Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday, 31 July 2013

Bayi ‘Gergasi’ 6.1 Kilogram Pecah Rekod Dunia


Seorang bayi mempunyai berat 6.1 kilogram (kg) dan berukuran 57.4 sentimeter dilahirkan di Jerman pada 26 Julai lalu.
Bayi sebesar itu biasa dilahirkan melalui pembedahan Caesarean, tetapi Jasleen dilahirkan secara normal.
Akhbar Der Spiegel melaporkan Jasleen dilahirkan di Hospital Universiti Leipzig dan ibu bayi itu berdepan masalah diabetes yang tidak dikesan.
Keadaan itu yang berlaku pada minggu ke-24 kehamilan boleh menyebabkan saiz bayi membesar lebih daripada biasa.
Walaupun kedua-dua ibu dan anak terbabit dalam keadaan baik, Jasleen masih berada di unit rawatan neonatal.
Dia kini secara rasminya menjadi bayi baru lahir terbesar di Jerman memecahkan rekod bayi lelaki bernama Jihad yang dilahirkan di Berlin pada 2011 dengan berat 5.8 kilogram.
Seorang ibu rakyat Britain melahirkan seorang bayi lelaki bernama George dengan berat 6.8kg pada Mac lalu.
George dilahirkan secara semula jadi dan menjadi bayi baru lahir kedua terbesar di Britain.
Yang mengejutkan tiada siapa menyedari ibu George bakal mendapat anak yang besar.
“Dia adalah satu kejutan besar kepada saya.
“Secara jujur, saya tidak ingat langsung. Saya berasa sakit dan kemudian dia keluar. Saya hanya ingat saya meneran dengan kuat,” katanya.
Menurut Buku Rekod Guiness, bayi baru lahir paling berat dilahirkan oleh wanita Kanada Anna Bates pada 1879.
Anak lelakinya mempunyai berat 10 kilogram ketika dilahirkan, tetapi meninggal 11 jam kemudian.

Makcik Jual Tudung Peroleh RM40,000 Ketika Ramadan!


Ramadan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini sememangnya bulan yang dicari-cari oleh umat Islam.
Bukan sahaja ganjaran pahala yang diberikan Allah SWT berlipat kali ganda, malah peluang untuk menjana pendapatan dan rezeki turut bertambah.
Mana tidaknya, ramai antara kita yang menjalankan perniagaan di bulan Ramadan ini tidak kira secara kecil di rumah mahupun besar di bazar-bazar Ramadan.
Menurut Asdamawi, 50, yang telah meniaga tudung hampir lapan tahun di bazar tersebut menyifatkan jualan sempena Aidilfitri pada tahun ini amat memberangsangkan.
“Alhamdulillah, tahun ni memang puas hatilah. Jika dibandingkan dengan tahun dulu, tahun ni lebihlah.
“Meniaga tudung ni, setiap tiga bulan kita kena tukar, kita tak boleh itu sahaja, dari situlah kita dapat duit,” jelas Asdamawi.
Malah, dia yang membuka pernigaan selama 24 jam dan tidur di bazar sepanjang Ramadan ini menganggarkan pendapatan setiap kali Ramadan boleh mencecah RM30,000 sebulan.
“Sehari tu keuntungan yang saya boleh dapat dalam RM2,000. Sebab tudung ni kita tak boleh ambik banyak untung. Kalau sebulan tu, bersih-bersih, dapatlah dalam RM30,000 ke RM40,000,” ujarnya.
Selain perniagaan tudung, jualan baju kurung dan baju Melayu juga memberi keuntungan yang agak lumayan.
Menurut Massuriah, 55, dia yang kali pertama menceburi bidang perniagaan pada tahun ini menyifatkan bidang perniagaan amat menyeronokkan serta memberi pulangan yang lumayan.
“Walaupun kali pertama (berniaga), tetapi lumayan. Kalau hari bekerja tu boleh dapat dalam RM1,000 lebih (sehari). Kalau hujung minggu tu lagi lebihlah, memang lumayan,” ujar Massuriah.
Dia bersama anak yang memulakan perniagaan setiap hari jam 9.30 pagi berpendapat bahawa bidang perniagaan amat mencabar apabila perlu melayan pelbagai kerenah pelanggan.
“Walaupun ada pelanggan yang datang, tapi tak beli, kita tetap kena layan dengan baik. Biasalah kerenah-kerenah pelanggan ni,” katanya.
Malah, dia yang tidak sampai sebulan berniaga akan meneruskan perniagaan tersebut jika diberi peluang dan tempat pada tahun-tahun akan datang.
Selain keperluan baju, tudung dan sebagainya, peniaga songkok dan kain samping turut mendapat sambutan yang menggalakkan.
Peniaga songkok dan simping, Murad, 55 dan isterinya, Zaleha, 54, memilih untuk membantu anaknya yang mengusahakan perniagaan tersebut di bazar Jalan Masjid India.
Murad serta keluarga yang sebelum ini telah tiga tahun berniaga di Uptown Danau Kota menyifatkan jualan di Jalan Masjid India lebih lumayan.
“Banyak jugak orang cari kain samping, songkok ni, tip top jugak,” ujar Zaleha.
“Kalau hari minggu tu, keuntungan boleh cecah RM2,000 dan lebih lagi. Lagi dekat nak raya ni meningkat sikitlah jualan, tapi tak sama macam hujung minggu,” jelas Murad.
Menurut Murad lagi, perniagaannya di Uptown Danau Kota tidak sama seperti di Jalan Masjid India kerana di Jalan Masjid India tempoh perniagaan itu lebih lama.
“Kalau di Danau Kota kita meniaga malam sahaja, tetapi bila di Jalan Masjid India ni, kita buka dari pagi lebih kurang pukul 9.30 sampai 1 pagi,” kata Murad.
Malah, Zaleha gembira meniaga di Jalan Masjid India kerana jumlah pengunjung yang hadir bukan sahaja dari Kuala Lumpur malah dari pelbagai pelusuk di Malaysia.
“Tahun ni sambutan pelanggan memang dasyat. Sampai jalan depan gerai ni pun ‘jam’. Pelanggan sini bukan dari sekitar Kuala Lumpur, awal-awal dulu ada yang dari Sabah, Sarawak. Mereka suka ‘shopping’ sini. Tapi ni bila dah dekat raya ni banyaknya orang-orang KL je,” tambah Zaleha.
Dalam pada itu, Ahmad Husin, 56 yang telah meniaga kerongsang dan eksesori wanita disitu merasakan tahun ini jualanya agak kurang memberangsangkan.
“Meniaga tak tentu, kalau ramai orang tak semestinya dapat banyak. Untung tu cukup lah beli baju anak, barang makanan sikit,” jelas Husin.
Malah, dia juga merasakan musim cuti sekolah lebih memberi keuntungan daripada bulan Ramadan tahun ini.
Dia yang telah hampir 15 tahun berkecimpung dalam bidang perniagaan merasakan bulan Ramadan banyak menguji kesabaran terutama apabila melayan pelbagai kerenah cerewet pelanggan.
“Pelanggan yang cerewet tu ada. RM10 pun mintak kurang RM3. Mana nak ada untung macam tu. Dalam bulan puasa ni memang menguji kesabaran,” jelas Husin.

