Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Monday, 23 December 2013

Inilah 8 Wanita Cantik Islam Yang Paling Kaya Di Dunia

Fathima Kulsum Zohar Godabari
Banyak orang yang kata jika seorang wanita dilahirkan dalam keluarga yang kaya raya sekaligus memiliki paras cantik adalah sebuah keberuntungan. Jika memang demikian, maka 8 perempuan beragama Islam ini sangat beruntung. Kerana majoriti daripada mereka adalah seorang Puteri atau Ratu di negaranya masing-masing. Kecantikan Muslimah yang mereka miliki bahkan membuat mereka setanding dengan pelakon Bollywood serta Hollywood. Status sebagai keluarga kerajaan membuat mereka tampak sempurna. Dipetik daily.bhaskar.com, ini dia perempuan beruntung itu.
Inilah 8 Wanita Cantik Islam Yang Paling Kaya Di Dunia1 Inilah 8 Wanita Cantik Islam Yang Paling Kaya Di Dunia
1. Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah
Yang Mulia Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah adalah putri kedua sekaligus anak keempat dari Sultan Brunei Darussalam, Hassanal Bolkiah yang lahir pada 16 March 1976 (37). Kini perempuan satu putra ini telah menikah dengan Khairul Khalil, seorang pengarah sekaligus asisten eksekutif di pejabat Perdana Menteri. Majeedah dan Khalil rasmi menikah pada Juni 2007. Ayah Majeedah, Bolkiah adalah orang terkaya di dunia pada tahun 1997 silam dan dikenal akan kegemarannya akan logam emas yang berharga.
Inilah 8 Wanita Cantik Islam Yang Paling Kaya Di Dunia2 Inilah 8 Wanita Cantik Islam Yang Paling Kaya Di Dunia2. Lalla Salma
Yang Mulia Putri Lalla Salma adalah istri dari Raja Mohammed VI. Salma lahir pada 10 Mei 1978 (35) dari ayahnya yang seorang guru sekolah. Publik mengenal sosok Salma kali pertama sebagai Permaisuri Maroko sekaligus ibu dua anak. Meskipun demikian Salma tetap terlihat ramah sekalipun menjadi first lady Maroko.
Suami Salma, Raja Maroko memiliki anggaran kewangan operasional harian mencapai USD 960 ribu menurut Forbes. Disebutkan kekayaannya mencapai USD 2,5bilion
Inilah 8 Wanita Cantik Islam Yang Paling Kaya Di Dunia3 Inilah 8 Wanita Cantik Islam Yang Paling Kaya Di Dunia
3. Hajah Hafizah Sururul Bolkiah
Si cantik Hajah Hafizah adalah putri dari Sultan Brunei Darussalam, Hassanal Bolkiah yang lahir pada 12 March 1980 (33). Seperti yang disebutkan, semenjak kecil Hafizah sudah hidup bergelimang harta karena ayahnya pernah menjadi manusia terkaya di dunia pada tahun 1997 versi Forbes. Bolkiah disebutkan memiliki kereta mewah Rolls-Royce yang dilapisi emas 24 karat selain keretanya yang mencapai 7000 buah. Dia juga memiliki tempat tinggal terbesar di dunia, dengan 1700 bilik. Untuk pernikahan Hafizah dengan YAM Pengiran Anak Haji Mohammad Ruzaini, Bolkiah wang mencapai USD 20 juta
Sheikha Hanadi bint Nasser Al Thani Inilah 8 Wanita Cantik Islam Yang Paling Kaya Di Dunia
4. Sheikha Hanadi bint Nasser Al Thani
 Seorang banker, investor dan pengusaha real estate adalah pekerjaan dari Sheikha Hanadi yang kini menjadi salah satu pengusaha wanita tersukses dalam perekonomian Qatar. Dia juga menjadi penasihat khusus bank Standard Chartered. Seakan kurang, Hanadi adalah CEO dari projek pengembangan Al Waab City Real Estate. Hanadi kini juga terdaftar sebagai wakil CEO dari grup Nasser bin Khaled Al Thani & Sons. Sekalipun tak pernah diungkapkan oleh Hanadi, pundi-pundi kekayaan keluarga Thani mencapai lebih dari USD 15 bilion
 Sheikha Maitha bint Mohammed bin Rashid Al Maktoum Inilah 8 Wanita Cantik Islam Yang Paling Kaya Di Dunia
5. Sheikha Maitha bint Mohammed bin Rashid Al Maktoum
Sheikha asal Dubai ini sangat mempesona kerana di balik parasnya yang cantik dia adalah atlet karate dan taekwondo. Lahir pada 5 March 1980 (33), Maitha adalah putri dariSheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Perdana Menteri sekaligus Wakil Presiden Uni Emirat Arab dan monarki konstitusional Dubai.
Mohammed adalah pemegang saham terbesar di banyak perusahaan semenjak tahun 2006. Kekayaan keluarga Mohammed disebut lebih dari USD 40 bilion. Seakan tak ingin hidup dalam gelimangan kekayaan ayahnya, Maitha membuktikan dia juga berprestasi dengan meraih pingat perak di Asian Games 2006.
 Ameerah Al Taweel Inilah 8 Wanita Cantik Islam Yang Paling Kaya Di Dunia
Puteri Arab Saudi sekaligus seorang dermawan cantik bernama Ameera Al Taweel ini lahir pada 6 November 1983 (30). Dia adalah istri dari Pangeran Al Waleed bin Talal, anggota keluarga kerajaan Arab Saudi. Al Waleed yang kini berusia 58 tahun adalah seorang pebisnis dan ada di posisi ke-26 dalam daftar lelaki terkaya di dunia versi majalah Forbes dengan daftar kekayaan bersih lebih dari USD 20-25 bilion. Dia kini sebagai salah satu manusia paling berpengaruh di Arab. Sang Pangeran adalah pengasas sekaligus pemilik Perusahaan Kingdom Holding.
Sultanah Nur Zahirah Inilah 8 Wanita Cantik Islam Yang Paling Kaya Di Dunia
7. Sultanah Nur Zahirah
Ratu Terengganu, Nur Zahirah adalah istri dari Raja Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin. Nur sendiri terlahir pada 7 Desember 1973 (40) dan dia adalah Permaisuri ke-13 di Malaysia (2006-2011).
Meskipun keluarga Kerajaan tak pernah mengungkapkan nilai kekayaan mereka, dari berbagai sumber disebutkan jika pundi-pundi kewangan bangsawan Terengganu ini lebih dari USD 15 bilion
Fathima Kulsum Zohar Godabari Inilah 8 Wanita Cantik Islam Yang Paling Kaya Di Dunia
8. Fathima Kulsum Zohar Godabari
Sebelumnya dipimpin oleh seorang Pangeran, kini Fathima Kulsum resmi menjadi Ratu kerajaan Arab Saudi. Menjadi salah satu anggota keluarga kerajaan terkaya di dunia, Fathima adalah istri dari Sheikh Avdi Al Muhammad. Paras cantik mempesona Fathima sebelumnya tak pernah ada yang tahu dan keindahan ragawinya selalu misterius serta tersembunyi. Namun kini wajah-wajah cantik Fathima sempat terungkap di internet. Sebagai negara OPEC terkaya, Arab Saudi menguasai 39% cadangan minyak OPEC. 

