Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday, 7 December 2013

HANTU PENANGGAL

KISAH HANTU PENANGGAL tidak asing bagi orang Melayu, kisah seram mengenai penanggal sering kali kita dengar. Lebih-lebih lagi ketika pulang ke kampung. Memang seram terbayangkan hantu penanggal ni berpisah kepala dengan badan dan terbang mencari mangsa dengan usus yang terlekat di kepala. Mangsa yang dicari tak lain tak bukan wanita yang sedang melahirkan anak.


Hantu penanggal dipercayai saka turun-temurun yang membolehkan tuannya menjelma sebagai sejenis makhluk berkepala dengan urat perut yang bercahaya dan terbang mencari mangsa.

Aktres Elly Suriati turut berminat dengan kisah hantu penanggal untuk dihasilkan dalam bentuk filem sulung arahannya. Sebagai pengarah wanita, percubaan Elly untuk menghasilkan filem hantu Penanggal ketika dirinya sedang mengandung empat bulan, menuntut keberanian dan risiko yang tinggi.

Ironinya, sedang dia sibuk mengarah filem yang memerlukan masa penggambaran dilakukan pada pukul 7 petang hingga 6 pagi dan banyak dilakukan di dalam hutan, menyebabkan kandungannya gugur. Bagaimanapun, Elly dan suaminya, Azri Iskandar menganggap apa yang berlaku sebagai suatu takdir buat diri mereka.

Secara peribadi, karya sulung Elly itu cukup unik. Walaupun subjek utamanya adalah mengenai hantu penanggal tetapi Elly bijak menyuntik kelainan. Unik yang dimaksudkan apabila Elly menggabungkan tiga budaya iaitu Melayu, Jawa dan Arab dalam karya yang berkisar sekitar tahun 1960-an itu.
 Ummi Nazeera 
Pemilihan aktres Ummi Nazeera membawakan watak bernama Murni yang menerima saka hantu penanggal daripada neneknya (lakonan Normah Damanhuri) cukup bersesuaian. Wajah klasik Ummi dengan lakonannya yang cukup berkesan menjadikan Penanggal menarik.

Kisah bermula apabila Murni dipaksa untuk mewarisi saka penanggal daripada neneknya. Dia cuba menolak saka tersebut tetapi malangnya saka itu tetap memburunya. Akhirnya, saka neneknya berjaya memasuki tubuh Murni dan menjadikan wajah buruknya menjadi cantik.
KISAH hantu penanggal yang mengganas mahu menghirup darah wanita yang baru bersalin dijadikan fokus utama filem Penanggal.
Bagaimanapun, Murni yang berasal dari Tanah Melayu terpaksa melarikan diri ke sebuah kampung di Jawa kerana identiti keturunannya yang membela saka penanggal diketahui penduduk.

Di Jawa, saka Murni mula memburu wanita-wanita yang baru melahirkan anak. Penduduk kampung mulai resah dan ingin tahu siapakah sebenarnya penanggal. Rahsia Murni terbongkar apabila seorang penduduk iaitu Anom Merah (Nadia Mustafar) yang sedang sarat mengandung terlihat leher Murni.
Murni bergelut di dalam lumpur...
Sementara itu, di Tanah Arab pula, memaparkan kejelitaan seorang gadis bernama Sharifah Zahrah (lakonan Fasha Sandha) yang menjadi idaman dua beradik iaitu Syed Yusoff (Azri Iskandar) dan Syed Umar (Zul Ariffin). Namun, Sharifah Zahrah lebih menyukai Syed Yusoff dan mereka akhirnya bertunang.
MEMANG seram dan berbaloi menonton filem ini...
Selesai bertunang, Syed Yusoff dan Syed Umar menggembara ke Kota Lama. Perjalanan mereka terhenti di tanah Jawa apabila mereka dapati beberapa penduduk kampung cuba mencederakan Murni apabila mendapat tahu dia adalah penanggal.

Syed Yusoff cuba menyelamatkan Murni tanpa menyedari saka penanggal berada di dalam badan wanita itu.

Berjaya atau tidak untuk Murni pulang ke jalan yang diredhai Allah dengan bantuan Syed Yusof? 
FILEM Penanggal mempunyai cerita tersendiri apabila pengarahnya, Elly Suriati mengalami keguguran ketika mengarah naskhah sulung arahannya ini.
Nak tahu kenalah pergi menonton filem Penanggal yang akan mula ditayangkan di seluruh pawagam bermula 28 November ini. Jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan sebuah filem yang mendapat pujian bukan sahaja daripada media tempatan, tetapi juga media antarabangsa. Tempah tiket hari ini juga . Takut-takut sold out nanti

LIHAT VIDEO


No comments:

Post a Comment