Anak ‘BUANG’ Ibu Sendiri Kerana Anggap Bawa Sial


Hanya kerana dianggap malang dan pembawa sial, seorang wanita berusia 90-an, Seni Aisyah Abdullah yang kini menderita kesunyian selama tujuh tahun ditinggalkan oleh anak-anaknya.
Seni kini menjadi salah seorang penghuni Rumah Orang Tua Al-Ikhlas dan gembira menjalani kehidupan baru di sana.
Mesra dipanggil mami oleh penghuni, dia berkata telah dibuang oleh anak-anaknya dan dihantar ke rumah itu oleh anak lelakinya yang menganggap dirinya pembawa sial dan punca kegagalan perniagaan anaknya itu.
Dia yang mengalami masalah sakit tua turut nyanyuk dan hanya mengingati beberapa perkara semasa usia mudanya.
“Selama tujuh tahun saya disini, saya dijaga dengan baik oleh sukarelawan, jadi saya tidak mahu ingat lagi apa yang berlaku sebelum ini”, jelasnya yang berasal dari Kinrara, Puchong.
Katanya, keadaannya yang uzur membuatkan dia tidak lagi berfikir mengenai anak-anaknya dan tidak berharap untuk kembali ke pangkuan anak-anaknya lagi.
“Sekarang saya sudah tidak lagi ingat mereka dan kehidupan di sini sekarang adalah lebih baik berbanding sebelumnya.
Menurut Pengasas Pusat Jagaan itu, Muji Sulaiman, Mami mempunyai tiga orang anak, dua lelaki dan seorang perempuan dan mereka semuanya berada di sekitar Kuala Lumpur.
“Dulu semasa tahun pertama Mami berada di sini, selama 20 hari sepanjang Aidilfitri dia asyik termenung di luar pintu menunggu kedatangan anaknya, tapi kini sudah tujuh tahun dia menyambut Hari Raya bersama rakannya yang lain.
Muji yang juga bekas jururawat turut berkata ketiga-tiga anak Mami tidak pernah datang menziarah ibu mereka selepas menyerahkan Mami kepada pihaknya tujuh tahun lalu.
“Dulu, saya pernah cuba untuk mencari mereka tapi kini tidak lagi, dan 99 peratus daripada penghuni disini adalah ditinggalkan dan dibiarkan oleh waris mereka sehingga meninggal”, jelas Muji yang turut membiayai Pusat Jagaan dan Rawatan itu secara persendirian.

Pelajar Perempuan Teruk Dipukul Oleh Gadis Samseng


Seorang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) cedera di dada dan bahagian badan selain trauma selepas dibelasah sekumpulan gadis ‘samseng’ yang juga rakannya di sebuah sekolah menengah di Klang, baru-baru ini.
Mangsa, Siti Nor Lela Muhammad Zambri, 17, tidak hadir ke sekolah dan membuat tiga laporan polis selepas dia sudah tidak tahan dipukul sekumpulan 10 pelajar perempuan sejak tiga minggu lalu.
Dalam kejadian pertama jam 11 pagi tiga minggu lalu, Siti Nor Lela berada dalam kelas bersama rakan lain sementara menunggu kedatangan guru sebelum didatangi sekumpulan pelajar terbabit dan memukulnya tanpa sebab.
“Tanpa bertanya apa-apa mereka menendang dan menumbuk saya berkali-kali di bahagian badan, tengkuk dan perut. Menurut Siti Nor Lela, selepas kejadian itu, dia mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan terpaksa memakai alat pendakap leher akibat cedera.
“Saya tidak hadir ke sekolah selama empat hari kerana tengkuk sakit,” katanya yang membuat laporan kali ketiga di Balai Polis Pandamaran, semalam.
Dalam kejadian kedua pada Isnin lalu, jam 1.15 tengah hari, Siti Nor Lela dan rakannya menunggu bas di hadapan sekolah sebelum didatangi lima pelajar perempuan dan bertanyakan namanya.
Apabila dijawab, pelajar itu menyepak dan menumbuknya beberapa kali selain perutnya dipijak seorang daripada mereka.
Katanya, akibat kejadian itu, tisu dadanya terkoyak selain sukar bernafas.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Muhammad Mat Yusof ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit.

