tercapai Menjadi Mimpi Ngeri
Setelah begitu lama menanti, ulang tahun kelima dengan pasangan yang dicinta menjelma juga dan disambut dia resort dengan pemandangan laut yang sangat romantik. Tiba-tiba, pada hari pertama di sana kita berjumpa dengan bekas kekasih pasangan kita yang kita merasakan masih mencuba untuk merampas kembali pasangan kita itu. Lebih teruk lagi, pengganggu itu berkeras untuk menghabiskan masa di sana bersama-sama kita dan pasangan kita tidak menolak langsung!
5. Cepat Habiskan Proses Memiliki Lesen Memandu
justin bieber in his car 300x212 10 Impian Tercapai Menjadi Mimpi Ngeri
Teacher Muja sendiri berusaha keras untuk menghabiskan proses mendapatkan lesen kereta dengan secepatnya. Kalau boleh lulus pada cubaan pertama. Bila dah dapat, rasa macam kehidupan seperti sudah sempurna sehinggalah kita mula masuk dalam kereta, mula membawanya di jalan raya dan tersekat dalam kesesakan trafik yang tidak nampak tanda-tanda untuk reda. -.-
4. Jawatan Tinggi
office stress 520495 400x296 300x222 10 Impian Tercapai Menjadi Mimpi Ngeri
Kita selalu mengimpikan untuk berjawatan tinggi dan bekerja dalam suasana yang selesa dan tidak perlu bekerja keras. Boleh tersenyum masuk pejabat dan keluar pun dalam keadaan tersenyum. Apabila kita sudah mendapat ijazah yang kita dapat selepas belajar dengan penat lelah dan berjaya menjawat jawatan tinggi, kita dilimpahi dengan timbunan kerja yang terlalu banyak sehingga kita rasa sudah tidak dapat menanggung lagi. Mungkin, beban kerja itu adalah dua kali ganda daripada kerja yang dilakukan orang bawahan kita.
4. Hadiah Kejutan.
apple iphone 4 911 400x276 300x207 10 Impian Tercapai Menjadi Mimpi Ngeri
Abah kita tahu kita telah lama menimpikan sebuah telefon bimbit yang ‘bijak’. Pastinya IPhone 5S di kedudukan pertama dalam carta. Jadi, abah kita telah membeli sebuah gajet yang lebih canggih. Kita sangat gembira. Apabila kita mencubanya, ia terlalu canggih, kita tak reti nak gunakannya, dan situasi berakhir dengan menggunakan telefon biasa yang ‘tidak bijak’.
2. Wining the lottery
 10 Impian Tercapai Menjadi Mimpi Ngeri
Main loteri atau nombor ekor adalah dilarang dalam Islam. Namun begitu, apabila ada antara kita yang yang bukan beragama Islam memenangi loteri, saat itu memang sangat menggembirakan. Yang peliknya, siapa kawan lama yang tetiba datang ke rumahnya dan sepupu yang menegur di pasar raya? Muka mereka pulak menunjukan ekspresi yang agak menghairankan…
1. Mendapat Rumah Idaman
stock photo a beautiful suburban american home 3441017 400x285 300x213 10 Impian Tercapai Menjadi Mimpi Ngeri
Setelah kita bekerja keras, kita akhirnya berjaya membeli sebuah rumah di sebuah kawasan yang sangat nyaman dengan pemandangan hijau yang kita telah impikan semenjak mendapat gaji pertama. Masalahnya, apabila kita mendiami rumah itu, ternyata jiran-jiran di sekeliling suka sangat dengan bunyi yang kuat. Tiada lagi keamanan yang diimpikan. Sedih bukan?
Jadi, macam mana? Ini hanyalah kemungkinan.  Ingatan Teacher Muja untuk semua; semua perkara dalam dunia ni ada dua; Keperluan dan Kehendak. Pandai-pandailah kita membezakannya. Wassalaam.

Mesti Baca !! 6 Perkara Yang Tidak Akan Diampunkan Allah

Mesti Baca !! 6 Perkara Yang Tidak Akan Diampunkan Allah

Admin harap artiekl kali ini dapat memberi manfaat dan juga peringatan kepada diri sendiri dan kepada semua pembaca. Semoga segala dosa-dosa kita diampunkan oleh Allah SWT. Astaghfirullahalazim… 

Astaghfirullahalazim.. Astaghfirullahalazim… Jom kita baca apakah 6 Perkara Yang Tidak Akan Diampunkan Allah: 

1- Makan harta anak yatim secara haram.
( untuk menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut . Jika anak yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak memaafkan perbuatannya maka dosanya tidak terhapus).
2- Menuduh wanita solehah berzina.
( Orang yang menuduh wanita solehah hendaklah memohon maaf kepada wanita tersebut, jika wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa tersebut dan bolehlah penuduh bertaubat kepada Allah SWT. sekiranya wanita solehah tidak memaafkannya maka dosa tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat kepada Allah SWT ).
3- Lari dari medan Jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT.
( Mereka yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak memasuki Syurga, cuba kaji dalam sejarah Islam hukuman mereka yang lari dari medan Jihad sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu Arahan Allah SWT untuk memaafkan kesalahan tersebut ).
4- Melakukan sihir.
( Mereka belayar sihir dan pengamal sihir adalah mereka yang Syirik kepada Allah SWT, memang tidak layak bertaubat kepada Allah SWT melainkan mengucap kembali kalimah Syahadah dan mesti menyerah kepada kerajaan Islam untuk melaksanakan hukuman yang sewajarnya ).
5- Bersyirik kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT dengan makhluk.
( Dosa syirik atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk samada melalui niat,percakapan dan perbuatan yang disedari atau tidak disedari maka dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali kedua Kalimah Syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud barulah Allah SWT rela menerima kembali amal ibadat seseorang hamba yang telah menduakan Allah SWT atau menyamakan Allah SWT atau menyengutukan Allah SWT).
6- Membunuh Para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT.
( Mereka yang membunuh Para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah SWT untuk mengazab mereka. Rasulullah SAW pernah mengutuskan utusan untuk membuuh mereka yang menghina atau mengejek Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa penubuhan Negara Islam Madinah)
Wallahualam…

