Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday 19 June 2013

Kes Rasuk UiTM Lendu, Penulis Blog Buka Mulut


Beberapa hari lalu, kisah rasuk dan histeria yang berlaku di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu secara tiba-tiba menjadi sensasi dan disebarkan secara meluas di ruang internet.
Hinggakan, ia menjadi viral di mana-mana sahaja laman sesawang termasuklah ‘trending’ di laman sosial Twitter.
Cerita itu menjadi kecoh dari satu mulut ke mulut lain.
Ia bermula dari penulisan seorang pelajar di universiti tersebut di blog peribadinya, theruzannapages, yang menceritakan mengenai kisah-kisah rasukan dan histeria yang berlaku di sana.
Ekoran dari cerita itu, ramai yang menjadi takut dan ada juga ibu bapa yang risaukan akan perihal diri serta keselamatan anak-anak mereka yang sedang menuntut di UiTM, Lendu.
Difahamkan, ada juga individu-individu tertentu yang marah dengan tindakan penulis itu yang telah menakutkan ramai pihak dan dikatakan sengaja mencari populariti.
Terbaru, menerusi blog yang sama, penulis blog itu yang dikenali sebagai Ruzana telah menerangkan sesuatu mengenai kejadian yang diceritakan dalam tulisannya.
Kata Ruzana, dia tidak bermaksud ingin menggembar-gemburkan kisah yang berlaku di sana hinggakan menjadi satu cerita yang utama di semua tempat dan waktu.
Jujur dari hati Ruzana, dia hanyalah menulis kisah itu berdasarkan pengalamannya yang menuntut di sana dan menetap di salah satu blog asrama pelajar.
Selain itu, Ruzana juga menegaskan penulisannya itu hanyalah sekadar ingin berkingsi dengan teman-teman rapatnya dan bukanlah mahu meraih populariti dengan sengaja.
Mengenai kisah pukau, mencuri dan ada pelajar yang terbang bukanlah cerita yang dialaminya, sebaliknya cerita itu hanyalah didengar dari pihak-pihak tertentu.
Kecuali, kisah rasuk yang Ruzana ceritakan adalah perkara yang benar yang sememangnya berlaku betul-betul di depan matanya.
Ruzana turut memaklumkan dia tidak langsung mempunyai niat untuk memburukkan imej UiTM sendiri dan sekali lagi memberitahu tulisan itu hanyalah perkongsian dengan pembaca mengenai kisah yang terjadi dalam hidupnya.
Gadis yang sedang menuntut dalam jurusan Komunikasi & Pengajian Media itu juga tidak segan untuk memohon maaf kepada semua pihak lebih-lebih lagi kepada UiTM kerana telah mencipta satu suasana kecoh hinggakan menerbitkan rasa takut dalam diri setiap pelajar di sana.
Apa-apa pun, kisah yang menjadi bualan orang ramai itu juga sudah terjawab apabila Rektor universiti tersebut, Prof. Madya Dr. Mohd Adnan Hashim sendiri meminta ibu bapa dan pelajar-pelajar UiTM Lendu supaya bertenang kerana tidak ada kes-kes yang serius berlaku.
Sekiranya anda ingin membaca dengan lebih jelas penjelasan Ruzana, bolehlah melayari blognya 

No comments:

Post a Comment