Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Thursday, 27 February 2014

CNN tarik berita remaja direjam kerana mempunyai akaun FB

Semalam ia juga disiarkan Sinar Harian. Kisah seorang remaja di Damsyik direjam hingga mati gara-gara mempunyai akaun Facebook yang disiarkan oleh agensi berita iCNN, mencetuskan spekulasi di kebanyakan laman web berita, semalam.

Kelmarin, agensi itu memaparkan berita kumpulan militan Iraq dan Syria (ISIS) merejam Fatoum Al- Jaseem di utara Syria hingga mati selepas Mahkamah Syariah Al-Raqqa mendapati gadis itu melakukan jenayah sama seperti berzina.





Menurut sebuah blog, ia adalah satu propaganda untuk melagakan negara Islam yang sedang dilanda perang saudara.

Kisah berjudul Syrian girl stoned to death for using Facebook account telah dikongsi lebih 294,000 pengguna laman web selepas kisah tersebut disebarkan oleh agensi berita Fars yang merupakan pro Presiden Syria Bashar al-Assad.

“Gambar disebarkan itu juga adalah sedutan filem Stoning of Soraya dihasilkan pada tahun 80-an,” menurut satu laporan.

Sejurus mendapat kecaman banyak pihak, Pengarah Kanan Perhubungan Awam CNN, Matt Dornic menarik semula berita berkenaan serta merta, lapor Agensi.

Wednesday, 26 February 2014

Facebook Mula Memaparkan Nama Pentadbir Di Pages

Facebook hari ini telah mula memperkenalkan kemaskini kecil kepada Facebook Pages, dimana melaluinya para pentadbir yang menguruskan sesuatu Pages boleh melihat siapakah yang mengemaskini sesuatu status pada halaman tersebut.

Perkara ini sekaligus memudahkan pentadbir lain memantau dan mengetahui siapakah yang menulis dan membalas komen mereka yang mengikuti sesuatu Facebook Pages.



Ini juga akan membuatkan pengurusan Facebook Pages – terutamanya oleh jenama besar lebih baik lagi dan pentadbir akan lebih bertanggungjawab terhadap apa yang dikongsikan mereka bersama pengguna lain.

Paparan nama pentadbir ini tidak akan diperlihatkan kepada pengguna lain, dan hanya dipaparkan dikalangan pentadbir sesuatu Pages sahaja.

Kelebihan bersuami boroi, gemuk adalah seorang penyayang dan setia

BOROI. Malangnya perkataan itu, ia jadi musuh hampir semua orang.

Bagi lelaki, mereka sanggup buat apa sahaja untuk memastikan diri tidak termasuk dalam golongan yang malang itu terutama apabila usia menjangkau 40-an.

Namun dalam berusaha, hanya sedikit yang berjaya. Ini berkait dengan banyak sebab, pemakanan, gaya hidup juga soal istiqamah dalam bersenam.

Bagi wanita pula, mereka seboleh mungkin tidak mahu pasangan boroi kerana hakikatnya, sesiapa yang boroi akan dipandang hodoh seperti kuih yang tidak ikut bentuk acuan.

Namun dalam berdepan dengan isu boroi, kita kadang kala diperdengarkan dengan kenyataan-kenyataan yang membawa maksud bahawa lelaki boroi juga punya kelebihan.



Ini termasuk pengakuan oleh wanita sendiri yang saya dapati melalui tinjauan media sosial menyebut bahawa lelaki boroi itu seksi. Benarkah?

Saya kira ini mungkin sekadar alasan untuk menyedapkan hati kerana secara relatif, bagaimana boroi mahu dianggap seksi. Apakah kuih yang jadinya tidak mengikut bentuk acuan semestinya sedap?

Ya, saya sendiri termasuk dalam kategori boroi. Dan untuk menyedapkan hati sendiri, sejak berkahwin, saya sering mengatakan kepada sesiapa sahaja yang membangkitkan isu keboroian saya bahawa hanya jauhari yang mengenal manikam. Kononnya, hanya wanita yang bersuamikan lelaki boroi sahaja tahu kelebihan kami.

