Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Monday, 23 December 2013

Fakta 10 Pulau Yang Paling Merbahaya Di Dunia

Fakta 10 Pulau Yang Paling Merbahaya Di Dunia
Pulau merupakan sebuah tempat percutian yang paling indah. Kebanyakan pelancong memilih pulau untuk mencari ketenangan kerana ia mempunyai keunikan dan keindahannya tersendiri.. Namun di dunia ini terdapat juga pulau yang sangat merbahaya dan tidak layak untuk dikunjungi oleh manusia.. Berikut adalah senarai pulau yang paling merbahaya di dunia..
1. Ilha de Queimada Grande (Pulau Ular), Brazil
 Fakta 10 Pulau Yang Paling Merbahaya Di Dunia Fakta 10 Pulau Yang Paling Merbahaya Di Dunia
Seorang nelayan telah ditemui mati berlumuran darah di kapalnya kerana serangan ular dan satu keluarga dibunuh oleh serangan ular pada waktu malam. Ini bukanlah deskripsi cerita filem INDIANA JONES atau ANACONDA, namun inilah yang terjadi di pulau Ilha de Queimada Grande. Kurang mengerikan?
Dikatakan populasi ular di pulau ini digambarkan bahawa bagi setiap satu meter persegi dihuni oleh hampir lima ekor ular. Ini adalah pulau yang menjadi syurga ular di dunia.
2. Pulau Poveglia, Itali
 Fakta 10 Pulau Yang Paling Merbahaya Di Dunia 2 Fakta 10 Pulau Yang Paling Merbahaya Di Dunia
Terletak di sebuah teluk di Venice, Italia, pulau ini seakan menggambarkan apa yang ada dalam filem HOSTEL, SHUTTER ISLAND dan SUCKER PUNCH. Pada mulanya, Poveglia adalah lokasi ‘pembuangan’ bagi mereka yang telah dijangkiti wabak penyakit. Ribuan orang dikuarantin di lokasi ini dan mereka akan meninggal dunia di Pulau Poveglia ini.
Sekitar 160 ribu orang meninggal di Poveglia, dengan tulang-tulang mereka yang berselerak. Seakan belum cukup mengerikan, pada tahun 1922, telah dibangunkan rumah sakit mental dengan bunyi lonceng yang menyeramkan. Khabar angin menyebutkan, doktor rumah sakit seringkali melakukan pembedahan otak untuk para pesakit jiwa.
3. Pulau Ramree, Myanmar
 Fakta 10 Pulau Yang Paling Merbahaya Di Dunia 3 Fakta 10 Pulau Yang Paling Merbahaya Di Dunia
Pada tahun 1945, sekitar 900 orang tentera Jepun menyerang musuh di pulau kecil di Pantai Myanmar. Malangnya, 500 orang tentera tumpas diserang oleh sekelompok buaya air tawar.
Pulau Ramree diyakini bukan hanya rumah bagi nyamuk pembawa malaria atau kala jengking berbisa, namun yang paling menakutkan, buaya!
4. Pulau Izu, Jepun
 Fakta 10 Pulau Yang Paling Merbahaya Di Dunia 4 Fakta 10 Pulau Yang Paling Merbahaya Di Dunia
Untuk bernafas kita perlukan udara yang sihat yang mengandungi oksigen, namun akhir-akhir ini udara diseluruh dunia sudah terlalu tercemar. Namun setidaknya udara itu tidak mengandungi unsur-unsur bahaya sulfur. Tapi yang ada di pulau Izu ialah kandungan sulfur yang tinggi di udara.
Kandungan sulfur di pulau Izu diakibatkan oleh tingginya aktiviti gunung berapi di sana. Izu menjadi lokasi dengan kandungan sulfur tertinggi di dunia, namun yang anehnya masih ada manusia yang ingin tinggal di sana. Ingin ikut?
5. Great Pacific Garbage Patch, Pasifik Utara
 Fakta 10 Pulau Yang Paling Merbahaya Di Dunia 5 Fakta 10 Pulau Yang Paling Merbahaya Di Dunia
Jika pulau-pulau boleh terbentuk dari daratan, pulau yang terletak di Pasifik Utara ini terbina dari tompokan sampah. Dengan luas sebesar Texas, pulau ini berisi sampah-sampah yang dihanyutkan oleh arus laut. Mungkin ketika terdampar di pulau ini dan kita terjatuh ke dalam air, ikan jerung sentiasa bersedia untuk menyambar anda.
6. Pulau Fiji
 Fakta 10 Pulau Yang Paling Merbahaya Di Dunia 6 Fakta 10 Pulau Yang Paling Merbahaya Di Dunia
Apa yang terlintas di fikiran ketika melihat gambar pulau Fiji yang kelihatan indah ini? Pulau ini sangat sesuai untuk berbulan madu? Sebenarnya tidak. Fiji dikenali sebagai pulau dengan banyak insiden kematian misteri. Termasuk cerita kanak-kanak kanibal, pembunuhan dan penyeksaan kanak-kanak.
Seseorang yang mengunjungi pulau ini pada tahun 1839 mengaku melihat mayat remaja lelaki, wanita, dan kanak-kanak. Malah, mayat itu dimasak dan dimakan oleh populasi suku kanibal di sana kerana pulau ini juga didiami oleh puak kanibal. Mengerikan..
7. Balls Pyramid, Australia
 Fakta 10 Pulau Yang Paling Merbahaya Di Dunia 7 Fakta 10 Pulau Yang Paling Merbahaya Di Dunia
Balls Pyramid memiliki ketinggian sekitar 1,800 kaki. Dihuni oleh serangga mengerikan yang disebut Drycocelus Australise. Serangga yang juga sering disebut dengan Lord Howe ini berukuran 6 inci dan tak boleh terbang. Meskipun tidak membunuh, namun bisanya boleh membuat manusia menderita kesakitan.
8. Pulau Runit, Pasifik Utara
 Fakta 10 Pulau Yang Paling Merbahaya Di Dunia 8 Fakta 10 Pulau Yang Paling Merbahaya Di Dunia
Pulau Runit adalah pulau di mana tentera Amerika Syarikat melakukan lebih dari 150 kali ujikaji nuklear antara tahun 1946-1962. Pihak tentera berusaha membersihkan sisa-sisa radioaktif pada tahun 1970-an, namun hingga saat ini kawasan itu masih terlarang untuk dikunjungi kerana paras radiasi yang sangat tinggi.
9. Pulau Farallon, San Fransisco
 Fakta 10 Pulau Yang Paling Merbahaya Di Dunia 9 Fakta 10 Pulau Yang Paling Merbahaya Di Dunia
Hampir sama seperti pulau Runit, pulau Farallon juga menjadi lokasi sampah untuk lembah nuklear pada tahun 1946-1970. Di mana lebih dari 47,800 drum sisa radioaktif berada di sana. Bercuti ke pulau ini, bererti kita menyerahkan hidup kepada kematian.
10. Pulau Gruinard, Scotland
 Fakta 10 Pulau Yang Paling Merbahaya Di Dunia 10 Fakta 10 Pulau Yang Paling Merbahaya Di Dunia
Pulau di kawasan Scotland ini disebut sebagai lembah paling beracun di dunia. Bayangkan, pada tahun 1942 orang Inggeris mula mengembangkan anthrax sebagai senjata untuk Perang Dunia II. Mereka melakukan ujikaji bom dengan bakteria yang ada di pulau ini, meskipun tidak menjadikannya senjata (untunglah). Tahun 1986, operasi pembersihan dilakukan dengan menyemburkan 280 ton formalin di pulau ini.

No comments:

Post a Comment