Pretty Women Club Tawar Wanita Melalui Online & SMS


Pilih wanita mengikut selera masing-masing melalui Internet dan tempah melalui SMS. Begitulah mudahnya khidmat disediakan `Pretty Women Club’ atau Kelab Wanita Cantik kepada lelaki hidung belang untuk mendapatkan teman sosial di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang dan Perak.
Lebih memeranjatkan, sindiket memperdagangkan wanita berusia 19 hingga 24 tahun dari China, Vietnam, Myanmar, Indonesia dan Filipina itu menawarkan khidmat secara terbuka dengan membuka blog khas yang boleh dilayari sesiapa saja.
Pelanggan hanya perlu melayari blog disediakan untuk memilih nama wanita yang turut disertakan gambar di lapan pusat operasi disediakan dan jika berkenan, terus hantar SMS kepada mereka tanpa melalui orang tengah atau bapa ayam.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (ACP) Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi berkata, kaedah digunakan Kelab Wanita Cantik adalah cara terbaru sindiket memperdagangkan wanita di negara ini.
Sehubungan itu, katanya, polis akan menjalankan siasatan lanjut mengenai sindiket berkenaan dalam usaha membasmi kegiatan tidak bermoral itu.

Suami ‘Korek’ Adik Ipar, Isteri Mengandung Anak Jantan Lain


Bagai keluarga 69 apabila seorang suami merelakan isterinya mengandung anak luar nikah hasil hubungan dengan lelaki lain manakala dia sendiri pula menjalin hubungan sulit dengan adik ipar dan mereka semua tinggal sebumbung di rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Padang Keria, Kangar.
Lebih mengejutkan, lelaki berusia 39 tahun bekerja kampung itu sudah lebih setahun tinggal seperti suami isteri bersama adik iparnya manakala isterinya kini sarat mengandung lapan bulan hasil hubungan haram dengan lelaki lain berusia 29 tahun.
Bagaimanapun, kehidupan jelik kedua-dua pasangan itu sejak lebih setahun lalu, terbongkar apabila sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) melakukan serbuan selepas menerima maklumat.
Penolong Pengarah Penguat kuasa Jaips, Suhaimi Ahmad berkata, kedua-dua pasangan itu ditahan dalam dua serbuan berasingan di rumah mereka jam 12.30 tengah malam dan 1.20 pagi semalam.

Wanita Main Kayu Tiga Kritikal Disimbah Cuka Getah


Perasaan cemburu yang meluap-luap seorang pesara tentera terhadap isterinya yang didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan Awang Hitam sejak 2007 sampai ke kemuncaknya apabila lelaki itu bertindak nekad menyimbah cuka getah pada wanita tersebut.
Kejadian di Kampung Pejiru pada pukul 12.30 tengah malam itu mengakibatkan Christina Nyoeh, 43, cedera parah akibat melecur teruk di muka, tangan dan badan. Mangsa kini dilaporkan dalam keadaan kritikal.
Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa yang bekerja sebagai promoter jualan di sebuah pasar raya baru pulang makan angin di Sabah bersama lelaki Afrika tersebut.
Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Mohd. Sabri Zainol berkata, kejadian itu disyaki berlaku selepas suspek nekad hendak membunuh isterinya setelah tidak dapat menahan sabar.
“Sebelum kejadian, suspek menonton televisyen bersama lima anaknya manakala isterinya pula sedang nyenyak tidur di dalam bilik.
“Sebaik anak-anak pasangan itu masuk tidur, suspek terus ke dapur untuk mengambil sebotol cuka getah lalu menyimbahnya ke seluruh badan mangsa,” katanya.

Nama Paling Pendek Di Dunia


“Walaupun nama saya hanya satu huruf, S, namun pelbagai kenangan manis dilalui terutama ketika akad nikah apabila suami, Nuzrul Hassan, 31, terpaksa melafazkan tujuh kali dan pengalaman itu tidak dapat dilupakan seisi keluarga dan saudara-mara yang hadir pada majlis yang diadakan pada 7 Julai 2007,” kata S, 24, menceritakan pengalamannya berdepan beberapa keadaan unik disebabkan namanya itu.
Menurutnya, sepanjang hidupnya, semua kenalan mulanya menyangka S nama timangan, namun apabila diberitahu ia nama sebenar, semua terdiam sebelum berkata ia sesuatu yang pelik.
“Bukan saja kenalan, malah suami sendiri terkejut apabila diberitahu nama saya S ketika kami bertunang empat tahun lalu.
“Apapun, saya bersyukur dengan nama diberikan bapa dan tidak pernah merungut apabila berdepan pelbagai keadaan menghairankan kerana memang sesuatu yang jarang berlaku.
“Memandangkan perkataan susah dan senang bermula huruf S, bapa kerap menasihatkan saya supaya bersusah-susah dulu supaya senang kemudian.
“Malah, tiga adik perempuan saya turut diberikan nama pendek seperti Liz, 22, Maz, 11, dan Hani, 9,” katanya yang tinggal di Taman Perumahan Rakyat Lima Kedai, di sini.
Sementara itu, bapanya, Rusli Ahmad Abdul Karim, 50, berkata, pemilihan satu huruf sebagai nama anak sulung daripada empat beradik itu berikutan pengalaman hidupnya sendiri.