Kadang kala saya membuat perbandingan bahawa kami yang boroi ini seumpama minyak masak Seri Murni yang melalui proses pemeringkatan dua kali untuk mendapat kualiti  terbaik.

Sesiapa yang tidak fahami  metafora ini, cuba-cuba fikir sendiri untuk mendapatkan jawapannya!

Baru-baru ini saya ditemukan dengan satu lagi kenyataan bahawa lelaki boroi dikatakan lebih penyayang, berfikiran jauh (mungkin sebab hujung perutnya lebih jauh dari otak) dan satu lagi, seksi.

Itu berkaitan dengan boroi.

Dalam kes gemuk atau berat badan berlebihan, satu soal selidik di Jerman mendapati lelaki yang termasuk dalam kategori itu lebih setia dalam percintaan berbanding mereka yang mempunyai berat badan ideal ataupun kurus.

Sekumpulan lelaki berusia antara 31 hingga 69 tahun ditanya mengenai tahap kesetiaan mereka dalam hubungan cinta termasuk yang sudah berkahwin.

Hasilnya mendapati daripada 53 peratus yang memberikan jawapan, hanya 11 peratus yang mengaku benar-benar setia dan mereka terdiri daripada lelaki-lelaki gemuk.

23 peratus lagi yang dikenal pasti mempunyai berat badan ideal, mengaku curang. Demikian juga 19 peratus mereka yang dikategorikan sebagai kurus.

Apa pun, saya tidak jamin ini juga cerminan bagi orang kita.

Namun harus jadi ingatan bahawa setiap apa yang padanya ada kelebihan, pasti ada kekurangan dan setiap yang dianggap kurang, pasti ada kelebihan. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada, dan bagaimana seadanya kita.

Kepada mereka yang termasuk kategori gemuk atau boroi, usahlah lagi bergundah gulana. Jangan dibenci, apa lagi dikeji 'tembikai masak' anda kerana di situlah tersimpan rahsia kelebihan diri anda yang tidak banyak diketahui orang. 

Uar-uarkanlah bahawa anda bukanlah kuih yang jadinya tidak mengikut acuan kerana bahulu yang rupanya cantik molek bukan semestinya sedap!

Kepada isteri-isteri yang suaminya boroi atau gemuk, anggaplah diri anda bertuah kerana zaman sekarang, ramai suami yang tidak setia. Yakinlah selagi mana perut suami anda boroi dan badannya juga gemuk, itulah tanda dia setia.

Lazimnya, jarang ada wanita muda yang mahu lelaki seperti itu melainkan jika dompetnya juga benar-benar boroi dan gemuk!

Luahan hati Mahasiswa rasa dianiaya Air Asia. Pintu Gate ditutup depan mata!

Kuala Lumpur, tiada tolak ansur dan langsung tidak berjiwa masyarakat selain tidak berhati perut dengan hanya mengaut keuntungan semata-mata yang dapat menyifatkan rasa tidak berpuashati sekumpulan pelajar Institut Pengajian Tinggi terhadap syarikat penerbangan tambang murah Air Asia.

Perkara itu disebut sebaik sekumpulan pelajar tersebut berjaya pulang sejurus lawatan mereka ke Medan, Indonesia dengan menggunakan perkhidmatan penerbangan tambang murah Air Asia dekat sini, LCCT kelmarin.

Jelas mereka, penerbangan mereka ke Medan pada 12 Februari yang lalu tergendala seketika apabila kelewatan yang hanya seminit dijadikan alasan untuk tidak membenarkan mereka melepasi pintu untuk menaiki pesawat AK1350 yang dijadualkan berlepas pada jam 7.45 pagi waktu Malaysia.

Tambah mereka lagi, pintu penerbangan tersebut ditutup dihadapan mereka ketika sebahagian darinya berjaya melepasi pintu tersebut dan pegawai bertanggungjawab langsung tidak memberikan budi bicara dan tolak ansur untuk membenarkan sebahagian yang lain menaiki pesawat.

