Petua Melawaskan Kencing Dan Cara Pencegahan | Kencing yang tidak lawas sering terjadi kepada wanita mahupun lelaki. Masalah
Petua Melawaskan Kencing
1. Jika anda mengalami masalah kencing tidak lawas, mudah sahaja cara untuk mengatasinya. Rebus beberapa helai daun sirih dan minum air rebusan sirih berkenaan dua kali sehari.
2. Jika anda menghadapi kencing tak lawas tentu amat menyeksakan. Untuk menghilangkan sakit itu anda hanya perlu merebus sedikit biji barli sehingga kembang dan minum airnya. Jika perlu tambahkan sedikit gula. InsyaAllah rasa sakit yang dihadapi akan sembuh, ia juga dapat menyejukkan badan.
3. Semasa anda nak masak nasi, jangan lupa menyimpan air basuhan beras yang terakhir. Tapi kalau emak atau isteri anda yang selalu masak nasi, pesanlah kat mereka supaya menyimpannya. Kemudian, tuangkannya ke dalam sebiji gelas. Selepas anda selesai menikmati hidangan makan tengahari, minumlah air basuhan beras tadi. Amalkan setiap hari sehinggalah masalah kencing tidak lawas anda tu sembuh.
Nota Puteri: Semoga artikel ini dapat membantu anda yang mempunya masalah kencing tidak lawas ini. Mencegah lebih baik daripada merawat. Wassalam.
No comments:
Post a Comment