Giler Kentang!! Hidangan Yang Terbesar Di Dunia

Giler Kentang!! Hidangan Yang Terbesar Di Dunia
Sesetengah orang percaya ia hanya mitos, tetapi Guinness Book of Records mempunyai rekod bahawa masakkan unta sumbat yang disenaraikan sebagai bahan makanan yang terbesar dari mana-mana menu, dan terdapat juga gambar-gambar beberapa orang Badwi berpesta makanan.
Nama rasmi hidangan tradisional puak Badwi tidak diketahui, tetapi kebanyakan orang merujuk kepada sebagai “unta Turducken”. Menurut kebanyakan sumber-sumber yang ianya kadang-kadang disediakan di kenduri perkahwinan dan parti-parti khas di negara-negara Arab seperti Arab Saudi.
Pada asasnya, mereka menggunakan unta dewasa sebagai bahan utama,dengan membuang bahagian dalaman dan disumbat dengan daging kambing biri-biri atau anak-anak domba dengan di campurkan kira-kira 20 ekor ayam dan ikan.
Giler Kentang Hidangan Yang Terbesar Di Dunia 2 Giler Kentang!! Hidangan Yang Terbesar Di DuniaGiler Kentang Hidangan Yang Terbesar Di Dunia 3 Giler Kentang!! Hidangan Yang Terbesar Di DuniaGiler Kentang Hidangan Yang Terbesar Di Dunia 4 Giler Kentang!! Hidangan Yang Terbesar Di Dunia
Seperti bom atom yang penuh kalori perlu direbus kemudian dimasak di atas arang sehingga daging unta berwarna perang dan rangup. Anda pasti tidak dapat bayangkan, periuk jenis apakah yang boleh memuatkan keseluruhan unta seperti yang kelihatan , tetapi proses memasak keseluruhan mengambil masa kira-kira 24 jam.
Unta tersebut kemudian dihidangkan dengan pinggan perak kepada tetamu yang hadir pada hari perkahwinan tersebut.
P/S: makan sebulan pon tak habis macam nih..=.=”

Unik!! Pulau Buatan Manusia Yang Terbesar Di Dunia

Unik!! Pulau Buatan Manusia Yang Terbesar Di Dunia
Tuhan sudah menciptakan seluruh bumi dan isinya ini untuk kehidupan umat manusia. Namun semakin berkembangnya manusia, membuat penduduk mereka menjadi semakin ramai dan bukan tak mungkin tanah di dunia tak muat Mungkin kerana alasan itulah ada orang-orang yang dikurniakan kecerdasan sampai membuat pulau buatan di berbagai belahan bumi ini.
1. Umi Hotaru – Jepun
 Unik Pulau Buatan Manusia Yang Terbesar Di Dunia Unik!! Pulau Buatan Manusia Yang Terbesar Di Dunia
Teluk Tokyo Aqua-Line adalah salah satu jalur lintas cepat yang menghubungkan Kawasaki, Kanagawa, dan Kisarazu di Chiba. Istimewanya, di persimpangan jalur itu dibuat sebuah terowong bawah air dan jambatan. Terowong bawah air itu diberi nama Aqua-Tunnel sengan panjang 9.6 km dan di hujungnya ada pulau buatan manusia sangat besar bernama Umi Hotaru. Mahu ke sana?
2. Pulau Spiral – Mexico
Unik Pulau Buatan Manusia Yang Terbesar Di Dunia 2 Unik!! Pulau Buatan Manusia Yang Terbesar Di Dunia
Jika kamu tak boleh membeli sebuah pulau tropika, mengapa tak kamu buat sendiri saja? Hal itu yang dilakukan Richie Sowa pada tahun 1998 . Menggunakan lebih daripada satu perempat juta botol plastik. Pulau yang diberi nama pulau Spiral itu kemudian hancur dua tahun kemudian kerana ribut. Tapi Sowa rupanya ingin membina kembali dan berkeinginan boleh mengelilingi dunia dengan pulau buatannya itu. Memang Kerja giler..
3. Mexcaltitan – Mexico
Unik Pulau Buatan Manusia Yang Terbesar Di Dunia 3 Unik!! Pulau Buatan Manusia Yang Terbesar Di Dunia
Mexcaltitán adalah sebuah pulau buatan manusia kecil yang berada di lepas pantai bahagian Mexico, Nayarit. Legenda menyatakan bahawa itu milik Aztlan dari suku Aztec. Namun kini pulau Mexcaltitán menjadi tarikan. Mahu ke sana? Kamu boleh menaiki perahu dari La Batanza atau sekitar 40 km dari Santiago, Ixcuintla.sumber
4. Pulau Dunia – Kesatuan Arab Bersatu
Unik Pulau Buatan Manusia Yang Terbesar Di Dunia 4 Unik!! Pulau Buatan Manusia Yang Terbesar Di Dunia
Projek World Island ini merupakan gabungan dari kira-kira 300 pulau buatan yang merupakan penggambaran akan gugusan pulau dan benua di bumi ini. Berada 6 km lepas pantai dari Dubai, pulau ini akan mengambil lokasi 55 km persegi. Saat pulau ini sudah dibina seluruhnya, kamu boleh melihat dunia dalam versi mini.
5. Pulau Khazar – Azerbaijan
Unik Pulau Buatan Manusia Yang Terbesar Di Dunia 5 Unik!! Pulau Buatan Manusia Yang Terbesar Di Dunia
Pulau Khazar ini juga dikenali dengan kepulauan Kaspia yang terdiri dari 41 pulau buatan. Terlerak 25 km dari Baku, pulau buatan manusia ini mengambil lokasi 3,000 hektar di atas laut Kaspia. Pemaju pulau buatan ini akan membina satu juta rumah , 150 sekolah, 50 hospital, taman permainan, pusat membeli-belah dan kompleks budaya, universiti sampai ke litar perlumbaan Formula 1. Bahkan Menara Azerbaijan yang akan menjadi menara tertinggi di dunia akan dibina dengan bayaran USD 2 bilion .
6. No Man s Land Fort – Inggeris
Unik Pulau Buatan Manusia Yang Terbesar Di Dunia 6 Unik!! Pulau Buatan Manusia Yang Terbesar Di Dunia
Pulau ini disebut sebagai sebuah pulau yang sesuai untuk musuh utama agen rahsia terkenal Inggeris, James Bond. Terletak di lepas pantai Inggeris, pulau ini dikelilingi tembok menjulang berlapis bata. Pada era Victoria, pulau ini dibina untuk melawan serangan angkatan laut Perancis. Namun saat ini menjadi hotel mewah dengan 21 bilik, 2 helipad, dan kolam renang.
7. Pulau Orsos – Austria
Unik Pulau Buatan Manusia Yang Terbesar Di Dunia 7 Unik!! Pulau Buatan Manusia Yang Terbesar Di Dunia
Apakah kamu ingin hidup terasing dalam sebuah pulau peribadi namun tak mahu tinggal diam di satu tempat? Sebuah syarikat Austria boleh mengabulkan keinginanmu. Pulau buatan manusia ini boleh terapung dan mempunyai dua mesin diesel yang boleh membuatnya bergerak. Pulau Orsos ini tak lain seperti kapal layar yang berbentuk pulau. Berminat memiliki? Siapkan wang sekitar USD 6.5 juta .
8. Pulau Real Madrid – Emiriah Arab Bersatu
Unik Pulau Buatan Manusia Yang Terbesar Di Dunia 8 Unik!! Pulau Buatan Manusia Yang Terbesar Di Dunia
Pada tahun 2012, pasukan bola sepak Sepanyol yakni Real Madrid mengumumkan akan membina sebuah resort mewah dengan harga USD 1 bilion di Emiriah Arab Bersatu. Digambarkan resort itu nanti akan mempunyai taman hiburan untuk fans fanatik bola sepak dengan dua hotel bertingkat tinggi, villa yang mewah, stadium bola sepak pinggir laut dan muzium Real Madrid