Menurut mereka seramai 15 penumpang gagal menaiki pesawat atas alasan yang sama dan dinasihatkan pegawai yang menjaga pintu berkenaan untuk membeli tiket perjalanan seterusnya pada jam 1.50 petang.

"Mereka langsung tidak bertolak ansur, kata mereka tak nak ganggu jadual perjalanan..tapi kami masih menghubungi kawan yang berjaya menaiki pesawat dan mereka cakap pesawat sehingga jam 7.55 pagi pun masih belum berlepas.

Kumpulan pelajar tersebut yang kemudiannya akur dengan tindakan tidak bertimbang rasa tersebut mengambil keputusan untuk menaiki penerbangan seterusnya. Kini, lain pula ceritanya apabila mereka menyedari bahawa mereka tidak boleh mengurangkan harga tambang yang baru daripada penerbangan sebelumnya.

"Mereka kata tiket kami tiket promosi dan kami perlu bayar penuh kerana tak boleh buat pengurangan harga tiket daripada tiket sebelumnya.

Akur dengan kenyataan tersebut, kumpulan pelajar itu terpaksa mengeluarkan duit mereka sendiri bagi menampung kos penerbangan seterusnya yang menelan belanja sebanyak RM200 setiap seorang tidak termasuk bagasi tambahan.

Namun, kekecewaan pelajar tersebut tidak berakhir begitu sahaja apabila menyedari bahawa beg mereka tersalah tagging selain mendapati bahawa beg rakan mereka yang berjaya melepasi pintu penerbangan turut dihantarkan ke bahagian lost and found.

Setelah berbincang dengan pegawai di kaunter khidmat pelanggan Air Asia, mereka dikejutkan bahawa bayaran bagasi terdahulu tidak boleh dikehadapankan bagi penerbangan seterusnya selain mereka terpaksa mengeluarkan wang tambahan bagi menampung kos bagasi tersebut.

Pelajar pelajar tersebut ketika ditemui wartawan UNC sempat mencadangkan agar semua mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi menjadikan Air Asia sebagai perkhidmatan penerbangan pilihan terakhir memandangkan syarikat itu yang semakin teguh dilihat semakin angkuh dan tidak bertimbang rasa.

*Luahan Hati seorang daripada pelajar tersebut di laman sosial*



Hati-hati dengan promosi murah AirAsia!

Ini teguran ikhlas aku kepada semua orang supaya lepas ni taklah korang pun terkena tipu dengan perniagaan KOTOR AirAsia ni. Walaupun aku bangga dia sebagai company tempatan yang Berjaya di pesada dunia tapi bagi aku layanan pelanggan yang TERANIAYA tak wajar berlaku!

Begini kisahnya, aku dan lapan orang kawan-kawan dah membeli sebuah tiket promosi AirAsia ke Medan. Nak dijadikan cerita kami dah tiba awal dekat LCCT untuk naik flight tapi punyalah ramai orang beratur tambah pula dengan pekerja AirAsia sendiri yang layan kteorang lambat nak masuk luggage terhegeh-hegeh. Tak pe boleh sabar lagi ye la excited first time nak pergi Medan.

Lepas melepasi Kastam, kami pun berjalan ke pintu kaunter 3 untuk ke Medan pada 12 Februari 2014. Depan mata aku seorg mamat staf AirAsia ni tutup pintu setelah 4 daripada kami Berjaya masuk. Terkejut beruklah kami berlima yang tertinggal ni eh kenapa dah tutup pintu kami dahlah datang berkumpulan bagilah masuk. Alasannya masa dah tamat mereka akan menutup pintu 20 MINIT SEBELUM PENERBANGAN dan waktu penerbangan pukul 6.45 pagi dan masa tu jam pukul 6.25 pagi. Consider la sikit tak payahlah nak RIGID sangat.

Kejadah giler! Nego punya nego dia kata “Maaflah encik kami tak boleh bukak sebab ini akan menganggu schedule penerbangan”.