“Arwah ayah memiliki tiga nama (tiga suku kata) hingga ia menjadi bahan ejekan ramai termasuk menyatakan saya mempunyai tiga bapa. Pengalaman itu menyebabkan saya mengambil keputusan memberikan nama paling pendek kepada anak saya iaitu hanya huruf ‘S’.
“Namun bak kata pepatah, rezeki anak terletak pada namanya, S kini berusia 24 tahun menjalani kehidupan rumah tangga bahagia dan berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang diminati biarpun mempunyai seorang cahaya mata,” katanya.
Rusli berkata, sebelum menamakan anaknya, dia pernah merujuk nama pilihannya itu dengan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) sebelum pendaftaran nama anak sulungnya itu diluluskan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
“Biarpun tidak menghalang, Jaij tidak menggalakkan pemberian nama seumpama ini kerana bimbang menjadi ikutan masyarakat selain tidak mempunyai maksud.
“Namun, saya menerangkan tujuan dan niat memberikan nama sedemikian kepada mereka bagi mengelak salah faham,” katanya.
Katanya, walaupun nama anaknya terlalu pendek dan unik, dia dan isterinya pernah beberapa kali berdepan kesulitan termasuk ketika membawa S berurusan di klinik apabila seorang jururawat menganggap dia leka mengisi borang kerana hanya mencatatkan huruf S.
“Namun, selepas saya memberitahu perkara sebenar, mereka pelik dan tidak kurang menyatakan pilihan nama itu sesuatu yang baru kerana tidak pernah didengar sebelum ini,” katanya.
Menurutnya, walaupun tidak mengetahui sama ada nama S mempunyai maksud tertentu, dia sentiasa berdoa supaya nama itu membawa rezeki kepadanya termasuk berjaya dalam hidup.
“Saya bersyukur kerana S dapat melanjutkan pengajian peringkat diploma dalam bidang Teknologi Seni Bina di Institut Teknologi Perindustrian Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) sejak setahun lalu kerana itu adalah impiannya,” katanya yang mengusahakan gerai Pisang Misai Corner di Gelang Patah.


‘Raja klon’ Warga Myanmar Masuk Lokap


Dua lelaki warga Myanmar layak digelar ‘raja klon’ apabila memalsukan pelbagai jenis pasport dan dokumen perjalanan dari pelbagai negara yang 90 peratus hampir menyamai dokumen asal. Dengan menggunakan teknologi canggih yang diubah suai, mereka hanya memerlukan masa kurang dua minit untuk memalsukan dokumen sebelum dijual kepada pendatang asing tanpa izin di negara ini.
Antara dokumen yang dipalsukan ialah, pasport Malaysia dan asing , MyKad, kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) dan lesen memandu.
Bagaimanapun, kerja jahat dua lelaki berusia 30-an sejak setahun lalu itu berakhir apabila berjaya dihidu penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dua bulan lalu, sebelum menyerbu sebuah kondominium mewah di Jalan Kuching, Kuala Lumpur, jam 1.30 tengah hari, kelmarin.
Pengarah Bahagian Penguatkuasa, Mohd Zamberi Abdul Aziz berkata, hasil siasatan mendapati dua suspek terbabit mampu memperoleh pendapatan antara RM20,000 hingga RM30,000 sebulan.
Beliau berkata, suspek juga menyewa unit kondominium mewah dengan kadar RM3,000 sebulan bagi mengelak kegiatan mereka dikesan, manakala segala urusan dan transaksi dibuat melalui orang tengah.
“Kejayaan ini adalah yang terbesar bagi tahun ini dan kami memandang serius kes ini berikutan kemampuan mereka meniru hampir 90 peratus ciri keselamatan yang ada pada setiap dokumen perjalanan.
“Hasil siasatan mendapati, sindiket ini turut membeli pasport tulen Malaysia, Mykad dan kad UNHCR daripada kumpulan sindiket lain sebelum dipalsukan,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.
Pasport Malaysia dijual dengan harga RM18,000 setiap satu, pasport negara lain (RM250 satu), Visa Malaysia (RM500 satu) dan MyKad (RM300 satu), manakala Kad UNHRCR dijual RM30 setiap satu.
Antara pasport yang dirampas ialah, 10 pasport Malaysia diikuti, Myanmar (57); Bangladesh (21); Indonesia (enam); Thailand (dua) dan India (satu). Turut ditemui 30 Mykad tulen dipercayai baru dibeli sindiket terbabit.
Nilai rampasan bagi kes itu dianggarkan RM234,000.
Mohd Zamberi berkata, pihaknya turut menemui pelbagai dokumen palsu termasuk 93 cop Imigresen Malaysia dan Imigresen Myanmar, 20 keping pelekat visa Malaysia, 61 keping kad UNHCR, pas lawatan kerja sementara (PLKS) serta peralatan memprosesnya seperti kertas stiker keselamatan, mesin pencetak, komputer dan empat telefon bimbit dipercayai milik suspek.
“Kami masih mengesan seorang lagi rakan suspek dipercayai boleh membantu siasatan berhubung kejadian ini.
“Kedua-dua suspek terbabit ditahan di lokap JIM Putrajaya untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 55D Akta Imigresen 1959/63; Seksyen 12(1)(f) Pasport 1966 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007,” katanya.
Beliau turut mengingatkan orang ramai khususnya warga asing supaya elakkan daripada berurusan dengan orang tengah dan berhubung terus dengan JIM.

