Zaman sekarang adalah zaman di mana terlalu ramai orang yang mempunyai masalah berat badan atau obesiti. Apabila berat badan kita berlebihan, secara automatik bentuk badan kita juga menjadi tidak cantik. Spare tyre mengelilingi pinggang, selulit tebal dibahagian peha, dagu berlapis dengan pipi yang tembam dan lain-lain lagi yang tidak keterlaluan jika dikatakan agak mencacatkan penampilan.
Jadi, kali ini Teacher Muja akan berkongsi 5 jenis senaman mudah untuk bentuk badan langsing. Pergerakan senaman mudah untuk bentuk badan langsing ini sangatlah mudah dan boleh dilakukan dalam keselesaan di rumah. Kita juga tidak memerlukan peralatan canggih seperti yang ada di gym untuk melakukan senaman ini. Menarik bukan? Jom kita tengok senaman apa yang best sangat ni.
1. Handstands (Berdiri di atas tangan)
Berdiri di atas tangan atau handstands ini sangat baik untuk belakang dan kekuatan bahagian atas badan. Bahu akan terbentuk dengan cantik dan ia juga membantu dalam kawalan pergerakan. Apabila kita selalu melakukan senaman mudah ini, insya Allah, kita akan berjaya mengekalkan bentuk badan langsing.
2. Big Jumps (Lompatan Tinggi)
Melompat setinggi yang boleh akan memberikan otot glute senaman yang sangat hebat. Terdapat dua jenis lompatan; lompatan kedalaman dan lompat jauh. Kombinasi kedua-dua jenis lompatan ini adalah amat bagus untuk mengekalkan otot glute yang menarik.
3. Push Ups (Tekan tubi)
Secara purata, seorang dewasa yang sihat sepatutnya mampu untuk melakukan sehingga 20 tekan tubi setiap hari untuk mengekalkan kekuatan teras badan, kekuatan bahagian atas badan, dan stamina secara keseluruhan. Jika tidak boleh, itu petanda yang kita perlu lakukan senaman secara serius.
4. Squats (Mencangkung)
Ya, tidak dinafikan perbuatan mencangkung adalah agak menyakitkan untuk dilakukan terutamanya pada peringkat permulaan, tetapi lama kelamaan kita akan biasa dengannya. Manuver yang agak susah untuk dilakukan ini akan mengekalkan perut yang kempis, kaki yang berton dan kuat serta meningkatkan keyakinan diri.
5. Walking (Berjalan)
Ringkas dan senang. Berjalan setiap hari pada kelajuan sederhana dengan lengan yang dihayun dengan sengaja akan menambah pembakaran lemak yang jelas dan pembentukan otot hasil daripada rutin latihan yang dilakukan. Berjalan adalah satu pergerakan yang agak perlahan tetapi ia membuatkan seluruh anggota badan kita bergerak dan melakukan sesuatu.
Senang sahaja bukan? Pembaikan diri tak pernah sesenang ini. Namun begitu, semuanya bergantung kepada diri kita sendiri sama ada kita hendak melakukan atau ingin kekal pada tahap yang sama. Selain senaman, selalulah amalkan pemakanan sihat untuk mengekalkan bentuk badan langsing.
Setakat ini dulu perkongsian kali ini. Wassalaam.
No comments:
Post a Comment