Filem Hantu Bonceng 2011 lakonan Zizan Raja Lawak dan Juliana Evans berjaya memikat hati ramai penonton untuk menonton filem itu di pawagam baru-baru ni. Tayangan Hantu Bonceng sempena dengan perayaan Aidilfitri 2011 meraih keuntungan RM1.78 juta dalam masa dua hari. Ia sekaligus memecahkan rekod sebagai tayangan filem terbaik di musim perayaan. Dengan filem bergenre komedi seram, pasti membuat ramai penonton tidak kering gusi untuk menontonnya.
Bagi pengarah, Ahmad Idham Ahmad Nadzri, dia sendiri cukup gembira dengan sambutan yang diterima. Jelas Ahmad Idham “Melalui tinjauan di beberapa lokasi di Lembah Kelang semalam, ada juga penonton yang kecewa kerana tiket untuk Hantu Bonceng sudah habis. Dari makluman pengurus panggung, di beberapa lokasi, tiket- tiket sudah habis di waktu petang, untuk tayangan sebelah malam. Jadi bagi peminat- peminat Hantu Bonceng, saya menasihati semoga membeli tiket lebih awal atau membuat tempahan secara dalam talian.”
”Kejayaan ini juga harus dikongsi bersama penonton dan peminat Hantu Bonceng, juga kepada pihak media cetak, elektronik dan media baru yang sentiasa membantu dalam mempromosikan Hantu Bonceng di ruangan surat khabar, radio, televisyen, dalam talian juga di twitter,” tambah Ahmad Idham lagi.
No comments:
Post a Comment