Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday, 7 December 2013

Inilah Rupa Bentuk Hantu Yang Di gunakan Sebagai Pelaris Jualan Makanan

Gambaran Hantu Peludah Makanan Dari Pandangan Ghaib  Pengamal Perubatan  Islam

Hantu Peludah adalah hantu yang di digunakan oleh segelintir peniaga sebagai pelaris di kedai makanan. Dikatakan hantu peludah ini akan meludah dan kencing di atas makanan terlebih dahulu sebelum di sajikan kepada pelanggan, makanan yang di ludahi dan di kencingkan akan menjadi terasa nikmat dan pelanggan akan ketagihan untuk datang ke gerai atau restoran tersebut.



Kesan ludahan dan air kencing hantu tersebut ternyata juga mampu menambah rasa makanan yang di sajikan itu, Bahkan kadang-kadang jika di rasa kurang maka tindakan meludah dan kencing itu dilakukan sampai dua kali atau tiga kali secara berturut-turut,.


Namun kadang tidak semua pemilik Kedai tahu apa-apa tindakan yang dilakukan oleh hantu belaannya dalam rangka membuat laris retorannya, yang mereka tau hanya mereka memagari warung tersebut dengan tenaga pelaris  yang diperolehnya dari dia melakukan kegiatan pemujaan tertentu di tempat-tempat yang di anggap keramat.
Imej Hantu Pelaris Yang Di Rakam Di Sebuah Warung Di Pekan Langgar,
Kesan dari tindakan hantu ini di samping membuat masakan berasa sedap yang di sajikan juga membuat tenaga negatif akan masuk ke tubuh orang yang memakan masakan tersebut, di situasi yang lain terkadang jika orang yang memakan masakan yang di ludahi dan di kencing itu kebetulan adalah orang baik-baik dan kuat amalan agama , maka setelah memakan makanan yang di ludahi dan di kencing, beberapa waktu kemudian dia akan merasa mual dan mungkin juga muntah-muntah. 


Perkara ini terjadi kerana hawa yang masuk dari makanan tersebut berlawan dengan tenaga posistif yang dimiliki oleh orang itu kerana perbuatan dan amalan baiknya. Jika hal itu terjadi maka automatik, tenaga negatif yang masuk tadi akan keluar. Tidak mustahil hari ini berbagai cara dilakukan orang untuk melaris peniagaan mereka.
  
Apapun tindakan sedemikian amat bertentangan dengan ajaran agama islam kita. Sesungguhnya setiap perbuatan yang buruk itu akan mendapat balasanya kelak. Moralnya utk anda yang percaya atau pun tidak, sebaiknya atau sekurang-kurangnya bacalah Bismillah serta doa makan, Sebelum memakan makanan dimana-mana jua terutama ditempat-tempat sedemikian.


Kebaikannya supaya kita tidak menjadi mangsa memakan makanan yang kotor kerana di bimbangi  telah dikotorkan oleh syaitan ditempat yang sedemikan.
Tidak dinafikan dunia hari ini bagi sesetengah orang, ramai yang sudah tidak percaya langsung cerita tentang hantu, syaitan dan karut marut ini. Terserahlah pada diri sendiri. 


Wassalam, Wa'allahhualam.

No comments:

Post a Comment