Aku mcm tak boleh terima sebab depan mata kami dia tutup pintu. Nak dijadikan cerita bukan kami berlima je ada lagi 10 orang yang menimpa nasib yang sama macam kami. KIRANYA ADA 15 ORANG DIA TAK BAGI MASUK DENGAN SENGAJA!

Daripada runding elok2 sampailah bergaduh kami kat situ sebab jawapan yang dia berikan sangat KURANG AJAR DAN TAK MASUK AKAL. Akhirnya dia suruh kami beli tiket baru di kaunter servis. Senang je kan nak kaut untung.

Tak cukup dengan tu kawan kami yang Berjaya naik flight kata, “Eh flight tak gerak pun pukul 6.45 TEPAT. Flight delay!!! Sebab apa plak delay. So apa masalah tak nak bagi kami masuk. NOT MAKE SENSE AT ALL!

Selepas urusan dengan kastam selesai kami pun pergi ke kaunter servis. Kami disuruhlah ambil bagasi kami kembali, menurut staff AirAsia tu kalau kami MISS FLIGHT, bagasi pun takkan naik sekali. OK LAA.. so masa ambil bagasi, kami terperasan pula ada dua beg bagasi kawan kami yang dah berlepas fly ke Medan tertinggal sekali.

Eh apalah pulak ni kan. Check punya check rupanya dia letak nama berbeza-beza setiap beg. Beg aku nama kawan aku, beg kawan aku nama aku.. BERCELARU! SENANG JE KAN!!

Kalau kami tak perasan beg kawan kami tu macam mana? Kalau ada harta berharga dalam bagasi kemudian ada orang ambil macam mana? Macam mana staff dorg kerja letak nama beg lain2. Bila report kat kaunter servis dia kata kami kena beli luggage baru sebab tak ada insurans cover… Dah makan duit orang lagi!!!

Disebabkan tak nak mengecewakan impian nak pergi juga Medan, ditambah pula rasa tanggungjawab nak kena tanggung lagi beg kawan kami yang dah berlepas ke Medan tu, kami pun beli je la next flight yang kos RM200 seorang(termasuk luggage BARU).. melayang macam tu je duit kan!!

Flight seterusnya pukul 1.10 tengahhari. Tak nak perkara sama berulang pukul 12.30 kami dah mula tunggu depan pintu kaunter. Ok MAMAT AIRASIA KURANG AJAR YANG SAMA PAGI TADI JUGA JAGA KAUNTER… yang kelakarnya punya penat kami tunggu dan beratur, dalam tiket tertera kuanter buka pukul 1.10 tapi pukul 1.20 baru dia buka dan flight kata nak terbang pukul 1.45. Kiranya pukul 1.25 dia akan tutup pintu..

HANYA ADA 5 MINIT JE KITA NAK BEREBUT MASUK DALAM FLIGHT OTHERWISE AKAN JADI MACAM KES AKU TADI DIA TERUS TUTUP PINTU DAN SURUH BELI TIKET BARU!!!

Bayangkan betapa bengang ye aku sebagai seorg pelangan rasa sangat sangat teraniaya dengan layanan sebegini seakan-akan sengaja je nak kaut untung lebih lagi-lagi tiket promosi yang tidak menawarkan insurans jadi sebab tu dia rigid tapi bila nak buka pintu tak ikut masa yang ditetapkan pula!

So nasihat aku, plzzz la kawan-kawan lepas ni lebih berjaga-jaga. Mungkin salah aku juga kot sebab tak tunggu pukul 5 pagi depan kaunter tu kan..!!

Semoga Tony Fernandes boleh baca dan plzz laa improve servis AirAsia ni sebelum kami rakyat Malaysia sendiri beralih ke penerbangan murah yang lebih berkualiti dan BERHATI PERUT.