Pelik!! Lelaki Ini Makan Cicak Untuk Panjangkan Umurnya

Pelik!! Lelaki Ini Makan Cicak Untuk Panjangkan Umurnya
Ada orang akan makan sayur atau buah-buahan sahaja untuk berumur panjang. Tapi kali ini, lelaki yang paling tua di dunia ini memakan cicak untuk berumur panjang.
Makan cicak boleh hidup panjang? Satu fakta yang boleh disangkal kerana tiada sebarang kajian membuktikannya. Namun tidak kepada lelaki ini yang berpendapat amalan memakan cicak boleh memanjangkan usia seseorang itu. Buktinya, lelaki ini telah diiktiraf sebagai lelaki tertua di dunia dan mengamalkan memakan cicak hampir setiap hari. Peliknya! Jom layan gambar di bawah ini
Pelik Lelaki Ini Makan Cicak Untuk Panjangkan Umurnya 2 Pelik!! Lelaki Ini Makan Cicak Untuk Panjangkan UmurnyaPelik Lelaki Ini Makan Cicak Untuk Panjangkan Umurnya 3 Pelik!! Lelaki Ini Makan Cicak Untuk Panjangkan Umurnya
Bolivia –Rahsia umur panjang bagi seorang lelaki di Bolivia, iaitu manusia paling tua di dunia ialah dengan makan cicak.
Flores Laura yang berketurunan Aymara itu, berusia 123 tahun dan menetap di kawasan tasik Titicaca.
Dia yang kematian isteri sejak sedekad lalu, tidak pernah jatuh sakit.
Flores mempunyai tiga anak dan satu-satunya anaknya yang masih hidup adalah Cecilla yang kini sudah berusia 67 tahun.
Meskipun hidup sendirian namun Flores mempunyai keluarga yang besar dan dikelilingi oleh 40 cucu serta, 19 cicit.
The Guinness World Records sebelum ini menyatakan bahawa manusia paling tua di dunia adalah seorang wanita dari Jepun iaitu Misao Okawa yang berusia 115 tahun.
Bagaimanapun selepas sijil lahir Flores Laura ditemui, ia tertulis bahawa lelaki itu dilahirkan pada 16 Julai 1890, sekali gus membolehkannya diisytihar sebagai lelaki paling tua di dunia.

Mesti Baca! Pentingnya Solat Berjemaah Waktu Subuh

Mesti Baca! Pentingnya Solat Berjemaah Waktu Subuh
Solat subuh merupakan pengukur nilai sebuah umat. Umat yang melalaikan solat subuh berjamaah adalah umat yang tidak berhak untuk mendapat kejayaan, akan tetapi berhak untuk digantikan dengan umat yang lain.
Umat yang menjaga solat Subuh secara berjamaah adalah umat yang berhak untuk tegak kukuh di muka bumi.
Pernah salah seorang pemimpin Yahudi menyatakan bahawa mereka tidak takut dengan orang Islam kecuali pada satu hal, iaitu bila jumlah jamaah solat Subuh menyamai jumlah jamaah solat Jumaat. (Insya Allah akan menjadi satu kenyataan dalam masa yang terdekat).
Mesti Baca Pentingnya Solat Berjemaah Waktu Subuh 2 Mesti Baca! Pentingnya Solat Berjemaah Waktu Subuh
Sabda Rasulullah S.A.W, “Sesungguhnya solat yang paling berat untuk orang munafik adalah solat isyak dan solat subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung didalamnya, nescaya mereka akan datang kepada keduanya sekalipun dalam keadaan merangkak.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
Dari Uthman Bin Affan r.a berkata, Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud, “Barangsiapa yang solat isyak berjamaah maka seakan-akan dia telah solat sunat setengah malam. Dan barangsiapa solat subuh secara berjamaah maka seakan-akan dia telah melaksanakan solat malam satu malam yang penuh.” (Hadis riwayat Muslim).
Allah S.W.T berfirman: “Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat) Subuh. Sesungguhnya solat subuh itu disaksikan Malaikat. Dan pada sebahagian malam hari solat tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Rabbmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji……” (al-Isra’ : 78 – 79).
P/S: Semoga memberi manfaat kepada diri ini dan juga kepada para pembaca.. icon smile Mesti Baca! Pentingnya Solat Berjemaah Waktu Subuh

Tips Berkahwin Muda Dan Cara Berhadapan Bakal Mertua

Tips Berkahwin Muda Dan Cara Berhadapan Bakal Mertua
Perkahwinan merupakan salah satu tuntutan Islam yang wajib sekiranya seseorang individu tersebut mempunyai kelayakan dan cukup syarat untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri. Dalam masyarakat kita pada hari ini, tidak ramai yang memilih untuk melaksanakan perkahwinan dalam usia yang muda. Muda disini adalah dalam lingkungan 20-24 tahun.
Usia sebegitu seringkali dianggap sebagai belum cukup dewasa atau matang bagi memenuhi tuntutan dalam perkahwinan. Namun ianya bukanlah satu masalah yang tidak boleh diselesaikan. Terdapat beberapa tips bagi mereka yang ingin mendirikan mahligai perkahwinan seawal usia 20-24 tahun.
Tips Berkahwin Muda Dan Cara Berhadapan Bakal Mertua 2 Tips Berkahwin Muda Dan Cara Berhadapan Bakal Mertua

