Seorang remaja yang mengigau berjalan dalam tidurnya terjatuh dari tingkap bilik rumahnya setinggi 7.62 meter di West Sussex. Remaja perempuan itu, Rachel Ward, 18, bangun dari katil dan memakai baju sejuk sebelum melompat keluar dari tingkap biliknya di sini
Namun, dia tidak mengalami patah tulang dan kecederaan serius selepas terjatuh dari tingkat satu.
Remaja itu menjerit meminta tolong daripada ibu bapanya yang kemudian bergegas membawa Rachel ke Hospital Royal Sussex County di Brighton untuk mendapatkan rawatan.
Namun, doktor yang merawatnya terkejut kerana berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan Rachel didapati sihat dan tidak cedera.
Ibu remaja itu, Sue Ward, 48, yang merupakan seorang pramugari, terjaga daripada tidur sejurus terdengar jeritan anaknya itu.
“Saya melihat keluar tingkap bilik dan terlihat anak perempuan saya sedang terbaring di atas rumput berdekatan kereta,” katanya.
No comments:
Post a Comment