Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Monday, 3 February 2014

Restoran Nasi Ganja Di Ipoh Diarah Tutup

Restoran Nasi Ganja Di Ipoh Diarah Tutup. Restoran Nasi Vanggey Ipoh, Peta Lokasi Nasi Ganja Ipoh. Nasi Ganja Ipoh. Nasi Kandar Ipoh, Vanggey Nasi Ganja

Orang Ipoh sapa yang tak kenal nasi ganja Ipoh memang bukan Ipoh mali talak sombong laa especially anak-anak muda remaja. Semalam diberitakan restoran Nasi Ganja di Ipoh diarah tutup oleh pihak Majlis Bandaraya Ipoh. Ikuti berita penuh dibawah ini.
Sebuah restoran yang popular dengan makanan nasi kandar atau lebih dikenali sebagai ‘nasi ganja’ di Jalan Yang Kalsom di Ipoh, diarah tutup selama dua minggu berikutan gagal mematuhi tahap kebersihan yang ditetapkan.
Notis perintah tutup premis yang dikeluarkan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Daerah Kinta Abdul Rahman Ismail itu berkuat kuasa mulai hari ini sehingga 28 November.
Operasi bersepadu bermula 5 petang itu melibatkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri dan Jabatan Imigresen.
Menurut Jurucakap Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, persekitaran penyediaan makanan yang tidak bersih boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan orang awam.
Katanya notis itu dibuat mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983, jika disabitkan kesalahan boleh didenda atau dipenjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan Perak Datuk Dr Nordiyanah Hassan ketika dihubungi mengesahkan arahan tutup premis itu dan operasi dijalankan atas arahan Kementerian Kesihatan. – Bernama

No comments:

Post a Comment