Penyamun ‘Lone Ranger’ Larikan RM20,000 Dalam Seminit


Hanya tempoh seminit diperlukan seorang penyamun diberi jolokan ‘Lone Ranger’ untuk melarikan wang tunai berjumlah RM20,000 dalam satu rompakan di sebuah bank di pasar raya besar di Jelutong, semalam.
Dalam kejadian jam 11.54 pagi itu, lelaki bersenjatakan dua bilah parang itu meluru masuk dengan menjadikan seorang pengawal keselamatan yang tidak bersenjata sebagai tebusannya.
Ketika itu, seorang lagi pengawal keselamatan bersenjata berada di dalam bank berkenaan, tetapi dia tidak sempat berbuat apa-apa kerana kejadian berlaku dengan pantas.



Difahamkan, pengawal keselamatan tidak bersenjata yang mengawal di luar premis berkenaan baru memulakan tugasnya di bank itu, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, suspek yang bersenjatakan parang itu membawa pengawal keselamatan tidak bersenjata dan meluru ke kaunter sebelum menyerahkan beg dan meminta pegawai bank mengisi wang.

Lagi Kes Lelaki Mati Ditembak, Kali Ini Di Parit Buntar


Seorang penduduk Taman Semarak Parit Buntar berketurunan India telah mati ditembak sekitar jam 10.30 pagi tadi berdekatan dengan simpang tiga tidak jauh dari Sekolah Kebangsaan Baru Parit Buntar.
Menurut saksi sebanyak 3 das tembakan telah di lepaskan ke arah mangsa dan 2 darinya kena pada mangsa. Satu di bahagian hati dan satu di bahagian perut.
Tembakan tersebut juga jelas kedengaran dari Sekolah Menengah Panglima Bukit Gantang yang terletak hampir 1 km dari tempat kejadian.
Dikatakan mangsa dengan menaiki motosikal telah ditembak dari jarak dekat oleh 2 orang yang tidak di kenali yang juga menaiki sebuah motosikal.
Sehingga jam 1 petang masih ramai kaum india berada berdekatan lokasi yang juga simpang menghala ke Pejabat Pendidikan Daerah Kerian itu.
Sehingga kini motif tembakan masih tidak dapat disahkan.


Kanak-Kanak 4 Tahun Maut Dihempap Pokok Kelapa


Seorang ibu tergamam dan terkejut apabila menyaksikan anak bongsunya yang berusia empat tahun menemui ajal dalam keadaan tidak diduga selepas kanak-kanak tersebut dihempap sebatang pokok kelapa yang tiba-tiba tumbang di halaman rumahnya di Kampung Lada, Jerantut kelmarin.
Kejadian menyayat hati yang berlaku pukul 10.30 pagi itu menyebabkan Nurshuhada Azman meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Jerantut.
Difahamkan, sebelum kejadian Nurshuhada sedang bermain di halaman rumah. Selain ibunya, turut berada dekat laman tersebut ialah lima adik-beradiknya.
Bapa mangsa, Azman Zainuddin, 41, berkata, dia bergegas ke hospital sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh jirannya. Ketika itu dia berada di Pekan Jerantut Feri kira-kira empat kilometer dari rumahnya.
Mengimbau semula kejadian itu, Azman memberitahu, dia dimaklumkan, sebelum dihempap mangsa duduk di tangga rumah bersama adik-beradik lain sebelum dia turun ke laman untuk bermain-main.
Katanya, ketika itulah, pokok kelapa setinggi 15 meter itu tiba-tiba tumbang lalu menghempap Nurshuhada.

Suspek Utama Pembunuh Hussain Najadi Dikenal Pasti


Pihak polis telah mengeluarkan gambar CCTV lelaki yang dipercayai sebagai suspek utama kes pembunuhan pengasas Ambank di kawasan letak kereta di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur semalam.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah, lelaki yang dikenali sebagai Sei Ngan Chai dipercayai masih bersembunyi di Kuala Lumpur.
Polis juga telah menahan pemandu teksi berusia 44 tahun untuk membantu siasatan.
Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kes itu supaya menghubungi hotline polis di 03-2115 9999 atau pergi ke balai polis berhampiran.

Lelaki Minat Drama ‘Tanah Kubur’ Maut Dirempuh Lori


Seorang ibu tidak menyangka perubahan sikap anak lelaki yang gemar menonton filem bercorak hiburan kepada drama berunsur keinsafan, Tanah Kubur yang disiarkan Astro menjadi petanda anak sulungnya itu pergi selama-lamanya.
Muhamad Azrin Ibrahim, 20, terbunuh selepas motosikal dinaiki merempuh lori empat tan jam 4.30 petang di Persiaran Bestari, Seksyen 7, kelmarin.
Mangsa tidak menyedari lori yang melakukan kerja pembersihan menurunkan bendera parti politik di kawasan itu sejurus sebuah kereta di depannya membelok ke kanan ketika memotong lori itu.
Ibu mangsa, Zurita Md Noh, 42, berkata, dia mula menyedari perubahan sikap anaknya itu sejak dua minggu lalu kerana arwah yang sebelum ini gemar bercakap bertukar pendiam.
“Seperti bapanya, arwah juga seorang anggota RELA dan sememangnya tegas dan dianggap garang oleh tiga adiknya, tetapi sejak dua minggu lalu, dia tidak banyak bercakap atau menegur adik-beradiknya.