Yes Now Everyone can fly but not necessary with you AIRASIA..!!! #BYE #HateAirAsia

P/S: ayat kelakar masa gaduh dengan mamat AirAsia kaunter tu kawan aku cakap ingat NASI LEMAK KORG DAH LENGKAP KORANG DAH CUKUP BAGUS.. #ehh rare giler hahaha #suddenly

*Post ini pun atas keizinan mamat staf AirAsia yang kurang ajar tu. Dia kata kalau nak masukkan kat media pun SILAKAN.. (masa bergaduh mulut dengan dia) -Sumber: Mforum.Cari

**Anda mempunyai pengalaman yang sama? Jangan takut, luahkan pengalaman buruk anda mengenai servis Air Asia dalam komen di bawah!

Gambar Neelofa tak pakai seluar dibongkarkan?



Artis yang sedang "meletop" dan masih lagi "bergas" iaitu Neelofa dilihat sering mengekalkan asetnya pada tahap terbaik agar releven dengan pasaran dunia hiburan semasa di Malaysia. Apa sahaja mengenainya pasti akan menjadi tumpuan peminat terutamanya yang berkait terus dengan peribadi dan "peribodynya".

Pada artikel kali ini saya senang hati sekali berkongsi gambar Neelofa yang cun dan lawa tetapi tidak memakai seluar. Bagaimana rupanya ya.....? erm.....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
*
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
*
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.







Cun kan...? Lawa kan...?. Dalam gambar di atas, beliau tak pakai seluar luar sebaliknya memakai kain baju kurung atau berjubah. Harap beliau akan menjadi semakin baik luar dan dalam dirinya serta lebih menepati ciri seorang gadis muslimah yang sejati.

Islam memuliakan perempuan, sebab itu segalanya perlu dijaga iaitu dari segi tingkah laku, pakaian, percakapan dan hatta senyuman sekalipun. 

Ia bukan untuk mengongkong kebebasan mereka tetapi mahu mengelakkan perempuan dari "dihurungi lalat". 

Pelajar terbaik SPM 1989 Terengganu didakwa pemilik page Murtad's in Pantai Timur



Page Murtad's in Pantai Timur - MPT yang kini sedang tersebar sebenarnya telah dipadam di Facebook dan kini digantikan dengan page Murtads in Kelantan - MIK yang kini mendapat 1535 like dengan moto "MAJULAH MURTAD KELANTAN. MAJULAH MURTAD PANTAI TIMUR".

Hina Allah, hina Nabi Muhammad dan hina Melayu dapat dilihat di page ini.

Artikel dari Harian Metro sebelum ini.

Kuantan: Selain mendakwa dirinya kafir kerana sudah murtad, pemilik sebuah akaun Facebook (FB) dikenali sebagai Murtads in Pantai Timur (MPT) turut biadab apabila mengatakan Allah SWT tidak wujud serta mengeji Nabi Muhammad SAW.

Itu antara pos pengendali FB berkenaan yang mendapat kecaman hebat orang ramai yang mahu laman itu segera ditutup, namun tidak diendahkan pemiliknya malah mencabar pihak terbabit melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa serta akhbar termasuk Harian Metro. 

Berdasarkan pemerhatian Harian Metro, laman memperjuangkan murtad di negeri Darul Naim, Darul Iman dan Darul Makmur sebagai motonya, baru dimulakan pada 12 Februari lalu dan sehingga kini sudah mengumpul lebih 2,000 ‘likes’.

Malah dalam satu pos, pemilik akaun terbabit turut menyatakan ‘Majulah Murtad untuk Pantai Timur’ dan mendakwa penganut agama Islam adalah bodoh. 

Hampir keseluruhan pos pemilik FB biadab itu adalah provokasi kepada umat Islam dan menggunakan loghat Pantai Timur dalam tulisannya.


Pemerhatian juga mendapati, pemilik FB berkenaan mendakwa dia adalah anak jati Kelantan dan sudah murtad serta memperkenalkan diri sebagai Che Awe Donde atau Pok Nik.

Katanya, memandangkan usia sudah meningkat dan tua selain mempunyai ilmu tinggi, dia sedar Islam yang dianuti selama ini sebenarnya adalah agama palsu.

Pemilik FB berkenaan turut mendakwa semakin tinggi belajar mengenai agama, baru diketahui Islam adalah agama bodoh dan dia kini berjuang untuk murtad.