Berikut adalah Tips Berkahwin Muda Dan Cara Berhadapan Bakal Mertua:

1- Anda harus menonjolkan akhlak dan peribadi yang baik kepada ibubapa, adik-beradik, saudara mara serta orang sekeliling. Sahsiah diri yang terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk ‘melepaskan’ anda ke dunia lain yang lebih mencabar iaitu perkahwinan.
2- Tunjukkan kematangan anda dalam setiap pekerjaan yang anda lakukan. Baik dari segi membuat keputusan mahupun dalam berfikir dan bertindak. Kematangan dalam kepimpinan juga penting bagi lelaki yang ingin mendirikan rumahtangga seawal usia yang muda.
3- Jaga ibadah dan amalan sebagai seorang Muslim yang baik. Lakukan amalan wajib dengan sempurna dan tingkatkan amalan-amalan sunat yang lain sebagai persediaan rohani sebelum bergelar pasangan suami isteri.
4- Beritahu keluarga dan orang-orang terdekat anda bahawa perkahwinan yang bakal anda dirikan bukanlah berlandaskan nafsu semata-mata. Akan tetapi perkahwinan yang anda ingin dirikan adalah sebagai memenuhi salah satu tuntutan ibadah dan tanggungjawab seorang Muslim.
5- Anda juga perlu menunjukkan sedikit sumber pendapatan yang anda miliki sekarang bagi meyakinkan ibubapa anda untuk anda berumahtangga. Sumber tersebut adalah seperti gaji bulanan, side income serta simpanan anda terdahulu. Bagi yang masih belajar, usahakan untuk mencari side income sendiri dengan melakukan kerja-kerja luar (part-time) ataupun berniaga sendiri secara kecil-kecilan. Ini penting sebagai keyakinan kepada ibubapa bahawa anda mampu untuk menganggung pasangan seawal usia muda.
6- Buat pasangan yang masih belajar, letakkan usaha dan ilmu di tahap yang tertinggi. Pastikan perancangan anda untuk mendirikan perkahwinan tidak mengganggu pelajaran dan fokus anda sebagai pelajar. Fahamkan pasangan dan ibubapa tentang komitmen utama anda. InsyaAllah mereka akan menyokong dengan baik.
7- Jalankan tugas dan tanggungjawab anda dengan lebih baik dari kebiasaan bagi ‘membeli’ kepercayaan dan keyakinan ibubapa dan pasangan yang anda mampu menjalankan tanggungjawab sekiranya berkahwin kelak.
8- Anda perlu bijak dalam melakukan perbincangan bersama keluarga bagi menyatakan hasrat anda berkahwin seawal usia yang muda. Cari mood yang baik dan pastikan kesemua tips-tips di atas sudah dipenuhi. Bawa berbincang dan tunjukkan kesungguhan anda dalam perkara ini. Ambil hati ibubapa anda supaya mereka dapat mendengar dengan baik dan tidak membantah. Minta juga nasihat dan pendapat dari mereka.
9- Sekiranya cadangan dan permintaan anda ditolak, jangan berputus asa. Teruskan usaha dan tunjukkan kesungguhan yang mendalam terhadap perkara ini. InsyaAllah lama-kelamaan keyakinan dan kepercayaan ibubapa anda akan datang dan mereka sendiri akan menanyakan semula permintaan anda untuk berkahwin. Terus berdoa usaha dan tawakal.InsyaAllah.
Wallahualam. Semoga anda semua berjaya mendapat apa yang anda impikan dan berbahagia dengan yang tersayang icon smile Tips Berkahwin Muda Dan Cara Berhadapan Bakal Mertua

