Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Sunday, 28 July 2013

Dua Maut Bas Ekspress Rempuh Treler Di Tapah


Dua maut manakala lima yang lain cedera parah dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan treler membawa plastik di Kilometer 314.3 Lebuhraya Utara Selatan menghala Utara di Tapah hari ini.
Dalam kejadian 7 pagi tadi, mangsa yang maut ialah pemandu bas ekspres, Mohd Anuar Jantan, 42, dan penumpang bas, Abdul Rahman Noh, 59.
Seorang mangsa yang merupakan pemandu lori, M.V. Saravanan, 24, berkata, bas terbabit cuba memotong lorinya namun disebabkan ada sebuah kereta di bahagian kanan, bas itu tidak sempat mengelak.
“Tiba-tiba bas muncul dari arah belakang dan langgar sisi kanan belakang lori saya dan terbabas ke bahu kiri lebuh raya.


“Ketika pelanggaran berlaku pemandu bas itu terjun daripada bas dan saya lihat dia berada di tengah-tengah bahu jalan. Kepalanya terkena besi penghadang tengah lebuh raya,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian hari ini.
Bas ekspres itu dalam perjalanan dari Johor Baharu ke Pulau Pinang manakala lori itu dari Shah Alam menuju Pulau Pinang.
Pasukan bomba membantu mengeluarkan penumpang yang tersepit dan tercedera.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tapah, Supritendan Som Sak Din Keliaw berkata, bas itu dinaiki 10 penumpang dan seorang pemandu.
Katanya, pemandu dan seorang penumpang meninggal dunia di tempat kejadian manakala lima cedera parah dan empat yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.
Manakala pemandu lori dan kelindannya, K.Subramaniam, 21, serta pemandu kereta juga tidak mengalami kecederaan.
“Mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat dan yang cedera menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh,” katanya.

No comments:

Post a Comment