Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Friday, 26 July 2013

Pakar Curi Kereta Terkenal KANTOI Kebas Audi R8


Penjenayah licik, Mohd. Azri Kassim yang cukup terkenal kerana suka mencuri kereta-kereta mewah ‘aktif’ kembali.
Kali ini dengan gaya seolah-olah broker kereta, dia berjaya melarikan pula kereta mewah Audi R8 dari sebuah pusat pameran kereta di ibu negara.
Namun sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Sekali lagi dia berjaya diberkas.


Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Aziz Zakaria berkata, pada 23 Jun lepas, seorang lelaki, yang mendakwa dirinya sebagai broker kereta telah pergi ke pusat pameran yang terletak di Jalan Tun Razak dan meminta kunci .
” Sebaik saja menerima kunci itu, dia terus menghidupkan enjin kereta berkenaan dan memecut keluar dari pusat pameran berkenaan,” katanya
Beliau berkata, polis bagaimanapun berjaya mengesan kereta itu di sebuah rumah di Kuala Perlis dan menahan Mohd Azri serta merampas kereta tersebut minggu lepas.
Polis juga mengesyaki Mohd Azri terlibat dalam kecurian Nissan Fairlady di ibu negara pada 6 Mac lalu.


Mohd Azri ‘terkenal’ selepas dia berjalan melarikan kereta mewah Panamera Porsche bernilai lebih daripada RM900, 000 dari sebuah pusat pameran kereta pada Oktober lalu.


Dia juga dipercayai terlibat dengan tujuh kecurian kereta yang lain termasuk Volkswagen Golf GTI pada 3 Januari dan Audi TT  dua hari berikutnya di Salak Selatan.


” Mohd. Azri sebelum ini telah didakwa di mahkamah mencuri Porsche Panamera dan BMW X6 tahun lepas.
“Sebaik sahaja diberi ikat jamin,  Mohd. Azri kembali  mencuri kereta,” kata Aziz.
Beliau berkata polis percaya Mohd Azri juga terlibat dalam percubaan mencuri kereta Toyota Vellfire MPV pada 29 Mei lalu berhampiran Larkin, Johor Baru, dan Audi Q7 berhampiran Batu Pahat pada hari yang sama.
Kini polis sedang memburu Ng Kai Keong, 40, dan Piagam Suria Risman Saleh, 31, bagi membantu siasatan.
Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kes itu boleh menghubungi talian hotline polis di 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.




No comments:

Post a Comment