Menarik!! Kisah Anak Raja Yang Sangat Berjaya

Menarik!! Kisah Anak Raja Yang Sangat Berjaya
Tengah meneliti satu artikel yang dipaparkan di BH, Saya tertarik dengan kisah seorang anak raja di Malaysia ini. Artikel ini memaparkan kisah hidup beliau dan bagaimana beliau yang hanya dulu bekerja sebagai penyambut tetamu tapi sekarang sudah berjaya didunia korporat. Sama-sama kita hayati kisah beliau dan menjadikan beliau sebagai inspirasi hidup. Selamat membaca.
Dari penyambut tetamu hingga ke dunia korporat
Beliau pernah berada dalam kalangan orang biasa saja apabila bertugas sebagai wartawan di akhbar New Straits Times di ibu negara selama lebih dua tahun.
Bahkan sebelum itu, puteri kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Tengku Datin Paduka Zatasha Sultan Idris Shah sudah membiasakan kerja di peringkat bawahan lagi dengan menjadi penyambut tetamu di Hotel Ascot di London. Sebelum itu, menjadi kakitangan biasa di sebuah agensi pengiklanan di Sepanyol.
Jika mengalah, sudah lama saya rebah. Tiada yang mustahil jika kita kuat berpegang dengan azam serta tahu apa yang kita mahukan dalam hidup.” Tengku Datin Paduka Zatashah Sultan Idris, Shah, Pengarah Light Cibles International Group
Kemuncak kerjanya Tengku Zatasha menjadi Pengurus Komunikasi Korporat di sebuah firma antarabangsa yang berpangkalan di Paris, Perancis. Di situ jugalah beliau bertemu dengan pasangan hidupnya yang juga berbangsa Perancis, Aubry Rahim Menesson.
Ternyata menyusuri perjalanan kerjayanya, beliau membuktikan dirinya memang kurang gemar berbangga diri dengan status dan kedudukannya tetapi lebih selesa berusaha sendiri dengan bermula dari bawah.
Hari ini, Tengku Zatasha adalah Pengarah syarikat miliknya, Light Cibles International Group (LCIG) iaitu perunding dan pereka lampu untuk hotel.
“Memang ada tanggapan yang mengatakan segala-galanya mudah bagi anak raja seperti saya. Tanggapan itu tidak betul.
“Saya juga menghadapi banyak cabaran, halangan dan tekanan untuk mencipta kejayaan seperti sekarang.
“Macam manapun, saya tak nafikan dilahirkan dalam kalangan keluarga istana sedikit sebanyak membantu juga terutama dari mendapatkan peluang perniagaan dan membina rangkaian rakan usahawan. Tapi setakat itu sajalah,” katanya dalam temu bual bersama INSPIRASI.
Menurutnya, beliau masih perlu berusaha, memikirkan strategi meneroka dan meluaskan perniagaannya serta mengatur temu janji dengan pelanggannya.
“Saya masih perlu meyakinkan pelanggan pada setiap temu janji. Saya pun kena buktikan keupayaan dan kebolehan diri sebagai perunding dan pereka lampu,” katanya yang turut mempunyai cawangan pejabat luar negara termasuk Perancis, Singapura, Sepanyol dan China.
Bukan perkara mudah
Bercerita mengenai cabaran perlu dihadapi, Tengku Zatashah berkata, beliau perlu bekerja keras menerangkan kepada pelanggan bahawa LCIG bukan pembekal lampu sebaliknya bertanggungjawab menghasilkan rekaan terutama untuk projek berskala besar membabitkan bangunan komersial, warisan dan taman landskap yang memerlukan sistem pencahayaan.
“Perniagaan ini belum dikenali sangat di negara kita. Jadi, bagi meyakinkan pelanggan, saya perlu sentiasa bersedia dengan portfolio yang menyenaraikan pencapaian serta pengiktirafan yang pernah diterima.
“Malahan, saya perlu berkongsi sekali gus menerangkan kepada pihak terbabit mengenai rekaan lampu yang boleh memberi penyelesaian ke atas dunia arkitektur selain tuntutan keperluan urban,” katanya.
Antara usaha yang sedang dilakukan ialah menguruskan projek Pelan Induk Pencahayaan Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Lighting Master Plan) bersama-sama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Beliau bersyukur kerana kerajaan dan sektor swasta mula berminat untuk mengenali syarikat selanjutnya menaruh kepercayaan mendapatkan khidmat pakar serta teknikal, pengalaman selain keperluan kerja kreatif.
Apapun, tegas beliau, berniaga bukan perkara mudah kerana menuntut kecekalan disusuli usaha gigih sebelum meraih imbuhannya.
Menurutnya, projek dirancangnya bersama DBKL itu menguji kemampuan kerana memerlukan beliau dan suami mengemukakan panduan menyeluruh pencahayaan bandaraya Kuala Lumpur bermula landskap, lampu jalan hingga fasad (permukaan) bangunan yang baru saja berakhir bersama selesainya projek Masjid Jamek.
“Saya berterima kasih dengan kepercayaan diberikan Datuk Bandar Kuala Lumpur yang memahami kepentingan pencahayaan sempurna dalam memacu pembangunan negara sekali gus menjadikan Wawasan 2020 bukan sekadar bicara kosong.
“Hakikatnya, sejak penubuhan, Light Cibles sudah terbabit dengan lebih 30 projek seumpamanya. Jalinan kerjasama bersama sektor swasta juga diberi keutamaan dan antara projek baru bakal menyusul termasuk Four Season Palace, Kuala Lumpur, Club Med Cherating, Sunway Velocity Mall, PJ Sentral Garden City serta beberapa projek pembangunan Iskandar Johor,” katanya.
Ada ijazah saja tak memadai
Tengku Zatasha adalah pemegang Ijazah Sarjana Lanjutan di American Graduate School of International Relations & Diplomacy bagi jurusan Hubungan Antarabangsa dan Diplomatik (2004-2007).
Anakanda kedua daripada tiga beradik itu juga graduan Université Paris Sorbonne (Paris IV) dan Universiti Middlesex, England.
Namun, katanya menggenggam segulung ijazah tidak semudah memetik jari kerana pada masa sama terikat dengan komitmen kerja.
Ramai kenalan dan rakan pejabatnya ketika itu meragui keupayaannya dalam usaha untuk menamatkan pengajian.
Ternyata memiliki ijazah saja masih belum memadai untuk menghadapi cabaran. Justeru, beliau perlu mencari pengalaman di lapangan. Gabungan ijazah yang dimiliki dan pengalaman kerja itu memberikan pengalaman untuk berdepan dengan masyarakat, seterusnya membina kerjaya dan berjaya dalam bidang korporat.
“Jika mengalah, sudah lama saya rebah. Tiada yang mustahil jika kita kuat berpegang dengan azam serta tahu apa yang kita mahukan dalam hidup,” katanya.
Berkat kesungguhan itu, beliau bukan sekadar lulus pengajian bahkan berjaya meraih pengiktirafan Magna cum Laude (Kepujian) dalam ijazah Sarjana Lanjutan.
Pernah dipilih sebagai Duta Belia Kebangsaan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Kebangsaan selama hampir sembilan tahun bermula Ogos 1993.
Baru-baru ini memperoleh pengiktirafan Pengarah Wanita dalam Program Latihan Pengarah Bukan Eksekutif bagi syarikat awam yang disenaraikan juga hak milik persendirian yang dianugerahkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
“Ini sejajar matlamat Kementerian mensasarkan 30 peratus pembabitan wanita memegang jawatan pengarah dalam syarikat. Saya bertuah kerana program ini menemukan saya dengan wanita di luar sana yang bukan saja bijak, berkaliber malah tampil yakin serta penuh keazaman.
“Saya yakin kaum wanita mampu memberikan persaingan hebat juga menguasai dunia korporat jika kena dengan peluangnya selain diberi kepercayaan.
“Sesuai sangat dengan prinsip yang selama ini menjadi pegangan saya, ‘ mimpi takkan menjadi nyata jika gagal disusuli tindakan dan perancangan dan saya. Untuk itu jangan berhenti bermimpi’,” katanya tersenyum manis namun ketara ketegasan serta keazaman di seraut wajah jelita puteri kesayangan rakyat itu.

