Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Monday, 23 December 2013

Keunikan Khidmat Korek Telinga Profesional

Menjaga kebersihan telinga sememangnya menjadi keutamaan bagi kita semua. Ia merupakan satu perbuatan yang mudah dilakukan oleh semua orang. Hanya dengan menggunakan putik kapas, telinga dapat dibersihkan dalam tempoh beberapa saat sahaja. Senang bukan?
Lain pula halnya di negara India, difahamkan masyarakat di sana tidak perlu bersusah-payah untuk membersihkan telinga mereka sendiri. Sebaliknya, perbuatan tersebut dilakukan oleh individu-individu tertentu yang pakar dan dibayar untuk melakukan kerja mencuci telinga.
Kalau hendak tahu, mereka ini sebenarnya terdiri daripada golongan lelaki yang menggelar diri sebagai tukang cuci telinga.
Keunikan Khidmat Korek Telinga Profesional Keunikan Khidmat Korek Telinga Profesional
Mungkin bunyinya seperti sesuatu yang kelakar dan janggal, tapi ia adalah pekerjaan yang benar-benar wujud. Yang lebih menarik lagi, kerjaya sebagai pencuci telinga ini merupakan pekerjaan yang telah lama diperkenalkan di India dan dipercayai wujud sejak zaman pemerintahan kerajaan Moghul lagi.
Tidak ada syarat wajib yang perlu dipatuhi oleh calon calon yang berhasrat untuk mengisi jawatan tersebut dan ia terbuka kepada sesiapa sahaja. Apa yang penting, calon-calon itu mestilah tahu cara dan kaedah yang betul membersihkan telinga pe|anggan mereka sebelum bergelar seorang tukang cuci telinga profesional.
 Keunikan Khidmat Korek Telinga Profesional 3 Keunikan Khidmat Korek Telinga Profesional
Sekalipun kerjaya ini nampak remeh tetapi berlaku sedikit kesilapan, kemungkinan ia boleh mendatangkan kecederaan serius pada bahagian telinga pelanggan anda.
Salah seorang individu yang menjawat jawatan sebagai tukang cuci telinga profesional ini ialah Muhammad Abbas. Dia mula berkecimpung dalam kerjaya sebagai tukang cuci telinga ini sejak zaman kanak-kanak lagi.
Pada ketika itu, dia mempelajari cara-cara membersihkan telinga melalui bapanya sendiri yang juga pernah melakukan kerja tersebut.
Keunikan Khidmat Korek Telinga Profesional 2 Keunikan Khidmat Korek Telinga Profesional
Kata Muhammad Abbas, pekerjaan ini merupakan kerjaya warisan keluarganya yang telah diturunkan sejak zaman nenek moyangnya lagi.
Berbekalkan tiga jenis alat utama iaitu jarum besi, penyepit dan segulung kapas, Abbas biasanya memulakan operasi perniagaannya bermula seawal pagi hingga waktu petang. Lokasi yang sering menjadi tumpuannya adalah sekitar jalan lama yang terletak di bandar New Delhi.
Pada tempoh tersebut, dia mendakwa mampu membersihkan kira-kira 30 pasang telinga pe!anggannya. Kebanyakan daripada mereka yang mendapatkan perkhidmatannya adalah terdiri daripada kaum lelaki yang sudah berusia.
Menurut Abbas lagi, daripada jumlah tersebut dia hanya memperoleh pendapatan sekitar 30 rupee atau bersamaan RM1.70 setiap hari.
Biarpun upah yang diperolehnya tidak lumayan, dia berbangga dengan kerjaya yang diceburinya itu. Tambahan pula, dia langsung tidak berasa malu dan kekok untuk melakukan pekerjaan itu walaupun ada sesetengah orang ramai beranggapan ia adalah pekerjaan yang ‘kotor’.
Bagi Abbas, kerja sebagai “tukang cuci telinga adalah satu tugas yang mulia lebih-lebih lagi ia menjadi sumber pendapatan utama bagi dirinya.
Menurut salah seorang pelanggan tetap Abbas yang bernama Muhammad Aslam Qureshi mengakui hampir 17 tahun telah melanggan perkhidmatan ini. Pada tempoh tersebut dia mendakwa tidak pernah sekalipun menghadapi sebarang masalah atau kesan sampingan selepas telinganya dicuci. Malah katanya, dia berasa lebih selesa selepas telinganya dibersihkan.
Selain India, kerjaya sebagai tukang cuci telinga turut diperkenalkan di beberapa tempat lain.
Di Tokyo, Jepun, terdapat salon khas yang menawarkan perkhidmatan ini. Bagi menarik perhatian para pelanggan, salon-salon khas ini hanya menggaji para gadis cantik untuk melakukan servis mencuci telinga.
 Keunikan Khidmat Korek Telinga Profesional 4 Keunikan Khidmat Korek Telinga Profesional
Salah satunya adalah salon Yamamoto Mimikaki-ten yang mendapat sambutan hangat daripada orang ramai. Percaya atau tidak, ramai pelanggan yang datang ke salon ini sanggup membayar sebanyak $35 dolar (RM108.64) semata-mata untuk satu sesi cucian telinga selama setengah jam.
Menurut pengurus salon tersebut, Satoru Takahashi, idea memperkenalkan wanita cantik berpakaian tradisi kimono, mendapat sambutan daripada pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan cuci telinga.
Biarpun kebanyakan pelanggan yang datang adalah lelaki, jelas Takahashi, salun miliknya hanya menawarkan perkhidmatan cuci telinga sahaja dan tidak menawarkan perkhidmatan seks.
Bagi mengelakkan salah faham berlaku, satu notis pemberitahuan telah diletakkan di atas meja penyambut tetamu yang menyatakan tiada perkhidmatan seks ditawarkan.
Seorang pengunjung salon itu, Takahisa Kobayashi berkata, dia sangat berpuas hati dengan perkhidmatan cuci telinga di salon tersebut. Ketika telinganya dibersihkan, lelaki itu mendakwa berasa sangat tenang dan relaks.
Pada masa yang sama, kaedah cucian yang dilakukan mengingatkan cara ibunya membersihkan telinga sewaktu dia masih kecil dahulu.
Macam-macam.. =.=”

No comments:

Post a Comment