Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Tuesday, 30 July 2013

Petua Merawat Rambut Gugur


Ramai lelaki dan wanita mempunyai masalah rambut yang tumbuh jarang-jarang iaitu menghampiri keadaan botak. Jika anda mempunyai masalah ini, anda boleh cara merawat rambut jarang yang saya senaraikan di bawah:
Petua Rambut Gugur 1
Pertama sekali selalulah menyapukan perahan air limau nipis untuk menghilangkan kelemumur selama 2 minggu. Kelemumur juga boleh menyebabkan keguguran rambut. Kemudiannya anda memerlukan santan untuk menyuburkan rambut.
Petua Rambut Gugur 2
Santan perlu dilumurkan keseluruhan rambut hingga kekulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Tidak perlu terburu-buru untuk membasuhnya perapkan dengan tuala untuk setengah jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam. Buatlah barang sebulan.
Petua Rambut Gugur 3
Bagi anda yang rajin selepas rawatan menyuburkan rambut gunalah daun lidah buaya untuk mendapatkan rambut yang lebih cantik lagi menawan. Caranya ambil lendir daun lidah buaya tu dan sapukan kepada rambut hingga kekulit kepala. InsyaAllah dalam masa 2 bulan rambut anda tidak akan gugur malah semakin cantik dan sihat.
Petua Rambut Gugur 4
Dengan menggunakan kulit tembikai (bahagian dalam), gosokkannya pada kulit kepala anda.Kemudian biarkan ia meresap ke kulit kepala anda. Tunggu dalam 15 ke 30 minit dan cucilah sampai bersih.
Kalau anda nak biarkannya semalaman pun boleh. Buat sebelum masuk tidur dan keesokannya baru cuci. Gunakan shower cap atau balut dengan kain supaya tak meleleh kat bantal. Amalkan petua ni hanya sekali dalam seminggu.
Petua Rambut Gugur 5
Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.
Kesimpulannya, jagalah kesihatan rambut anda dengan cermat. terutama kepada yang perempuan, jagalah ianya sebaiknya.

No comments:

Post a Comment