Anumax - HQ

Kedai Emas Sri Harmoni

Dapatkan Mainan Serta Keperluan Kanak2 Pada Harga Borong Di Sini..

Friday, 13 December 2013

Ngeri ! Servis Cuci Bola Mata Menggunakan Pisau Tajam Dichina

 
Tukang gunting rambut di Wilayah Sichuan , China, telah mempunyai amalan seni pembersihan mata dengan pisau tajam selama berabad- abad. Seperti tradisi kuno yang lain , amalan berbahaya ini perlahan- lahan menghilang , tapi anda masih boleh menemui beberapa tukang gunting rambut yang bersedia mencalarkan bola mata dengan harga RMB5  . Menurut pepatah tua Sichuan , membersihkan mata membuat keindahan hidup lebih terlihat , dan beberapa orang bersedia untuk membersihkan matanya agar tidak kehilangan sesuatu.


 

Digelar " pisau - pisau pembersihan mata, " amalan mencalarkan bola mata seseorang dan kelopak mata dengan peralatan tajam telah menjadi sebahagian dai budaya Cina sejak zaman kuno. Konon teknik ini dipopularkan oleh Zhou Chengfu dan Zhou Chengyin , yang mengikuti jejak ayah mereka yang mahir dalam teknik perkhidmatan bola mata , telinga, dan leher pelanggan, yang dalam beberapa tahun terakhir perkhidmatan bola mata ini hampir pupus.

 Namun, jika anda berusaha keras, anda masih boleh mencari pembersihan mata tradisional walaupun di bandar - bandar moden seperti ibu negara Sichuan , Chengdu

 Liu Deyuan telah berjaya menjalankan amalan mencalarkan mata selama tujuh tahun, dengan harga RMB5  . Dengan melihat banyak pelanggan yang datang setiap bulan, si tukang gunting rambut  ini mengatakan perniagaan ini masih cukup bagus.

 

 Dengan bilasan pisau tajam di air, Liu mulai mencukur kepala mereka. Dia memegang mata mereka yang terbuka dengan tangan kirinya saat pisau berada di dalam kelopak mata mereka dan kemudian pada bola mata. 

Selanjutnya dia memegang batang logam, lalu ia sisipkan di bawah kelopak mata atas orang tesebut kemudian menggeser ke kanan dan ke kiri seperti wiper kereta . Dia mengulangi proses untuk kelopak mata bawah, dan ketika dia melakukan , Liu bergerak ke mata lain.

 Seluruh proses tersebut memakan masa kira-kira lima minit, dan pada akhirnya , wajah pelanggan bercucuran air mata. Peng (55 tahun) , salah satu pelanggan yang paling setia, mengatakan tidak berani banyak menggerakkan otot, ketika Liu bekerja . Tapi Peng mengaku matanya merasa jauh lebih baik.


 

 Pada amalan ini , ada permasalahan kebersihan alat . Liu Deyuan menggunakan pisau yang sama untuk semua pelanggannya (potong rambut , mencukur , dan mencalarkan mata ) , dan batang yang digunakan untuk beberapa pelanggan di siang hari, kerana ia hanya menggunakan desinfeksi alat di malam hari saja dengan meletakkan mereka dalam semangkuk alkohol.

 Sebahagian besar pelanggannya nampak tidak keberatan, bagaimanapun, tidak ada masalah pada mata mereka selama mereka menggunakan peralatannya .

 Liu mengatakan kepada wartawan di akhbar Chengdu Business Daily , bahawa dia mula belajar seni mencalarkan bola mata saat berumur tujuh belas tahun, dan dilatih selama tiga tahun sebelum ia  praktiknya. Dia tidak pernah tergelincir dan mengatakan rahsia kekuatan dan fleksibiliti pergelangan tangan dan kemantapan tangan.

No comments:

Post a Comment