Fuh! 10 Haiwan Pelik Berkepala Dua

anak kucing berkepala dua



Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Biarpun demam melanda, Admin rasa tetap tak sabar nak berkongsi entry ini dengan kamu semua. Biasalah, manusia suka dengan benda-benda yang amat jarang berlaku dan dianggap pelik.
Kali ini, Admin ingin berkongsi pula tentang 10 haiwan pelik berkepala dua. Bagi kita pelik, bagi DIA yang Maha Pencipta, apalah sangat nak cipta makhluk sebeginikan? 10 kepala pun tak menjadi masalah. Jadi, jom kita tengok makhluk yang dijadikan dengan dua kepala.
1. Buaya Berkepala Dua
buaya kepala dua 300x231 Fuh! 10 Haiwan Pelik Berkepala Dua
Teacher Muja perkenalkan dulu dengan haiwan yang paling menakutkan dalam senarai ini iaitu buaya berkepala dua. Ia dijumpai di Thailand. Bila tengok buaya dengan saiz mini ni, nampak comel pulak. Hehe
2. Penyu Berkepala Dua
penyu berkepala dua 300x179 Fuh! 10 Haiwan Pelik Berkepala Dua
Penyu boleh dianggap haiwan yang paling tidak berbahaya di dunia. Penyu berkepala dua ini dijumpai di sebuah kedai haiwan peliharaan di Florida dan dihantar ke pusat perlindungan haiwan. Hidup lama penyu ni.
3. Anak Lembu Berkepala Dua
anak lembu berkepala dua 300x201 Fuh! 10 Haiwan Pelik Berkepala Dua
Anak lembu ini dilahirkan di US dan dinamakan Star sempena mempunyai dua kepala tetapi hanya sepasang mata. Khabarnya, anak lembu pelik ini hidup dengan sihat sekarang. Adus, comel sungguh!
4. Anak Kucing Berkepala Dua
anak kucing berkepala dua 300x255 Fuh! 10 Haiwan Pelik Berkepala Dua
Makhluk Allah yang sangat comel ini mengiau dengan kedua-dua mulut secara serentak tetapi makan dengan salah satu daripadanya sahaja. Ia dilahirkan sedemikian akibat daripada komplikasi kucing semasa melahirkan. Ya Allah, ingatkan manusia sahaja yang berdepan masalah ingin beranak ni.
5. Ular Berkepala Dua
ular berkepala dua 300x202 Fuh! 10 Haiwan Pelik Berkepala Dua
Tak tahan Teacher Muja melihat gambar ni. Geli. Ular yang menakutkan ini dijumpai di zoo Columbia. Panjangnya adalah 25 inci. Kalau terserempak dengan beliau, minta mengucap dan ingat Allah selalu.
6. Babi Berkepala Dua
babi berkepala dua 300x195 Fuh! 10 Haiwan Pelik Berkepala Dua
Haiwan ini diharamkan untuk orang Islam tapi dia tetap makhluk Allah. Jangan dia dibenci. Orang Cina menganggap babi adalah rahmat dari Tuhan. Apabila babi berkepala dua ini dijumpai, ia dianggap rahmat yang berlipat kali ganda!
7. Gecko Berkepala Dua
gecko berkepala dua 300x234 Fuh! 10 Haiwan Pelik Berkepala Dua
Gecko adalah sejenis cicak kecil. Ia dalam kategori reptilia. Geli sungguh. Ia berlendir dan bergerak-gerak. Dijumpai di sebuah kedai barangan antik di China. Macam manalah reaksi orang yang menjumpainya. Kalau Teacher Muja, mungkin tak makan tiga hari. Huhuu
8. Kambing Berkepala Dua
kambing berkepala dua 300x199 Fuh! 10 Haiwan Pelik Berkepala Dua
Cantik pula bila dilihat banyak kali gambar ni. Kambing berkepala dua ini dilahirkan di Iceland dan orang ramai tidak tahu macam mana keajaiban ini berlaku. Malangnya, kambing ini tidak berdaya mengangkat kepalanya sendiri. Kesian pulak. :’(
9. Belalang Berkepala Dua
belalang berkepala dua 300x194 Fuh! 10 Haiwan Pelik Berkepala Dua
Belalang berkepala dua sebenarnya tidak dianggap sebagai sesuai yang pelik bukanlah kesan daripada eksperimen yang dijalankan oleh saintis. Jadi, belalang ini juga tidak mempunyai ekor! Hebat!
1. Ikan Berkepala Dua
ikan berkepala dua 300x189 Fuh! 10 Haiwan Pelik Berkepala Dua
Ikan di dalam gambar di atas dijumpai oleh dua nelayan muda berdekatan dengan Alberta. Sepertinya ia adalah hasil daripada mutasi yang telah rosak dengan teruk dan Teacher Muja sendiri terfikir, mungkinkah ini satu-satunya ikan berkepala dua? Mungkin banyak lagi yang kita tidak jumpa.
Pelik? Hebat? Ajaib? Menakjubkan? Semua mungkin bila Allah berkehendakkan sesuatu. Bila Dia berkata Kun Fayakun. Maka, semua perkara menjadi mungkin. Cuma Allah datangkannya dengan bersebab untuk bagi nampak natural. Mungkin perubahan gene, mutasi, eksperimen, radiasi, dan sebagainya. Wallahu a’lam.
Wassalam.