Menurutnya, dia akan berjuang menyedarkan masyarakat Islam bahawa agama rekaan Nabi Muhammad (dipanggilnya Muhammad babi) akan dihapuskan dari muka bumi Kelantan.  - Harian Metro




Kini tersebar, page tersebut dimiliki oleh seorang wanita Juli Sumardiati Binti Mohd Jalaluddin pemilik akaun https://www.facebook.com/juli.jalaludin dan pemilik page Page Murtad's Pantai Timur - MPT. Ia adalah berdasar butiran berikut;

    id: 1452759477
    name: Juli Jalaludin
    first_name: Juli
    last_name: Jalaludin
    link: http://www.facebook.com/juli.jalaludin
    gender: female
    locale: en_US
    username: juli.jalaludin
    Juli Jalaludin

Juli Sumardiati juga didakwa sebagai pelajar SPM terbaik Terengganu 1989 seperti keratan akhbar di atas.

Pihak berkuasa kini diminta untuk menyiasat page Murtads in Kelantan - MIK dan mengambil tindakan segera. Jangan biarkan perkara sebegini mudah dipermainkan di media sosial.

"Kami Seperti Hamba" - Anak Pasangan Malaysia Yang Ditahan Di Sweden

Anak lelaki pasangan Malaysia di Sweden yang didakwa mendera anak mereka berkata rotan yang digunakan terhadap adik beradiknya bertujuan memastikan mereka berdisiplin seperti hamba.

"Ia seperti mereka mengawal kami dengan benda itu. Kami tidak mahu dikenakan hukuman dengan benda itu," kata Ammar , 12, dalam satu temubual yang direkodkan awal januari lalu.

Video temubual itu disiarkan ketika prosiding di Mahkamah Daerah Solna di sini, pada hari Jumaat.

"Mereka fikir mereka seperti tuan dan kami hamba," katanya.

Mendengar keterangan itu, ibunya Shalwati Nurshal dilihat memuncungkan bibirnya dan menyilang tangan.

Shalwati dan suaminya, Azizul Raheem Awalluddin ditahan pada 18 Disember tahun lalu selepas Ammar memberitahu kakitangan di sekolahnya bahawa dia dipukul.



Aduannya itu menyebabkan mereka melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa.

Polis wanita yang menemubual Ammar bertanya mengenai alat yang digunakan oleh ibunya itu, Ammar berkata ia dipanggil 'rotan' dalam bahasa Melayu.

Katanya beliau tidak tahu jika istilah rotan terdapat dalam bahasa Inggeris.

Anggota polis turut bertanya jika rotan itu mempunyai kegunaan lain seperti penyangkut baju yang digunakan untuk memukul walaupun ia adalah alat untuk menggantung pakaian.

"Ia digunakan untuk memukul sesuatu," tegas Ammar .

"Saya fikir ia digunakan untuk mendidik. Di Malaysia, beliau (Shalwati) menggunakannya apabila mengajar al-Quran. Apabila saya membuat banyak kesilapan, dia akan memukul saya atau memukul-mukul lantai," katanya.

Apabila ditanya oleh polis bagaimana Ammar tahu adik-beradiknya turut dipukul, Ammar berkata adik beliau akan 'berkongsi kesakitan mereka' tetapi mengakui kakaknya, Aishah lebih berdiam diri.

Perbicaraan bersambung..

Tak percaya susahnya PBS bagi guru-guru, lihat gambar-gambar ni...

Ada yang terpaksa mengendong anak untuk menyusu kerana ingin menyiapkan fail PBS diluar waktu kerja. Guru-guru juga menjadi kerani dan penjaga stor kerana fail-fail PBS. Senyuman guru pun dah tak menjadi kerana PBS.






Kita minta kementerian tukar kerjaya guru-guru dari mengajar ke penyusun fail, tak perlu mengajar lagi.

Ada juga yang berkata, selepas ini mungkin ada berita guru meninggal kerana tertimpa fail dan rak PBS.

17,000 Penerima Yang Layak Tolak BR1M Tahun Ini. Hebat!