Menarik!! Sejarah Mike Tyson Memeluk Islam

Menarik!! Sejarah Mike Tyson Memeluk Islam
Tyson nama lengkap Michael Gerard Tyson lahir di New York City, Amerika, 30 Jun 1966. Tyson memeluk Islam ketika dipenjara pada pertengahan tahun 1990an. Secara rasmi, tahun 1995, selepas keluar dari penjara di Indiana, Tyson mengumumkan penghijrahannya ke agama Islam yang telah dipelajarinya selama berada di dalam penjara, dengan nama baru Malik Abdul Aziz.
Lihatlah saudara-saudariku seagama, tiada kepuasan dalam kehidupan melainkan dengan Islam, kita tidak akan melakukan maksiat, apabila kita melakukan maksiat kepada Allah SWT tentu hidup kita tidak akan tenteram kecuali apabila kita telah ditipu oleh Syaitan. Jika seseorang yang dapat merasakan Allah SWT sedang melihat perbuatan maksiatnya, pasti dia tidak akan tenang selagi tidak bertaubat kepada Allah SWT.
Manusia yang bernama Mike Tyson pun mencari ketenangan di Masjid dan Raudhah. Marilah kita bersyukur kerana hidup kita umat Islam mempunyai matlamat hidup kita penuh berharga dan bernilai di sisi Allah SWT, semua gerak-geri kita Allah SWT bayar dengan pahala dan Syurga.
Tyson yang pernah menjadi juara heavyweight dari 1986 hingga 1990 tiba di Madinah bersama Persatuan Dakwah Kanada bagi menunaikan ibadah itu.
Beliau dijangka menziarah Makkah selepas melawat bandar suci Madinah dan bercadang melawat beberapa bandar Saudi lain.
Selepas dipenjarakan, Tyson cuba untuk kembali bertanding dalam sukan tinju tetapi gagal merampas kembali gelaran juara dan akhirnya menamatkan karier sukan tinju pada 2005.
Bekas petinju yang pernah menggigit telinga lawannya dan dipenjara atas kesalahan merogol seorang pragawati mengakui dia amat takut kepada Allah. “Saya amat takutkan Allah. Saya sudah melakukan banyak kesalahan dalam hidup dan sering berfikir akan ke neraka kerana dosa saya. Saya berdoa memohon keampunan Allah setiap hari,” katanya dalam satu sidang akhbar.
Tyson menangis di Raudah
MADINAH: Bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson, kelihatan menangis ketika berada Raudah semalam dan menganggap dirinya bertuah kerana berada di satu daripada taman syurga. Lawatan Tyson ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah ditemani Ketua Persatuan Dakwah Kanada, Shahzad Muhammad.
Kata Shahzad, Tyson menjadi begitu emosional ketika mengucapkan salam kepada Rasulullah (SAW) “Dia menangis lebih setengah jam ketika berdiri di depan makam Nabi sambil mengangkat tangannya.
“Tyson terus berada di kawasan Raudah selama beberapa jam untuk bersolat, membaca al-Quran dan berzikir,” katanya, semalam.
Dia kemudian menukar pakaian untuk mengenakan ihram sebagai persediaan mengerjakan umrah.
Sementara itu, kedatangan Tyson menarik perhatian orang ramai yang berpusu-pusu untuk melihatnya dari dekat. Sesetengah pihak sanggup menunggu berjam-jam di hotel didiaminya berhampiran Masjid Nabawi semata-mata mahu mengambil gambarnya.
Malah, dia terpaksa diiring pengawal keselamatan untuk ke masjid bagi menunaikan solat Zuhur kerana orang terlalu ramai berada di laluan berkenaan. Tindakan Tyson mengenakan tutup kepala bagi mengelak daripada dikenali juga gagal dan dia terus diekori peminatnya. Tyson berkata, dia memang gembira diterima baik orang ramai di Tanah Suci.
“Cuma, saya harap tidak diganggu dan biarkan saya menikmati pengalaman beribadah di sini,” katanya.
Selain Masjid Nabawi, Tyson turut meluangkan masa menziarahi Masjid Quba, Masjid Qiblatain (Masjid Dua Kiblat) dan Universiti Islam Madinah. Tyson memeluk Islam ketika di penjara selepas didapati bersalah mencabul kehormatan seorang model kulit hitam.
Mike Tyson insan gagah dan bengis semasa dalam gelanggang tinju. Tetapi di Masjid Nabawi tunduk menitis air mata semasa melihat kubur Rasulullah SAW.
KEHEBATAN MIKE TYSON DI GELANGGANG
Inilah pengalaman yang amat berguna buat Mike Tyson sehingga menyentuh perasaannya semasa melakukan ibadat umrah dan melawat Madinah Munawwarah. 2 Julai 2010.
Beliau sempat memberi ceramah kepada pelajar Universiti Islam Madinah.
Kunjungannya ke Arab Saudi adalah anjuran Asosiasi Dakwah Kanada (CDA),CDA merupakan Pertubuhan dakwah yang banyak menguruskan selebriti yang baru memeluk Islam untuk melawat ke Arab Saudi untuk tujuan melaksanakan rukun Islam.
Biodata Mike Tyson
Nama Penuh : Michael Gerard Tyson
Nama Samaran: Kid Dynamite,Iron Mike, The Baddest Man on the Planet
Kategori: Heavyweight
Tinggi: 5 ft 10 in (178 cm)
Jangkaun : 71 in (180 cm)
Warganegara: Amerika
Tarikh lahir: June 30, 1966 (age 46)
Tempat lahir :Brooklyn, New York City, New York, U.S.
Rekod Tinju
Jumlah Perlawanan: 58
Menang: 50
Menang dengan KO : 44
Kalah: 6
Seri: 0
Wallahualam.. Wassalam

