Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Saturday, 7 December 2013

Lihat pocong dalam botol



KOTA TINGGI: Sebuah keluarga di Taman Kota Jaya, di sini, menempuh kejadian aneh apabila melihat imej menyerupai pocong terbentuk di botol kaca selepas kediaman mereka menjalani proses pembersihan makhluk halus di sini, kelmarin.
Pemilik kediaman itu, Yusari Mohd Fikri, 29, berkata, keluarganya terkejut apabila melihat suatu benda seperti kabus terbentuk di dalam botol kaca kosong berkenaan yang digunakan seorang pengamal perubatan tradisional ketika melakukan proses pembersihan itu.

Yusari berkata, lebih menyeramkan jika imej berkenaan dilihat pada jarak lebih dekat, ia menyerupai mayat dikafankan.
Katanya, keluarganya percaya kejadian aneh itu mempunyai kaitan dengan gangguan makhluk halus di kediamannya sejak dua tahun lalu.

“Sebelum ini, kami pernah meminta bantuan seorang ustaz menjalankan pembersihan di rumah, namun dia menyatakan rumah kami masih mempunyai tetamu.

“Kami tidak sangka tetamu dimaksudkan ustaz itu adalah pocong dan kami juga bersyukur kerana proses pembersihan selesai.
“Kami berharap selepas ini tiada lagi gangguan makhluk halus di rumah ini bagi membolehkan kami menjalani kehidupan lebih selesa,” katanya.

Sementara itu, pengamal perubatan tradisional yang dikenali sebagai Mek, 45, berkata, kemungkinan kewujudan makhluk halus di rumah itu juga menjadi punca beberapa ahli keluarga berkenaan menderita penyakit misteri.

Katanya ini juga membibangkan keluarga berkenaan hingga meminta bantuannya bagi melakukan pembersihan di rumah itu.

“Lebih 20 botol kaca disediakan bagi melakukan pembersihan itu di mana imej berkenaan hanya terbentuk di sebuah botol.

“Malah, imej berkenaan juga jelas ketika pemilik rumah dan jiran mereka merakam menggunakan kamera,” katanya.

Sementara itu, Penasihat Agama Negeri Johor, Datuk Nooh Gadut ketika dihubungi enggan memberi sebarang komen mengenai perkara mistik yang ditempuhi keluarga di Kota Tinggi berkenaan.

No comments:

Post a Comment