Sebanyak 17,000 penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada tahun lepas mengambil inisiatif memaklumkan kepada kerajaan bahawa mereka tidak lagi memerlukan bantuan itu tahun ini.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata langkah itu menunjukkan tahap kematangan yang tinggi di kalangan rakyat negara ini.

"BR1M tahun ini agak luar biasa kerana masyarakat kita makin matang. Ada 17,000 penerima BR1M 2.0 tahun lalu yang tulis surat kepada kita menyatakan bahawa keluarga mereka tidak memerlukan BR1M.

"Walaupun sebahagian besar daripadanya masuk dalam senarai penerima tetapi merasakan bahawa mereka bukan keluarga yang memerlukan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian BR1M 2014 bagi Parlimen Tambun di sini, Ahad.



Beliau berkata ada juga di kalangan mereka yang memaklumkan kepada kerajaan bahawa bantuan itu tidak lagi diperlukan kerana pendapatan mereka melepasi had kelayakan.

Ahmad Husni berkata nama 17,000 penerima itu akan dikeluarkan daripada senarai penerima BR1M.

Sementara itu, beliau berkata 100,000 penerima BR1M yang sepatutnya menerima bantuan itu melalui akaun bank semalam, masih belum menerima bantuan itu berikutan masalah teknikal.

"Hari Isnin (esok) akan diselesaikan. Saya masih lagi dalam proses menerima maklumat lokasi bank mana (yang menghadapi masalah itu). Bank itu menghadapi masalah teknikal kerana terlalu ramai penerima BR1M itu akaunnya di bank tersebut," katanya.

Mengulas mengenai ada penerima yang tidak layak tetapi masih menerima bantuan itu, beliau menasihatkan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penerima terbabit untuk memaklumkan kepada kerajaan.

"Tulis surat dan beri nama orang itu. Kita akan semak dan ambil tindakan," katanya.

Ahmad Husni turut menasihatkan orang ramai supaya mengisi borang permohonan BR1M dengan jujur dan ikhlas bagi memastikan hanya mereka yang layak menerima bantuan itu.

Sebanyak 5.4 juta penerima BR1M 2014 yang mempunyai akaun bank menerima terus bantuan berkenaan melalui akaun mereka semalam manakala kira-kira dua juta penerima yang tidak mempunyai akaun bank, akan menerima baucar secara berperingkat dalam tempoh tidak melebihi 20 hari, bermula hari ini.

Pemberian BR1M 2014 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM700 merangkumi RM650 dan Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) sebanyak RM50.

Bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, nilai bantuan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

Sebagai tambahan, buat pertama kalinya BR1M diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 dan RM4,000 dengan nilai bantuan RM450.

SWM didenda RM5,000 buang kotoran ke pantai Port Dickson

SWM Environment Sdn Bhd (SWM) dikenakan penalti berikutan insiden pekerjanya membuang kotoran dari jentera Ultra Whack Vacuum Cleaner ke dalam laut, Rabu lalu.

Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA), Datuk Ab Rahim Md Noor berkata, SWM dikenakan penalti sebanyak RM5,000.

“PPSPPA juga membuka kertas siasatan untuk melengkapkan bukti yang diperlukan bagi tujuan tindakan undang-undang selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Ab Rahim berkata, pihaknya kesal atas sikap tidak bertanggungjawab dilakukan oleh pihak SWM yang merupakan syarikat konsesi di bawah seliaan PPSPPA.



“Tindakan tersebut nyata menyalahi prosedur operasi merujuk kepada kesalahan Primary (P4) pembersihan awam iaitu pembuangan sisa pepejal atau air sampah di lokasi yang dipersetujui di dalam lokasi zon pembersihan tertentu,” katanya.

Dalam kejadian Rabu lalu, sekeping gambar menunjukkan jentera milik SWM, Ultra Whack Vacuum Cleaner didapati membuang sisa sedutan pembersihan longkang yang bercampur dengan sisa air longkang ke dalam laut dan gambar berkenaan tersebar di media sosial.