Misteri Kuburan Lama Di Lebuhraya Utara-Selatan

Misteri Kuburan Lama Di Lebuhraya Utara-Selatan
Salam buat semua…kisah ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar yang aku alami semasa dalam perjalanan pulang ke kampung ku di Bagan Serai, Perak melalui hiway utara-selatan dengan menunggang motosikal.
Kisahnya begini..malam Jumaat itu selepas pulang dari kerja..aku rasa amat bosan dengan Kuala Lumpur. Dalam jam 10 malam selepas berehat seketika..aku memutuskan untuk pulang menziarahi ibubapaku di kampung. Seperti selalu..aku sering bertolak dari KL sendirian dalam jam 12.00 mlm.
Selepas mengemas pakaian..dan memeriksa motosikal ku,aku memulakan perjalanan dari Kg.Baru dan memasuki hiway di Kepong. Lebih kurang 2 jam perjalanan aku singgah sebentar di tapah untuk mengisi minyak.Jam menunjukkan jam hampir pukul 3.00pagi. Malam itu jalan sunyi tak seperti biasa. Kedua-dua hala kenderaan sgt kurang. Bulan cerah, sejuk dan berkabus. Selepas mengisi minyak aku teruskan perjalanan …sampai di ulu behrang…aku berhenti di tepi jalan selepas exit Ulu behrang. Aku memaatikan enjin motosikalku di bawah deretan lampu sorot berkuasa tinggi di tepi jalan masukke lebuhraya dari Ulu Behrang.
Semasa aku berhenti..aku merasa tenang dan damai kerana jalan sgt2 sunyi..dan lengang…kiranya aku boleh memecut motosikal ku tanpa risau. Aku mengeluarkan sebatang rokok dan duduk di atas pembahagi jalan tepi hiway mengadap jalanraya dan motosikalku. Jam di tgn menunjukkan lebih kurang pukul 3.40 pagi. CUaca semakin sejuk walaupun aku memakai jaket kulit. Sesekali dalam di sebelah sana menghala ke KL..kereta melintasiku. Jalan raya mulai berkabus..seolah2 aku sudah melepasi terowong menora di Ipoh,
Habis sahaja sebatang rokok utnuk menghilangkan mengantuk..aku campakkan ke jalan…aku menoleh ke belakang… ketika itu aku seolah2 tidak percaya dengan apa yang aku lihat.Aku tergamam seketika..seolah2 terpaku dengan apa yang aku lihat. Aku kejipkan mata, menggosok wajahku dengan kedua2 telapak tangan..ia masih di situ..
Dalam cahaya bulan dan limpahan lampu sorot di tepi hiway itu aku melihat sebuah kawasan perkuburan lama memenuhi bukit-bukit di hadapan ku. Tidak ada sebatang pokok yang ada pada bukit tersebut..yang aku nampak hanyalah ribuan tiang batu nisan yang diperbuat dari kayu usang berceracak memenuhi bukit2 di hadapan ku. AKu nampak jelas dgn bantuan cahaya bulan dan lampu jalan ada 3 bukit yang dipenuhi batu2 nisan lama….
Aku tak merasa seram atau takut ..yang aku rasa hanyalah pelik kerana setahu aku tidak pernah ada kawasan perkuburan seluas itu di kawasan ini. Bukan sekali dua aku menggunakan jalan ini. Pertanyaan demi pertanyaan menerobos benak minda ku..apakah ini khayalan aku atau realiti. AKu memerhatikan ke segenap ruang yang mataku mampu melihat..sungguh ia ada lah perkuburan yang berusia dan penuh dgn batu nisan yang senget2 dan berceracak ke sepelosok bukit. Dalam 10-15 minit aku terpaku di situ..memang aku sedar..tak ada sebarang kenderaan yang lalu. Selepas itu aku perlahan2 berundur ke arah motosikal ku..mengambil helmet dan menyarungkan sarung tangan ku sambil mata ku tidak lepas memerhatikan kawasn perkuburan Islam tersebut. Ketika itu aku terasa seram sejuk ..dan bulu tengkuk ku menegang…aghhh tanda ianya bukan realiti…aku start moto dan tnapa menoleh lagi..aku bergerak..sepanajng jalan…tak putus2 soalan demi soalan dalam pikiran aku.
Setelah tiba di rumah aku tidak bercerita apa2 pada ayahku.keesokan paginya aku bertanya..dia pun terkejut dan menegaskan memang tak ada perkuburan Islam begitu di tepi lebuhraya. Oleh itu aku yakin..aku diberi peluang oleh Allah melihat dunia lain buat sementara waktu.Sehingga kini setiap kali tiba di tempat tersebut aku mengingatinya.Apa yang aku nampak..perkuburan siapa..Hanya Dia yg lebih mengetahui.

