Menurut Haliza, tindakan lelaki tersebut berbuat demikian kerana bimbang percintaan mereka tidak dapat berjalan dengan baik kerana status selebriti yang dipegang oleh aktres itu.
"Sebelum ini dia tidak mengetahui saya ini seorang pelakon dan saya pula tidak pernah memberitahunya. Bagaimanapun dia mula hairan apabila setiap kali kami keluar akan ada orang yang menegur atau pun senyum kepada saya.
"Sejak mengetahui status saya sebagai seorang selebriti dia mula menjauhkan diri dan memutuskan hubungan kami," katanya lagi.
Menurut Haliza, mereka bagaimanapun kembali berbaik selepas lelaki berkenaan menyedari mereka tidak patut memutuskan hubungan hanya kerana statusnya.
"Saya faham mengapa dia bertindak demikian kerana teman lelaki saya seorang yang sangat merendah diri dan tidak gemar cerita peribadinya menjadi perhatian umum.
"Bagaimanapun masalah itu telah dapat diselesaikan dengan baik dan kami masih bercinta seperti biasa," jelasnya.
Dalam perkembangan sama, Haliza berkata, dia tidak pasti bila dia akan menamatkan zaman bujangnya namun berharap hubungan itu akan berakhir dengan perkahwinan.

No comments:
Post a Comment