Seorang seniman mencabar dirinya untuk membuat karya yang mungkin paling kecil di dunia. Willard Wigan akhirnya berjaya membuat karya bersaiz mikroskopik pada sehelai rambut.
Ia membuat ukiran motosikal yang ukurannya sekecil sel darah.
Ukiran motosikal tersebut berukuran 3 mikron dan hanya boleh dilihat memakai mikroskop.
Lelaki berusia 55 tahun itu memilih motosikal kerana melihat helaian rambut seperti jalan raya.
Willard membuat lubang pada helaian rambut dengan alat khusus dan mengukirnya dengan pisau bersaiz sel darah.
Williard menghabiskan masa selama 16 jam sehari selama 5 minggu untuk mengukir motosikal itu. Masa pembuatan yang lama disebabkan ukurannya yang mikroskopik yang membuatkannya sangat rapuh.
Malah, denyut nadi di jarinya mampu menghancurkan ukiran tersebut sehinggakan Willard melakukannya diantara denyutan jantungnya.
Willard mengakui proses pembuatannya sangat mencabar dan memerlukan tahap ketelitian yang tinggi.
Sejak dulu dia memang dikenali sebagai seniman yang sering menggunakan media yang sangat kecil, namun baru kali ini menjadikan rambut sebagai kanvasnya.
“Proses pembuatannya sangat mencabar. Pembuluh darah di mata saya pecah kerana perlu menatap melalui mikroskop. Ini adalah projek saya yang paling mencabar,” kata Willard.
“Ibu saya selalu berkata, semakin kecil yang kamu lakukan maka semakin besar namamu. Dia terus mencabar saya sebagai dorongan untuk mencabar diri saya sendiri.”
P/S: Wowww!! unik sangat-sangat..
No comments:
Post a Comment