Mesti Baca!! Hukum Dan Darurat Melihat Aurat Pesakit

Mesti Baca!! Hukum Dan Darurat Melihat Aurat Pesakit
 1530  0  0 Digg0 Google +1

Mesti Baca!! Hukum Dan Darurat Melihat Aurat Pesakit

Mesti Baca!! Hukum Dan Darurat Melihat Aurat Pesakit | “Bukan sakit bersalin yang saya takutkan. Tapi saya serik dengan keadaan dan situasi sepanjang proses kelahiran. Tambah lagi jika datang doktor bersama pelajar-pelajar perubatan lelaki. Seorang demi seorang melihat dan pegang bahagian ####### saya… kata mereka nak tahu ‘bukaan’ rahim berapa…”
Luahan di atas adalah antara suara pesakit yang selalu dilontar ke blog penulis. Pengalaman penulis di hospital juga sedikit sebanyak membenarkan kegusaran sedemikian. Ditambah lagi dengan kesedaran beragama yang semakin baik di kalangan Muslim Malaysia, maka isu aurat wanita semasa mendapatkan rawatan menjadi sensitiviti dan hak yang semakin perlu diberi perhatian samada oleh pesakit, perawat mahupun pihak pemerintah.
Hukum Aurat Pesakit
Sebagaimana Muslim keseluruhannya wajib menutup aurat di hadapan bukan mahram, tidak boleh memandang, bersentuhan apatah lagi berkhalwat dengan insan berlawanan jantina, maka hukum yang sama juga ditaklifkan kepada perawat dan pesakit berlainan jantina.
Hukum ini jelas di dalam Surah An-Nur (30-31) agar kedua-dua Mukmin dan Mukminat menundukkan pandangan, menjaga kemaluan dan tidak mendedahkan badan mereka kecuali kepada yang berhak.
Dalam hal ini juga, kebanyakan fatwa ulamak tidak mengharuskan pesakit dirawat perawat berlainan jantina sedari awal lagi atas alasan menutup ruang maksiat, mengelak fitnah di samping menjaga maruah dan sifat malu wanita,. Mereka juga menggesa perawat agar mahir dalam merawat pesakit sama jantina semata-mata. Justeru, hukum asal melihat aurat pesakit berlainan jantina adalah haram sama sekali.
Darurat Melihat Aurat Pesakit
Bagaimanapun hukum asal di atas tertakluk kepada keadaan biasa sahaja. Apabila berlaku keperluan luar biasa iaitu darurat, maka hukum asal itu akan terangkat mengikut satu Kaedah Fiqh “ad-Dharurah Tubihu al-Mahzurat” atau ‘Darurat Mengharuskan yang Terlarang’.
Antara darurat utama adalah untuk memelihara nyawa, seperti digariskan dalam prinsip Maqasid Syariyyah. Dalam kes kecemasan nyawa seperti kebakaran, lemas, kemalangan, serangan jantung, tercekik, sawan, nazak, proses kelahiran luar biasa seperti pembedahan, shoulder dystocia, tumpah darah dan lain-lain seerti dengannya, maka soal Ihtilat dan aurat tidak wujud. Malah menjadi kewajipan doktor yang layak yang berada berdekatan tanpa mengira beza jantina untuk merawat. Dan pesakit yang menolak rawatan sehingga dia mati dianggap berdosa seperti membunuh diri.
Kadar Darurat
Walaupun begitu, keharusan perawat melihat atau pesakit mendedahkan aurat seperti telah dinyatakan tertakluk pula kepada satu Kaedah Fiqh seterusnya iaitu “ad-Dharurah Tuqaddar bi Qadariha” atau ‘Darurat itu Mengikut Kadar Keperluannya’. Jika ada bahagian aurat yang perlu didedahkan, maka cukuplah setakat yang perlu untuk prosedur itu tanpa melampaui bahagian badan lain. Justeru kadar darurat ini akan berubah mengikut keberadaan (availability), capaian (accessibility) dan had (limitation) bentuk perawatan, kepakaran, logistik dan bilangan doktor Muslim yang ada.
Dari segi perawatan, ada prosedur yang bersifat pemeriksaan, penyiasatan, penyelidikan mahupun terapeutik (penyembuhan). Contohnya ujian Pap Smear adalah penyiasatan rutin semata-mata, bukannya langkah terapeutik untuk menyelamatkan nyawa ketika terdesak. Dalam hal ini, pesakit masih mempunyai ruang untuk meminta doktor wanita atau mencari klinik lain bagi mengelak diperiksa doktor lelaki.
Namun begitu, ada perkara yang memerlukan doktor pakar tertentu untuk memeriksanya. Contoh mudah adalah apabila penyakit telinga yang memerlukan pakar ENT memeriksa dengan rapi. Begitu juga pembendahan barah payudara yang memerlukan pakar bedah. Umum mengetahui tidak semua tempat mempunyai doktor pakar perempuan.
Maka, mendapatkan rawatan di bawah doktor pakar lelaki dikira darurat akibat kurangnya Muslimah yang pakar dan masalah logistik untuk ke tempat yang lebih jauh. Hal ini bukanlah suatu yang pelik dan telah berlaku sejak zaman Nabi s.a.w lagi di mana Sahabiyah wanita seperti Umm `Atiyah, Umm Sulaym dan ar-Rabi’ binti Muawwath r.a. menjadi jururawat merawat Sahabat berlainan jantina yang cedera semasa perang, lantaran kebanyakan Sahabat lelaki memenuhi tanggungjawab jihad di barisan depan medan tempur.
Situasi semasa juga menyumbang kepada keadaan darurat apabila tidak ramai doktor wanita dihasilkan dalam bidang tertentu. Contoh jelas ialah apabila pakar sakit puan dilihat ramai lelaki. Perlu dimaklumi bahawa hal ini berlaku akibat peluang Muslimah melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan sekitar lebih 20 tahun dahulu amat terhad dan fakulti perubatan tempatan masa itu hanya ada 3 buah. Namun masalah ini semakin baik seiring dengan bertambahnya peluang buat Muslimah hari ini. Dalam darurat sebegini, Majma’ Fiqh Islami telah memberi panduan untuk pesakit wanita dalam memilih perawat; yang utamanya mencari perawat Muslimah, dan jika tidak ada diikuti perawat wanita non-Muslim, seterusnya perawat lelaki Muslim, dan akhir sekali perawat lelaki non-Muslim.
Tanggungjawab Pesakit
Selain yang disebutkan di atas, pesakit juga perlu maklum hak autonomi mereka ketika mendapatkan rawatan, iaitu mereka berhak memilih atau menolak bentuk rawatan dan perawat tertentu dengan syarat mereka telah diberi informasi selengkapnya. Namun dalam kes kecemasan dan terhad perawat yang layak, mereka harus terima seadanya. Di samping meminta hak mereka agar dihormati, mereka juga harus faham limitasi sistem kesihatan yang ada buat masa ini.
Mereka harus memainkan peranan agar hak dan sensitiviti mereka berkenaan aurat ini sentiasa dimaklumi pihak perawat dan juga autoriti yang bertanggungjawab menyediakan khidmat perubatan. Mereka boleh bertindak sebagai pendesak (public pressure group) agar aurat mereka terjaga semasa mendapatkan rawatan melalui advokasi di saluran media, NGO atau Lembaga Pelawat Hospital. Hasilnya dapat dilihat dengan bertambahnya jumlah perawat Muslim yang prihatin di peringkat kementerian dan hospital. Ada antara mereka yang menubuhkan Hospital Islam atau hospital khusus wanita yang menerapkan amalan perubatan menepati Syariah. Ini semua wujud akibat kesedaran dan permintaan (demand) dari komuniti Muslim yang semakin peka di negara ini.
Namun pesakit juga harus faham bahawa keadaan ideal yang mereka idamkan tidak mampu wujud sekelip mata. Maka mereka harus berkorban buat masa ini untuk kesenangan masa depan. Sebagai contoh, mereka perlu beri kerjasama kepada pelajar perubatan Muslim yang ingin mempraktikkan kemahiran temubual, memeriksa dan melakukan prosedur ke atas mereka. Masyarakat awam juga perlu realistik terhadap desakan mereka. Contohnya, seorang suami yang kuat pegangan agama bertegas mahukan hanya doktor atau bidan perempuan mengurus isterinya yang bersalin tengah malam, namun dalam masa sama dia pula menghalang isteri atau anak perempuannya dari menceburi bidang perubatan atas alasan agama berpendapat perempuan lebih baik di rumah. Pendirian yang kontradik ini tidak membantu menyumbang kepada sistem perkhidmatan kesihatan yang lebih baik kepada pesakit Muslimah.
Tanggungjawab Perawat
Walaupun diakui bahawa kod etika perubatan global menetapkan perbezaan jantina tidak harus menjadi halangan untuk doktor menjalankan tugasnya kepada pesakit, namun menjadi tanggungjawab doktor Muslim mengamalkan tuntutan agamanya demi kemaslahatan pesakit. Sebagai contoh, pesakit perempuan yang koma tiada tanggungjawab dan tidak mampu menutup aurat sendirinya, justeru doktor atau jururawat yang peka boleh melindungi auratnya dengan sesuatu dan menutup dengan tabir atau langsir penghadang dari orang yang lalu lalang.
Begitu juga apabila terpaksa memeriksa bahagian sulit pesakit lain jantina, hendaklah dibawa pengiring ketiga (chaperon) dari ahli keluarga atau staf. Jika ia pemeriksaan rutin tanpa dibuka aurat, harus juga dibawa chaperon atau berada di tempat terbuka demi mengelakkan suasana syak, khalwat dan fitnah. Maruah (modesty) pesakit dan rahsia (confidentiality) mereka juga harus dijaga dengan tidak mendedahkan bahagian tubuh melebihi keperluan. Saranan-saranan ini sebenarnya telah sedia termaktub di dalam Kod Etika Professional seorang doktor.
Sebagai kesimpulan, hukum asal melihat aurat pesakit lain jantina adalah tidak dibenarkan melainkan terdapat darurat mendesak. Perawat dan pesakit mestilah menunjukkan perasaan tidak reda di dalam hati terhadap situasi tersebut, ia hanya terpaksa direlakan akibat darurat. Darurat pula harus ditangani seadanya bergantung kepada faktor-faktor keselamatan nyawa, logistik, kemahiran dan bilangan perawat. Kedua-dua pihak pesakit dan perawat bertanggungjawab untuk menjaga aurat dan kehormatan pesakit serta berusaha mewujudkan biah sistem perkhidmatan perubatan yang lebih mesra Muslimah.
P/S: Besarnya kejadian Allah, setiap hukum yang ditetapkan pasti akan memberi kebaikan kepada semua umat manusia. Saya harap artikel kali ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca. icon smile Mesti Baca!! Hukum Dan Darurat Melihat Aurat Pesakit