Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday, 21 December 2013

9 Perkara Yang Wanita Tidak Boleh Luahkan Kepada Lelaki Sumber : 9 Perkara Yang Wanita Tidak Boleh Luahkan Kepada Lelaki

9 Perkara Yang Wanita Tidak Boleh Luahkan Kepada LelakiSebagai seorang wanita, kita suka sangat bercerita apa yang terjadi kepada teman lelaki atau pun kawan kita. Setiap perkara yang terjadi dalam kehidupan seharian kita, pasti akan diceritakan.
Berbincang dengan suami atau teman lelaki adalah perkara biasa dan positif dalam hubungan antara dua insan, namun ada beberapa perkara yang tidak boleh atau sepatutnya dipendam saja. Kenalilah pasangan anda terutamanya lelaki, semoga tips dibawah berguna kepada kita.
  1. #. Jangan ceritakan ada seorang lelaki yang diam-diam meminati anda, apalagi jika lelaki tersebut adalah teman lama anda atau dia.
  2. #. Membenci ibunya? Cukup dengan menyimpan perasaan itu dlm hati saja. Meskipun si dia yg membuka cerita soal keburukan sang ibu. Jangan cuba-cuba menambah atau mengiyakannya. Bertindak tenang dan tutup mulut. Kalaupun hendak memberi komen, utarakan hal-hal yang positif dan neuteral sahaja.
  3. #. Jangan menceritakan hal kecurangan yang pernah anda lakukan dibelakang dia. Hal ini akan meruntuhkan kepercayaan dia pada diri anda. Juga jangan sesekali memanjangkan cerita kecurangan dia terhadap anda. Tidak mustahil dia akan mengulanginya.
  4. #. Seiring dengan bertambahnya usia, `keperkasaan’ si dia tentu akan mengalami penurunan. Jangan cuba-cuba membandingkan hal itu dengan masa lalu.
  5. #. Jangan juga menceritakan bahawa sahabat anda mencurangi suaminya. Dia akan berfikir bahawa anda juga akan bertindak demikian. Dia mungkin akan meragui kesetiaan anda ataupun dia akan mengongkong diri anda atas sebab keselamatan hubungan dia dengan anda.
  6. #. Jangan membuatnya patah semangat terhadap pekerjaan. Jika suatu hari dia mengeluh tentang bosnya yang bermasalah, berdirilah dipihaknya. Sokonglah dia dan bantunya mencari penyelesaian. Jangan terlalu mencampuri permasalahan tersebut. Cukup sekadar mendengar dan memberi pendapat. Dikhuatiri akan memudaratkan sekiranya anda cuba untuk masuk campur secara keterlaluan.
  7. #. Bercerai adalah perkataan yang paling harus dihindari, walaupun anda benar-benar bertengkar hebat. Jika anda benar-benar tidak mahu berpisah darinya, buang perkataan itu jauh-jauh.
  8. #. Jika anda mempunyai pendapatan yang lebih besar darinya, jangan pernah menyinggung hal tersebut, apatah lagi menjadikan ia sebagai punca masalah.
  9. #. Ghairah hidup anda tiba-tiba meningkat kerana bertemu dengan seorang teman lama atau seorang teman yang membuka hati anda. Jangan sesekali menceritakan hal ini pada pasangan anda. Biarkan hal itu berlalu dan anda nikmati sendiri tanpa melampaui batasan tatasusila. Yang penting, anda tidak akan merosakkan hubungan dengan pasangan hanya dengan keseronokan sementara.
P/S: jadi..ingat tau..tak semua perkara kita harus ceritakan kepada orang lain.. icon smile 9 Perkara Yang Wanita Tidak Boleh Luahkan Kepada Lelaki

No comments:

Post a Comment