Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Monday, 23 December 2013

Alasan Tidak Hadir Ke Tempat Kerja Yang Paling Gempak!!

Alasan Tidak Hadir Ke Tempat Kerja Yang Paling Gempak!!
KETIDAKHADIRAN ke tempat kerja bukanlah sesuatu yang luar biasa dan ia sentiasa terjadi di mana-mana tempat di seluruh dunia.
Satu kajian secara talian telah dilakukan oleh Harris Interactive yang mewakili laman web CareerBuilder bermula pada 13 Ogos hingga 6 September lalu bagi mengenalpasti alasan utama ketidakhadiran para pekerja di Amerika Syarikat.
Ia meliputi 3,484 pekerja, 2,099 pengurus dan ahli profesional sumber manusia dari pelbagai syarikat dan industri.
Seperti biasa, alasan utama pastinya atas sebab kesihatan yang tidak mengizinkan akibat faktor cuaca, selain memerlukan rehat, tertidur dan urusan peribadi.
Namun, apa yang menariknya, kajian ini turut membongkar 13 alasan paling gempak yang pernah digunakan untuk tidak hadir ke tempat kerja. Antaranya:
1. Gigi palsu tercabut sewaktu memandu di lebuhraya.
2. Pasukan bola kegemaran kalah pada hari Ahad, jadi mereka memerlukan rehat pada hari Isnin untuk mengubati kesedihan.
3. Pekerja sedang dalam proses berhenti rokok dan cepat marah.
4. Pintu rumah telah digam dan tingkap ditutup sehingga tidak dapat keluar rumah.
5. Pekerja tergigit lidah dan tidak dapat bercakap.
6. Sekumpulan lebah sedang menghurung kereta dan pekerja tidak dapat masuk ke dalamnya.
7. Bahan kimia dalam ayam Turki membuatkan pekerja tertidur dan terlepas shif kerja.
8. Pekerja berasa terlalu marah sehingga mampu mencederakan orang lain jika datang bekerja.
9. Menerima panggilan ugutan dari syarikat elektrik dan perlu membuat laporan kepada FBI.
10. Pekerja perlu menyelesaikan sesi membeli-belah untuk sambutan Krismas.
11. Biji mata palsu terkeluar dan jatuh dari soketnya.
12. Sesat dan akhirnya menyedari yang dia berada di negeri lain.
13. Tidak tahu pakaian apa yang harus dipakai untuk ke tempat kerja.
P/S: erkkk.. memang parah kene hempuk ngan boss kalau bagi alasan macam ni.. =.=”

No comments:

Post a Comment