“Dialah segala-galanya bagi saya. Ketika mengerjakan umrah pada 2008 dan 2011 lalu, saya berdoa di depan Kaabah supaya Allah SWT kembalikan dia dalam hidup saya.”
Demikian kata penyanyi, Datuk Hattan atau nama sebenarnya, Mohd Shukri Shahabuddin, 49, yang bernikah semula dengan Datin Arianie Mohd Abidin, 42, selepas mereka bercerai lapan tahun lalu.
“Saya amat bersyukur kerana apa yang saya harapkan sudah menjadi kenyataan, malah saya anggap ini satu keajaiban buat kami,” katanya.
Hattan berkata, dia setia memilih Arianie kerana kasih yang terlalu mendalam terhadapnya selain tidak menjumpai wanita sesuai yang dapat menggantikan tempat wanita itu dalam hatinya
Selain itu, kehadiran anak tunggal mereka, Adam Eiman, 15, turut mendorong Hattan kembali kepada Arianie. Dalam pada itu, Arianie berkata, dia menerima ketentuan jodoh ini dengan hati yang terbuka.

“Bukan senang nak berjumpa dengan lelaki yang sanggup menunggu hingga lapan tahun. Saya reda dengan ketentuan Ilahi ini dan lebih penting ia menggembirakan anak kami,” katanya.
Dalam majlis serba ringkas tetapi meriah itu, pasangan ini sah bergelar suami isteri dengan dua kali lafaz tepat jam 6 petang semalam. Mereka dinikahkan Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Abdul Halim Mohd Isa. Hattan dan Arianie berkahwin pada 17 Disember 1996 sebelum bercerai pada 10 Mac 2005.
Bagaimanapun, Hattan juga pernah mendirikan rumah tangga dengan Noorfarashikin Othman pada 11 November 2011, namun berpisah hanya selepas dua bulan, manakala Arianie pernah bertunang pada September 2011, tapi putus tiga bulan kemudian apabila tunangnya menghilangkan diri.
Pada majlis itu, Arianie turut menerima mas kahwin RM300 dan sebentuk cincin, tetapi tanpa sebarang hantaran.
Turut hadir ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan isteri rakan artis seperti Ramli Sarip, Raja Azura, Ziana Zain, Misha Omar, Sharifah Eja serta bekas bintang bola sepak kebangsaan, Zainal Abidin Hassan dan Dollah Salleh.

No comments:
Post a Comment