“Memang kasihan dan menyayat hati.. Bayangkan pakcik ini bapa kita, datuk kita, terlalu jauh dari batas pertimbangan kemanusiaan tentang apa yang berlaku.. Si pelaku keganasan (isteri Mat Yo) mungkin terlupa pakcik ini mempunyai lima orang anak, mungkin juga cucunya ada.
“Apakah pula perasaan isteri Pakcik ini dek suaminya dalam tempoh mencari rezeki diperlakukan sedemikian.’Takziah’ buat isterinya dan Mat Yo juga,” katanya.
Dalam pada itu juga, Tuan Asmawi turut mengingatkan kepada orang ramai bahawa doa-doa orang yang dizalimi itu dimata manusia ia sekadar kata-kata semata tetapi tidak di pandangan Allah.
“Ingatlah saudara saudari sekalian, rintihan dan doa orang yang dizalimi itu di mata manusia ia sekadar kata-kata tetapi di pandangan Allah ia seperti halilintar yang menyabung,” katanya.
No comments:
Post a Comment