Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Wednesday, 26 February 2014

ENGKU EMRAN NAFI ANAKNYA ALEESYA BERSEDIH TANPA ERRA FAZIRA DISISI?

Alamak, baru-baru ini ada sebuah blog hiburan telah menggunakan gambar yang dikongsikan oleh Engku Emran menerusi laman Instagramnya dengan tujuan menunjukkan kononnya Engku Aleesya bersedih tanpa ibunya, Erra Fazira di sisi. Seperti yang kita tahu, Aleesya kini dibawah jagaan Engku Emran dan mereka sudah membuat persetujuan sebelum sah bercerai.

Tindakan blog berkenaan mengundang pelbagai andaian dan boleh menimbulkan salah faham. Jadi, bagi menepis dakwaan tak masuk akal itu, Engku Emran telah beri penjelasan yang sebenar mengenai gambar tersebut.  Menurut Engku Emran, beliau ada sebab lain berkongsi gambar berkenaan.

Ini adalah gambar yang dikongsikan oleh Engku Emran:



Ini pula penjelasan dari Engku Emran:



Dengan ini sah, tidak ada masalah yang berlaku sebagaimana yang disebarkan.

p/s: Sesiapa pun akan bersedih sebenarnya kalau lalui saat begini. Cuma mungkin maksud Engku Emran, gambar ini tiada kena mengena dengan apa yang berlaku antara dia dan Erra. Semoga Allah memberikan kekuatan untuk mereka bertiga mengharungi kehidupan selepas ini.

No comments:

Post a Comment