Pembeli Naik Angin Sebab Lambat Dapat Rumah


Sebahagian daripada pembeli pangsapuri Ukay Bistari di Hulu Klang yang kecewa selepas lapan tahun menunggu projek kediaman mereka siap, bertindak di luar batas undang-undang semalam dengan memecahkan pagar zink di situ sebelum melarikan puluhan gugus kunci rumah.
Tindakan drastik yang melibatkan hampir 100 orang pembeli itu berlaku pada pukul 11 pagi semalam selepas mereka mendakwa syarikat pemaju gagal menyerahkan kunci rumah pada majlis yang berlangsung semalam.
Mereka bertindak memecah masuk bilik operasi pemaju tersebut dan membawa keluar puluhan gugus kunci kediaman dengan kakitangan syarikat itu tidak sempat berbuat apa-apa.
Ada pemilik rumah terbabit menggunakan kunci tersebut untuk masuk ke dalam rumah mereka.
Pengerusi Persatuan Pemilik Bangunan Terbengkalai Malaysia (Victim), Dr. Mohd. Rafick Khan Abd. Rahman mendakwa, pemilik rumah terpaksa bertindak demikian kerana yarikat pemaju sudah empat kali gagal tunai janji untuk menyerahkan kunci rumah.
Beliau selaku jurucakap pembeli memberitahu, majlis penyerahan kunci sepatutnya dilakukan semalam.

Tuesday, 30 July 2013

Duit RM10 Ada Dua Wajah Agon



Agak mengejutkan juga bila seorang lelaki dilaporkan menjumpai sekeping duit 10 ringgit dengan dua gambar agong tercetak pada salah satu muka duit kertas itu. Duit RM10 yang unik tersebut dijumpai oleh seorang pensyarah di Institut Perguruan Tawau (IPG), Lim Chee Kah.
Sehingga kini, belum dapat dipastikan bagaimana note RM10 itu menjadi begitu, mungkin kerana kesilapan akibat percetakan ataupun angkara perbuatan pengguna sendiri.
Timbul juga persoalan sama ada ianya masih sah di perlakukan dengan nilai atau tidak?




'Awak gemuk tapi comel'


“Awak ni gemuk tapi comel." Itulah antara ungkapan diucapkan seorang pemandu teksi sebelum bertindak mencabul seorang penumpang wanita yang menaiki teksinya ketika dalam perjalanan ke sebuah pusat membeli-belah di bandar ini, kelmarin.

Wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Wanda berkata, kebiasaannya dia akan duduk di bahagian belakang setiap kali menaiki kenderaan awam itu, namun disebabkan cuaca panas terik pada hari kejadian, dia memilih untuk duduk bersebelahan pemandu kerana lebih dekat dengan penghawa dingin.

Tambahan pula katanya, dia sendiri tidak sangka pemandu teksi itu akan bertindak sedemikian kerana nampak seperti seorang berpendidikan agama.

“Pada awalnya, kami hanya berbual kosong. Namun selepas itu, topik perbualan menjadi agak pelik kerana dia tiba-tiba mengatakan saya seorang wanita gemuk dan perlu jaga pemakanan.

"Perbuatan pemandu teksi itu mengundang rasa tak selesa untuk berbual lebih lanjut. Malah melalui ekor mata, saya perhatikan dia kerap menjeling pada saya," katanya.

Wanda berkata, dia hairan apabila pemandu itu berbicara mengenai topik berkenaan kerana pemandu itu tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian memandangkan mereka tidak kenal antara satu sama lain.

Katanya, lebih memeranjatkan lagi apabila pemandu itu bertindak memegang tangan dan mencubit pipinya sambil mengatakan 'awak ni gemuk tapi comel' sebelum dia keluar daripada teksi tersebut.

"Selepas diperlakukan sedemikian, saya menjerit dan terus keluar daripada teksi itu lalu menelefon suami.

"Dia nampak alim, tapi saya tak sangka dia berani pegang tangan dan cubit pipi saya sambil mengeluarkan kenyataan sedemikian,” katanya.

Menurutnya, atas desakan suami, dia membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kuantan.

“Saya nasihatkan golongan wanita agar lebih berhati-hati dan seboleh-bolehnya elak menaiki teksi seorang diri. Kita juga jangan mudah percaya dengan penampilan seseorang.

"Bersongkok dan nampak baik belum tentu dia seorang yang baik dan menghormati wanita. Ambil pengajaran dengan apa yang terjadi pada diri saya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kes tersebut.(Sinarharian)

Rotan Tak Siap Kerja Sekolah- Bapa Buat Laporan Polis


BUTTERWORTH – Seorang bapa mendakwa anaknya kini mengalami tekanan emosi setelah seorang guru wanita merotan dan mengusirnya dari sekolah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.

Syahrul Asmawi Rashid, 35, berkata akibat kejadian Jumaat lepas itu, anaknya Nur Emilia, 12, murid Tahun Enam sebuah sekolah rendah di sini, kini trauma dan tidak lagi mahu ke sekolah.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, katanya anaknya memaklumkan guru itu turut mengarahkannya mengambil borang tukar sekolah dan berpindah sekolah.

Syahrul yang berkerja sendiri berkata dia mengetahui kejadian itu pada kira-kira 9.30 pagi Jumaat apabila dihubungi guru terbabit yang memaklumkan anaknya telah pulang ke rumah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.

“Saya terkejut dan terus keluar mencari Emilia kerana dia tidak  pulang ke rumah sedangkan rumah kami terletak tidak sampai 100 meter sahaja dari sekolah tetap kemudiannya berjaya menemui anak sulungnya itu sedang menangis di kawasan kampung,” katanya.

Syahrul berkata anaknya tidak menceritakan insiden yang menimpa dirinya itu sehingga rakannya datang pada sebelah petang dan memaklumkan kejadian sebenar.

“Bila kawan dia cerita, baru Emilia berani muka mulut dan menceritakan perkara sebenar dan kami kesal dengan sikap guru yang tidak hiraukan keselamatan muridnya apabila menghalau pelajar balik ke rumah,” katanya.

