Para ilmuan di Britain percaya jenazah Mark mengandungi DNA flu Sepanyol yang mempunyai kemiripan struktur genetik dengan flu modern. Berdasarkan hasil penemuan ilmuwan AS tahun lalu, DNA flu Sepanyol boleh dibuat ubat untuk mencegah wabak flu moden.
Mahkamah telah mengizinkan jenazah Sir Mark yang tersimpan di rumah bersejarah, Sledmere House ,dibongkar setelah mendapat izin cucunya. Jenazah akan diteliti dalam makmal khas kedap udara agar tidak reput.
Sir Mark meninggal dunia kerana wabak flu Sepanyol yang membunuh jutaan orang pada Perang Dunia 1. Dia diserang virus itu ketika menempuh perjalanan dari Syria ke London dan meninggal dunia pada 16 Februari 1919 di Hotel Lotti semasa perundingan perdamaian di Paris.
No comments:
Post a Comment