SWM dalam kenyataannya juga mengakui kesalahan tersebut dilakukan pekerjanya dan sudah mengambil tindakan tatatertib terhadap pekerjanya itu.

SWM juga memohon maaf kepada orang ramai terhadap insiden ini yang mengundang ketidaksenangan hati dan pandangan negatif masyarakat.

Pekerja stesen minyak PETRON Jalan Rahang mati ditikam penyamun

Seorang pekerja mati ditikam seorang lelaki dalam kejadian samun di sebuah stesen minyak di Taman Bukit Emas dekat sini, malam tadi.

Jurucakap polis berkata, dalam kejadian kira-kira 9 malam itu, Aris Sulaiman, 64, mati di tempat kejadian akibat ditikam bertubi-tubi di bahagian badan.

"Mangsa sedang berada di kaunter stesen minyak itu apabila lelaki memakai helmet dan berpura-pura seperti pelanggan masuk lalu menikam mangsa bertubi-tubi di bahagian badan dengan sebilah pisau.



"Suspek kemudian mengambil wang tunai dalam mesin wang dan melarikan diri dengan sebuah motosikal. Seorang pelanggan yang sedang mengisi minyak cuba mengejar suspek, namun tidak berjaya.

"Polis turut menjumpai sebilah pisau yang disyaki digunakan di tempat kejadian. Polis akan menyiasat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di stesen minyak itu," katanya di sini, hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar di sini untuk dibedah siasat.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Zainal Abu ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, suspek sedang diburu dan kes itu disiasat di bawah Seskyen 302 Kanun Keseksaan.

‘Kenapa serang saya?

“Sekarang lu (kamu) cerita apa pun wa (aku) mau (mahu) beli. Big bos (orang besar) sudah roger (hubungi) gua (aku). Wa (aku) tak boleh kasi (biar) malu wa (aku) punya bos. Harap lu (kamu) faham. Ini kali kita kasi habis.”

Itu antara SMS berbaur ugutan diterima pelakon dan pengarah Fauzi Nawawi, 40, yang didakwanya dihantar pelakon Sharnaaz Basir Ahmad, 29, yang kini popular dengan drama Bukan Aku Tak Cinta.



Fauzi berkata, kiriman SMS itu diterimanya pada 21 Februari lalu kira-kira jam 9.42 pagi dan dia percaya ia berkaitan insiden Sharnaaz mengamuk serta cuba menyerang isterinya, Nisdawati Nazaruddin, 35.

Menurutnya, kejadian itu berlaku dalam dua kejadian berasingan di lokasi penggambaran drama Bukan Aku Tak Cinta di Kuang dan Sungai Buloh, Selangor pada 19 dan 21 Februari lalu.

Kata Fauzi, dia menerima SMS berbaur ugutan itu selepas bertanya kepada Sharnaaz kenapa menengking dan cuba menyerang isterinya di lokasi penggambaran.

Serban, kopiah masih elok

Kerja penggalian 11 kubur di pekarangan Masjid Jamek Al-Abidi, Simpang Tiga Pasir di Merbok, dekat sini, semalam, menemui serban dan kopiah putih dalam keadaan masih elok walaupun sudah tertanam sejak 22 tahun lalu.

Kecuali kopiah yang hanya terkoyak sedikit di bahagian atas, serban itu masih tidak terjejas dan melilit dalam bentuk asal.



Penemuan itu terhasil apabila Pejabat Agama Daerah Kuala Muda (PADKM) diketuai Sheikh Radzi Abdul Mutalib memantau kerja penggalian semula kubur berkenaan untuk dikebumikan di tanah perkuburan lain di dalam masjid berkenaan, sekali gus memberi laluan kepada pembesarannya.

Serban dan kopiah itu milik Allahyarham Shamsudin Abas yang meninggal dunia ketika berusia lebih 80 tahun pada 1992 dan dikebumikan di masjid itu yang dibina pada 1942.

Cucu ketujuhnya, Rohana Shamsudin, 48, berkata, arwah datuknya dikebumikan bersama serban dan kopiah selepas sakit tua selama dua bulan