Katanya dia membuat laporan polis semalam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang Tarmizi Kamaruddin ketika dihubungi berkata guru besar sekolah itu diarah menyiasat dakwaan itu.

“Mungkin cikgu itu mengambil tindakan mengikut emosinya kerana mengikut prinsip pendidikan guru tidak boleh menghalau anak murid kerana pelajar mempunyai hak untuk berada dalam kelas bagi menuntut ilmu,” katanya. – Bernama

Kisah Rasulullah SAW Dengan Pengemis Yahudi Yang Buta



Pernahkah kita mendengar tentang berdakwahlah secara berhikmah. Kisah ini ada berkait rapat dengan dakwah bil hikmah yang mana, Nabi Muhammad berjaya membuat orang tertarik dengan Islam dengan hanya melakukan perbuatan sahaja. Kisah ini bermula di sudut pasar Madinah Al-Munawarah. Ada seorang pengemis Yahudi buta, setiap hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata, “Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya.”
Setiap pagi Rasulullah s.a.w mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah s.a.w menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah s.a.w melakukannya hingga menjelang baginda wafat. Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi yang buta itu.
Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.a. Beliau bertanya kepada anaknya, “Wahai anakku, adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?” Aisyah r.a menjawab pertanyaan ayahnya, “Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah, hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja.” “Apakah itu?” tanya Abu Bakar r.a. Setiap pagi Rasulullah s.a.w selalu pergi ke hujung pasar dengan membawa makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana,” kata Aisyah r.a.
Keesokan harinya Abu Bakar r.a pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar r.a mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, “Siapakah kamu?” Abu Bakar r.a menjawab, “Aku orang yang biasa.” “Bukan! engkau bukan orang yang biasa mendatangiku,” jawab si pengemis buta itu. “Apabila dia (Rasulullah s.a.w) datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu dia berikan padaku dengan mulutnya sendiri,” pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abu Bakar r.a tidak dapat menahan air matanya, dia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, “Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Dia adalah Muhammad Rasulullah s.a.w.” Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a, dia pun menangis dan kemudian berkata, “Benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, dia tidak pernah memarahiku sedikitpun, dia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, dia begitu mulia.” Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abu Bakar r.a.

Padah Minum Coke Sambil Kunyah Mentos


Mungkin ada di antara kita pernah melihat atau menonton video demo memasukkan gula-gula mentos ke dalam botol berisi air Coca-cola. Tetapi pernahkah anda melihat kesannya apabila seseorang itu cuba untuk minum air coke sambil menelan gula-gula mentos? Anda boleh tonton video di bawah ini.



Kesannya sangat mengerikan! Namun jangan sesekali kita mencuba-cubanya di rumah kerana kesannya sangat membahayakan. Tindakbalas mentos tersebut telah menyebabkan lelaki ini memuntahkan semula air coke dengan kadar yang banyak sekali.

Kehebatan Laungan Azan 24 Jam di Seluruh Dunia!


Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui ‘Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah’.
Dimulakan dengan Indonesia yang terletak di bahagian timur dengan ratusan kepulauannya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta. Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan keagungan Allah S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W.
Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1- 1/2 jam. Belum pun laungan Azan di merata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia. Berikutnya di Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di Jakarta, tiba giliran Daka di Bangladesh.
Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar di barat India. Perbezaan waktu di kota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang di seluruh Pakistan. Belum berakhir di Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.
Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.
Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik. Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.
Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus- putus.
Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!
Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.



Cubaan Kaum Salib Mencuri Jasad Rasulullah S.A.W


  1. Samhudi, seorang ahli Sejarah menyebutkan dalam kitab tarikhnya ” Wafaul Wafa “
  2. Abu Bakar Al-Maraghy dalam kitab tarikhnya ” Talkhisul Ma’alim Daril Hijrah “
  3. Abbasi dalam bukunya ” Fi ‘Amdatil Akhbar “
Semua kitab itu menceritakan tentang percubaan kaum Salib dalam membongkar kubur Nabi Muhammad s.a.w. dan mencuri mayat baginda yang suci dan utuh , kerana mayat para Nabi tidak dimakan oleh tanah. percubaan itu terjadi pada tahun 557H.(1162M) , yakni pada zaman khalifah Abbasiah, Al-Mustanjid Billah.
Mereka telah mengirim 2 org lelaki dari benus Eropah ke tanah suci Madinah Al-Munawwarah, di mana Nabi bermakam. mereka datang menyamar sebagai org perantau dan bertempat tinggal di suatu rumah tidak jauh dari “Raudhah ” di mana kubur Rasulullah s.a.w. terletak. keduanya menjalankan tugasnya siang dan malam menggali dan melubangi tanah yang menjuruskan ke makam Rasulullah s.a.w..
Tiba-tiba, pada suatu malam ,seorang raja bernama Raja Nurudin dari Iraq, bermimpi melihat Rasulullah s.a.w.. Baginda membangunkannya dan menerangkan bahawa diri baginda dalam bahaya dan beliau meminta perhatian Raja Nurudin tersebut.
Keesokannya, Raja Nuruddin bermimpi lagi Rasulullah s.a.w. yang juga mengatakan seperti malam sebelumnya, yakni baginda dalam bahaya.
Dan pada malam ketiga, Nuruddin bermimpi lagi dengan Rasulullah s.a.w. sambil membentak2 kepada Nuruddin mengapa tidak acuh sama sekali atas apa yang di alami Baginda s.a.w.. dan pada malam itu juga lah, Nuruddin terbayang 2 org lelaki sedang beraksi menjalankan perbuatan nekadnya itu.
Dan setelah itu, barulah Nuruddin yakin penuh percaya dengan mimpinya itu dan keesokannya , beliau memanggil Menteri yang bernama Jamaluddin untuk segera berangkat ke Madinah. Setelah 20 hari di jalan ,maka kedua-duanya sampai di destinasi tersebut.
Ketika kedua-dua pembesar itu pergi ke Raudhah , maka benarlah terjadi seperti apa yang dilihat Raja dalam mimpinya, 2orang lelaki yang mengaku beragama Nasrani sedang beraksi menggali lubang yang menjurus ke makam Baginda s.a.w.. mereka mengaku bahawa mereka hendak mencuri jasad Nabi Muhammad s.a.w.. maka, lelaki2 Nasrani itu pun dihukum bunuh dan mayatnya di bakar.
Demikianlah dalamnya rasa permusuhan dari kaum Salib itu terhadap Islam, dinul syumul, bukan sahaja umatnya mahu dibinasakan dengan sehancur2nya dalam perang 200 tahun itu, ajarannya mahu dikikis semua, tetapi juga jasad Nabinya yang telah di dalam kubur pun mereka mahu merampas dan memperkosa sedemikian rupa.
Tetapi ,dewasa ini kerana tidak mungkin lagi untuk mencuri dan membongkar kubur Nabi akhir zaman itu, atas asbab penjagaan yang terlalu ketat , maka kaum Salib meneruskan perjuangan operasinya di bidang lain, iaitu di bidang da’wah, propaganda dan misi yang tujuannya tidak lain menasranikan umat Baginda s.a.w..
so, hati-hati dengan kaum Salib/ Kristian kerana mereka berhasrat untuk menjahanamkan / menasranikan umat Nabi walau dengan apa cara pun, sehingga ke hari ini.
ingatlah firman ALLAH , mafhumnya :
” Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. itu (Muhammad) bagimu adalah ikutan yang baik ! “ (Surah Al-Ahzab : 21)

