Macam-macam bentuk kek sekarang ini. Terkini apabila pembuat kek menerima tempahan dari pelanggan untuk menghasilkan berbentuk rupanya. Memang berbaloi kerana kek itu menyerupai anaknya. Fyna tengok serba salah saja kalau nak makan kek itu. Hehehe..
BIRMINGHAM – Seorang pembuat kek, Lara Clarke telah menghasilkan kek luar biasa yang berbentuk seorang kanak-kanak, lapor akhbar Birmingham Mail kelmarin.
Dia dengan menggunakan campuran coklat dan krim mentega untuk membuat kek seberat 13 kilogram itu yang ditempah oleh seorang pelanggan.
Pelanggan itu, Chantelle Rose begitu teruja apabila melihat kek yang telah siap itu menyerupai anak lelakinya, Alfie Rose.
Dia membayar sebanyak AS$660 (RM2,200) kepada Clarke untuk menghasilkan kek tersebut.
Kek itu dibuat bagi meraikan ulang tahun keempat anaknya itu.
Clarke menghasilkan kek itu selama 15 jam. – Agensi
No comments:
Post a Comment