Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday, 1 February 2014

10 Azam Tahun Baru Paling Pelik

azam buat trik parti baru

Apa kata kalau buat azam yang lain macam sikit ini tahun? Senarai azam tahun baru paling pelik di bawah mungkin boleh membantu korang menjana idea.
Memecahkan Rekod
azam pecah rekod 300x180 10 Azam Tahun Baru Paling Pelik
Terlalu banyak rekod yang korang boleh usahakan untuk dipecahkan. Untuk permulaan, korang boleh memecahkan rekod untuk diet yang korang usahakan. Misalnya, Teacher Muja nak kurus sampai tahap 54kg. Agak-agak berjaya tak? Hek3. Apabila sudah berjaya, targetkan pencapaian yang lebih tinggi.
Mencipta Skil Original Ciptaan Sendiri
party trick 400x301 300x225 10 Azam Tahun Baru Paling Pelik
Menguasai skil yang baru, walaupun ia seakan-akan mempelajari sesuatu yang tidak berguna seperti mempelajari cara melakukan trik majlis yang baru. Apabila kita berjaya melakukan sesuatu yang original, kita akan dapat meningkatkan keyakinan diri. Jadi orang yang penuh keyakinan untuk melakukan apa sahaja tahun ini. Azam baru paling pelik tapi paling baik untuk kepuasan diri kita!
Mendapat Kawan Baru Setiap Bulan
azam buat kawan 300x230 10 Azam Tahun Baru Paling Pelik
Dalam hidup kita, kita takkan pernah cukup dengan yang namanya kawan. Walaupun susah untuk mendapatkan kawan baik yang betul-betul sesuai untuk dijadikan kawan, kita patut terus berusaha mengumpul kawan seramai mungkin untuk mengembangkan kehidupan sosial kita. Tambahkan kawan paling kurang seorang pada setiap bulan yang bukan setakat datang dari Facebook semata-mata.
Buatkan Memorabilia Bergambar
hard rock memorabilia 1 400x248 300x186 10 Azam Tahun Baru Paling Pelik
Cuba untuk mengambil sekurang-kurangnya sekeping gambar memorabilia untuk setiap peristiwa yang berlaku sepanjang tahun. Misalnya, kalau kita mula belajar memasak, kita boleh menangkap gambar hasil masakan pertama kita. Gambar-gambar ini akan menjadi kenangan yang manis pada masa akan datang.
Mempelajari Sesuatu Yang Baru
azama memperlajari ilmu baru 300x168 10 Azam Tahun Baru Paling Pelik
Mempelajari sesuatu yang baru bermaksud mempelajari sesuatu yang paling ditakuti atau berusaha mengatasi fobia yang ada sejak kecil. Sebagai contoh, orang yang fobia dengan air boleh belajar berenang dan orang yang pernah jatuh belajar mengayuh basikal. Mesti hebat perasaannya apabila berjaya mengatasi rasa takut yang sekian lama membelenggu diri kita.
Berhubung dengan tubuh badan
azam tahun baru connect with your body 300x207 10 Azam Tahun Baru Paling Pelik
Azam tahun baru bagi setiap manusa sepatutnya termasuklah melakukan pelbagai aktiviti untuk kecantikan, kekuatan badan, dan rutin gym. Bagaimana kalau tahun ini kita mulakan aktiviti untuk tunjukkan yang kita sangat menyayangi dan menghargai anugerah tubuh badan sihat yang diberikan oleh Allah SWT ini? Cintailah diri kita!
Mencuba Makanan Baru Setiap Minggu
azam tahun baru Picky Eater 300x198 10 Azam Tahun Baru Paling Pelik
Adakah kamu seperti orang ramai yang lebih suka makan makanan sama setiap hari? Bukankah hidup sebegitu sangat membosankan? Cubalah makanan yang baru. Kepelbagaian makanan juga baik untuk kesihatan. Daripada menyenarai hitamkan makanan tertentu setiap hari, lebih baik tambahkan jenis makanan yang kita sudah makan setiap hari. Pasti hidup akan menjadi lebih menarik!
Berbuat Amal Kebajikan Setiap Hari
azam tahun baru GoodDeeds 300x169 10 Azam Tahun Baru Paling Pelik
Cukup bertahun-tahun bercakap pasal diri sendiri, melakukan pelbagai perkara untuk diri sendiri. Apa kata kita mula berbuat amal kebajikan untuk orang di sekeliling kita sepanjang tahun ini. Di samping membantu orang, kita akan berasa gembira dengan kebaikan yang kita lakukan. Insya ALLAH, akan juga membantu kita di akhirat kelak. Amiin.
FIkirkan Tentang Belanjawan Kita Sepanjang Tahun
<img class="alignnone size-medium wp-image-9963" alt="azam tahun baru” src=”http://fuh.my/wp-content/uploads/2013/11/azam-tahun-baru-sort-finances-300×225.jpg” width=”300″ height=”225″ />
Boleh dikatakan semua orang mempunyai masalah kewangan dalam kehidupan. Jadi, jadikanlah tahun baru ini tahun yang boleh dikatakan bebas daripada masalah kewangan. Rancanglah wang masuk dan keluar secara bijak. Semua masalah ada jalan penyelesaiannya. Semuanya terpulang kepada kita!
Jadikan Perkara Baik Yang Tidak Selalu Dilakukan Sebagai Tabiat
 10 Azam Tahun Baru Paling Pelik
Kita selalu dimomokkan dengan melakukan perkara baik adalah perbuatan menunjuk-nunjuk. Orang yang baik dikatakan skema dan tidak mengikut trend. Itu semua boleh dikatakan hasutan syaitan yang menghalang kita berbuat baik. Sebagai contoh, suami boleh amalkan mencium dahi isteri. Dapat pahala sambil mengeratkan hubungan.

No comments:

Post a Comment