Wanita memang suka membawa beg tangan besar. Ada juga lelaki yang mengatakan, wanita membawa seluruh kehidupan mereka bersama-sama. Sifat ini sangat mengagumkan bagi golongan lelaki.
Namun begitu, ada banyak sebab yang membuatkan para wanita lebih suka mempunyai segala kelengkapan yang dianggap sebagai keperluan bagi mereka. Lagipun, wanita suka apabila barang yang diperlukan sentiasa ada bersama-sama mereka apabila mereka memerlukannya tanpa perlu mencari. Wanita juga manusia yang suka berfesyen. Semestinya pelbagai barangan diperlukan oleh mereka untuk sentiasa kekal anggun supaya mereka berasa cantik dan yakin diri.
Di bawah adalah senarai 10 barang wajib ada dalam beg tangan wanita. Jangan terkejut para lelaki. Mungkin ada yang korang tak sangka turut tersenarai.
Minyak Wangi
Banyak masanya, seseorang mudah berpeluh dan berbau dan situasi ini sangat dibenci oleh kaum wanita. Oleh itu, minyak wangi adalah satu kemestian bagi wanita. Wanita suka apabila diri mereka sentiasa wangi dan mereka akan berasa lebih disenangi dengan cara itu. Kalau pun bukan botol besar, wanita akan membawa minyak wangi mini yang sesuai untuk dibawa bersamanya.
Kertas Tisu
Yang ni memang selalu ada di dalam beg tangan wanita iaitu kertas tisu. Perempuan atau wanita di seluruh dunia kebanyakannya sangat mementingkan kebersihan dan lebih teruk lagi ada yang mengalami OCD kebersihan (semacam obses tentang kebersihan). Disebabkan itu dan banyak lagi sebab lain wanita selalu mempunyai kertas tisu kecil yang mudah dibawa di dalam beg tangan mereka untuk tujuan pembersihan.
Kunci dan Buku Nota
Wanita seakan-akan tidak boleh berasa tenang tanpa kunci dan buku nota. Buku nota biasa atau sebuah diari kecil biasanya dibawa di dalam beg tangan mereka. Wanita juga cenderung untuk menyatukan banyak kunci termasuklah kunci rumah, kereta, almari dan sebagainya menggunakan rantai kunci yang mempunyai perhiasan. Wanita, sentiasa sukakan kecomelan dan kecantikan.
Kacamata
Terutamanya di negara yang selalu panas seperti Malaysia, wanita suka memakai kacamata yang mengikut tren dan memilih brand tertentu. Tabiat membawa kacamata ini mungkin juga bergantung kepada keadaan setempat dan cuaca yang berbeza. Namun begitu, wanita memang sukakan kacamata dan mereka sememangnya selalu membawa kacamata yang bergaya ini bersama-sama di mana sahaja.
Dompet atau Beg Duit
Tidak seperti lelaki yang lebih suka menyimpan wangnya di bank dan membawa kad kredit atau debit, wanita boleh dipercayai untuk menyimpan wang mereka di dalam dompet. Mereka selalu membawanya untuk memudahkan mereka berbelanja di saat mereka memerlukan atau berkehendakkan sesuatu. Biasanya, di kata mereka berkehendakkan sesuatu. Kih3
Barangan Wanita
Seorang wanita mempunyai banyak hal-hal dan keadaan-keadaan yang peribadi yang mungkin lelaki sukar untuk memahaminya. Disebabkan keadaan-keadaan ini, wanita perlu sentiasa bersedia dengan apa juga keadaan. Jadi, mereka selalu membawa pengetip kuku, serbet kebersihan dan tuala wanita untuk digunakan di waktu-waktu kecemasan.
Cindrella’s Slipper
Kalau dah namanya wanita, kecantikan sentiasa menjadi keutamaan kami. Wanita dan kecantikan bagaikan tidak dapat dipisahkan. Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan wanita yang tidak ada langsung rasa ingin mekap dan tampil cantik adalah bukanwanita sejati. Beg mekap di dalam beg tangan bukanlah bersaiz besar. Wanita biasanya mempunyai jenis mekap yang mereka rasakan penting. Biasanya ada tiga yang wajib ada iaitu pelembab bibir, bedak dan maskara. Cukup.
Beg Resit
Selain kecantikan, obsesi seorang wanita juga dalam membeli belah. Disebabkan itu, beg tangan wanita dipenuhi dengan resit termasuklah resit pembayaran secawan kopi. Dah macam tong sampah dah beg tangan wanita ni. Sebab banyak sangat resit nilah,wanita terpaksa menyediakan beg kecil khas untuk menyimpannya. Banyaknya beg kecil dalam beg tangan wanita. Hahaha
Gula-gula, Manisan atau Jajan
Lojik di sebalik kemanisan yang biasa kita lihat pada seorang wanita adalah jumlah gula-gula atau gula-gula getah yang dia makan. Wanita memang suka mengunyah. Inilah kebenarannya. Selalunya, bekalan ‘makanan’ ini akan ada di dalam beg tangan wanita untuk dimakan semasa mereka menunggu atau tiada apa-apa untuk dilakukan
Pembersih Tangan
Sebagai manusia yang sangat mementingkan kebersihan, wanita selalu membawa losen dan gel pembunuh kuman bersamanya ke mana sahaja mereka pergi. Bukanlah wajib tetapi mereka mewajibkannya. Brandnya mungkin berbeza tetapi mereka selesa membawanya.
Harapan Teacher Muja kali ini agar entry ini dapat menambahkan pemahaman golongan lelaki tentang wanita. Mungkin lepas tak ada dah yang nak perli-perli golongan wanita yang suka bawa beg tangan besar. Yang pasti, kalau isteri bawa beg tangan, si suami ada juga menumpang letak barang masa jalan-jalan kan? Jadi, berterima kasihlah. Kita sebenarnya saling melengkapkan.
No comments:
Post a Comment