5 kali cubaan mencuri jasad Rasulullah saw

  1. CUBAAN PERTAMA SEMASA PEMERINTAHAN AMRULLAH ALUBAIDI Penyamar dari Mesir dan telah dibunuh oleh kaum kerabatnya. Allah menghantar taufan dan gempa bumi ke Bandar Madinah
  2. CUBAAN KEDUA SEMASA PEMERINTAHAN AL-UBAIDI Mereka menghantar orang yang tertentu dan berkerjasama dengan penduduk yang tinggal berhampiran kubur nabi dengan mengorek lubang kearah kubur nabi, dengan izin Allah ada suara memberitahu perbuatan kianat tersebut maka Allah mengancangkan bumi Madinah.
  3. PERANCANGAN RAJA-RAJA NASRANI DENGAN KOMPLOT DARI NASRANI MAGHRIBI. Pemimpin Islam yang bernama Nuruddin Zanki bermimpi dan mengetahui perancangan tersebut lalu bertindak dan memang terdapat dua orang Maghribi yang berpura-pura beribadat di dalam Masjid Nabawi , Mereka ditangkap. Penguasa Nuruddin telah membina penghadang daripada besi untuk keselamatan jasad Rasulullah.
  4. SEKUMPULAN NASRANI DATANG BERSAMA JEMAAH HAJI DENGAN NIAT MENCURI JASAD RASULULLAH. mereka tidak berjaya dan telah ditangkap oleh penduduk Islam semasa mereka pulang bersama jemaah haji.
  5. PADA KURUN KE-9 HIJRAH 40 lelaki cuba melarikan jasad Baginda tetapi dapat ditangkap oleh penguasa Islam zaman tersebut.
Wallahu a’lam.

Subhanallah! Mayat Masih Terpelihara Selepas 19 Tahun


Zionis Israel pada Khamis, 31 Mei lalu menyerahkan 91 cebisan mayat syuhada’ Palestin kepada keluarga masing-masing. Semua mayat tersebut adalah mereka yang melakukan serangan bom berani mati di kawasan-kawasan tumpuan bagi membunuh penduduk Israel beberapa tahun lalu.
Islammemo.cc melaporkan, dari kalangan mayat tersebut, seorang daripadanya, As-Syahid Syahib Ahmad Muhammad yang terkorban 19 tahun lalu masih terpelihara dan sedikitpun tidak terdapat kesan reput atau rosak pada mayatnya seolah-olah baru meninggal dunia beberapa minit yang lalu.
Syahib meninggal dunia pada 24 April 1993 ketika melakukan serangan berani mati dan menemui syahid dalam operasi tersebut. Mengulas keadaan mayat Syahib, seorang ulamak tempatan yang juga Pengerusi Majlis Tertinggi Hakim Syar’ie, Syeikh Yusuf Ad’is berkata, “Demikian adalah petanda kemuliaan dari Allah ke atas mereka yang syahid bahawa jasad mereka tidak akan hancur. Ia juga tanda amalan soleh yang dilakukan olehnya diterima di sisi Allah.”
Menurut SAFA, 79 dari cebisan mayat syuhadak Palestin dibawa ke Ramallah untuk tujuan upacara sambutan pada jam sekitar 3 petang, kemudian akan dihantar ke wilayah-wilayah asal mayat syuhada’. Manakala, 12 dari cebisan syuhada’ akan dibawa pulang ke Semenanjung Gaza.
Kita yakin kemuliaanNya juga diberikan kepada sekalian syuhada’ di Syria. Kalian juga wajar menyemai cita-cita untuk syahid kerana kurniaan Allah amat luas buat para syuhada’ Nya. “Syahid cita tertinggi kami!”